Masjid Sg Sekamat

Masjid Sg Sekamat Masjid Sungai Sekamat merupakan sebuah Masjid Qariah yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Masjid ini telah dibina pada tahun 2015.

Lokasi masjid ialah Batu 12, Jalan Cheras, 43000 Kajang.

30/08/2024
17/12/2023

Assalamualaikum...Salam Jumaat penghulu segala hari.. Sedikit info untuk tuan/ puan dapat lock tarikh.. Khairat Kematian di bawah Masjid Sg. Sekamat dengan kerjasama MPKK Bt. 13 menganjurkan Gotong Royong Bersih Kubur pada ketetapan seperti dalam poster di bawah..

Ayuh tuan/puan..sama² kita berazam untuk hadir beramai- ramai berganding bahu bantu membantu membersihkan kawasan yang bakal menjadi kampung halaman kita 1 masa nanti..

Semoga usaha kecil kita ini diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT..

Sekian, wassalam

اللهم صلي على محمد... وعلى اله وصحبه وبارك وسلم...

Intisari Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor 28 Rabiulawal 1445H/13hb Oktober 2023 untuk renungan dan panduan be...
16/10/2023

Intisari Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor 28 Rabiulawal 1445H/13hb Oktober 2023 untuk renungan dan panduan bersama.. Moga sedikit sebanyak dpt kita sampaikan isi kandungannya kepada ahli keluarga kita masing²..

Assalamualaikum.. Bacaan Hadis Masjid Sg Sekamat seusai Solat Fardhu Asar Isnin 1 Rabiulakhir 1445H/16hb Oktober 2023 un...
16/10/2023

Assalamualaikum.. Bacaan Hadis Masjid Sg Sekamat seusai Solat Fardhu Asar Isnin 1 Rabiulakhir 1445H/16hb Oktober 2023 untuk tatapan dan renungan kita bersama..



Assalamualaikum... Bersempena Jumaat penghulu segala hari ni, ayuh sama² menyumbang membantu saudara² kita di Palestin m...
13/10/2023

Assalamualaikum... Bersempena Jumaat penghulu segala hari ni, ayuh sama² menyumbang membantu saudara² kita di Palestin melalui Masjid Kariah Sg. Sekamat.. Jangan lepaskan peluang utk panjatkan doa buat mereka!!!Moga Allah memberi bantuan dan kemenangan kepada Saudara² kita di sana..aamiin

Masjid Sg Sekamat bersama Palestin!!!
🇲🇾🇵🇸🇲🇾🇵🇸🇲🇾🇵🇸🇲🇾🇵🇸🇲🇾🇵🇸🇲🇾🇵🇸🇲🇾🇵🇸


Salam Maulidur Rasul 1445H daripada pihak masjid buat semua ahli kariah Masjid Sg Sekamat khususnya dan seluruh umat Nab...
28/09/2023

Salam Maulidur Rasul 1445H daripada pihak masjid buat semua ahli kariah Masjid Sg Sekamat khususnya dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW amnya...Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah atas kurniaan nikmat dapat menjadi Umat Nabi Muhammad SAW (Khairu Ummah).

Ayuh kita memperbanyakkan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita semua direzkikan syafaat Baginda Nabi di Yaumul Akhirah kelak..insya-Allah aamiin..


Intipati khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 01hb September 2023/ 15 Safar 1445H utk panduan dan ulangkaj...
02/09/2023

Intipati khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 01hb September 2023/ 15 Safar 1445H utk panduan dan ulangkaji semua masyarakat..

Moga Allah jauhkan kita semua daripada sifat mazmumah dan anugerahkan kepada kita sifat² mahmudah..aamiin



اللهم صلي على سيدنا محمد...❤️

Intipati khutbah minggu ini untuk tatapan dan pedoman kita..Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini merupakan hasil pahit ...
25/08/2023

Intipati khutbah minggu ini untuk tatapan dan pedoman kita..Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini merupakan hasil pahit getir usaha pejuang terdahulu. Persoalannya, setelah 66 tahun, adakah kita benar-benar merdeka? Adakah kemerdekaan itu diukur sekadar keluarnya penjajah daripada tanah air ini?

Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata, 'suatu negeri akan hancur meskipun ia makmur'. Sahabat lain bertanya, 'bagaimana suatu negeri hancur sedangkan ia makmur?' Umar menjawab, 'apabila orang yang jahat menjadi pemimpin dan menguasai orang yang baik.'

Dikesempatan ini, pihak Masjid Sg Sekamat mengucapkan "Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke 66 buat seluruh rakyat Malaysia"

Wallahu'alam

Intipati khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor JAIS 18hb Ogos 2023/ 01 Safar 1445H untuk tatapan dan pedoman semua...
19/08/2023

Intipati khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor JAIS 18hb Ogos 2023/ 01 Safar 1445H untuk tatapan dan pedoman semua... Alhamdulillah telah selesai PRN 15 di enam negeri..Namun bahang perbahasan dan perdebatan masih hangat di media² sosial dan di kedai² kopi..ape pun, semoga kita dapat jaga adab² kita agar ukhuwah islamiah sesama kita terus terpelihara..dan kita senantiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Insya-Allah aamiin..

Terlajak perahu, boleh diundur,
Terlajak kata, buruk padahnya...

اللهم صلي على محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم...

Address

Jalan Cheras, Sungai Sekamat
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sg Sekamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Sg Sekamat:

Share

Category