Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar

Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar, Kajang. Masjid - Bilik Gerakan Membangun Ummah

Salam … Jom qurban di Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar tahun ini sementara stok mash ada .
19/04/2026

Salam … Jom qurban di Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar tahun ini sementara stok mash ada .

18/04/2026
selamat hari raya
21/03/2026

selamat hari raya

Malam Takbir aidilfitri  Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar
20/03/2026

Malam Takbir aidilfitri Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar

Salam  17 ramadhan  Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar ,  Masih memerlukan dana untuk berbagai program yang diadakan ...
07/03/2026

Salam 17 ramadhan Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar ,
Masih memerlukan dana untuk berbagai program yang diadakan sepanjang Ramadan tahun ini ,

Sumbangan anda adalah sangat diharapkan untuk mempastikan program-program yang dicadangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sangat sangat dihargai sumbangan yang telah disalurkan serta didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Butiran akaun bank Masjid Al Istiqamah
Bank : Bank muamalat
No Akaun : 12100000401713

Terima kasih atas sumbangan anda.

PROGRAM UKHUWAH MADANIKOMUNITI KAMPUNG SUNGAI MERAB LUARANJURAN BERSAMAKARIAH MASJID AL-ISTIQAMAHSAHABAT PENGGERAK MADAN...
28/02/2026

PROGRAM UKHUWAH MADANI
KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR
ANJURAN BERSAMA
KARIAH MASJID AL-ISTIQAMAH
SAHABAT PENGGERAK MADANI
NEGERI SELANGOR
28 FEBRUARI 2026| 10 RAMADAN 1447H
SABTU 5.00 PETANG - 9.00 MALAM
MASJID AL-ISTIQAMAH
KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR

Salam .. mimbar kayu yang dah lama berjasa di Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar untuk ‘dilepaskan’ secara percuma ,j...
28/01/2026

Salam .. mimbar kayu yang dah lama berjasa di Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar untuk ‘dilepaskan’ secara percuma ,jika ada mana mana pihak memerlukan untuk kegunaan masjid atau surau sangat dialu alukan .. mimbar dan kerusi masih dalam keadaan baik dan dijaga rapi .

NOTIS SEBUTHARGA MEMBEKAL NASI BUNGKUS UNTUK PROGRAM IFTAR DI MASJID AL-ISTIQAMAH, SUNGAI MERAB.Tawaran dibuka kepada ya...
26/01/2026

NOTIS SEBUTHARGA MEMBEKAL NASI BUNGKUS UNTUK PROGRAM IFTAR DI MASJID AL-ISTIQAMAH, SUNGAI MERAB.

Tawaran dibuka kepada yang berminat untuk membekal nasi bungkus untuk program iftar sempena bulan Ramadan 2026.

Butiran sebutharga:

1. Tempoh masa : 1 - 28 Ramadan 1447H. Walau bagaimanapun dana program ini adalah bergantung kepada infaq jemaah. Jawatankuasa Masjid Al Istiqamah boleh menghentikan program ini dengan memberikan notis 2 hari kepada pembekal.

2. Bilangan : 100 bungkus sehari.

3. Perincian nasi bungkus /Kandungan Menu:
3.1. Nasi Putih secukupnye
3.2. Lauk utama (Ayam/daging/ikan) dengan saiz yang bersesuaian untuk makanan orang dewasa.
3.3. Sayuran
3.4. Sambal belacan (dalam bekas kecil)

4. Kaedah Pembungkusan
Menggunakan bekas berkompatmen dan bertutup rapat. (Contoh bekas dilampirkan)
Tidak dibenarkan mencampurkan makanan didalam satu kompatmen.

5. Waktu Penghantaran
Makanan tersebut mesti sampai ke Masjid Al Istiqamah tidak lewat dari jam 6.15 petang setiap hari

6. Menu
Pembekal diminta memberikan cadangan menu dan jadual setiap menu tersebut.

7. Pembayaran
Pembekal yang berjaya akan dibayar secara mingguan dan pembekal diwajibkan menghantar invois pembekalan kepada pihak masjid.

8. Pesanan tambahan atau lain-lain perkara berkaitan pesanan.
Pihak masjid akan memaklumkan kepada pembekal jika terdapat sebarang perubahan pesanan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh sebarang perubahan tersebut.

9. Pihak masjid berhak untuk mengubah terma-terma kerja pembekalan ini dan akan memberi notis atas perubahan tersebut dalam tempoh 2 hari untuk tindakan pembekal.

Pembekal yang berminat boleh menghubungi,

Tuan Hj Alias bin Salleh, Setiausaha Masjid Al Istiqamah di talian 013 2060979 untuk mendapatkan borang sebutharga.

TARIKH TUTUP MENGHANTAR SEBUTHARGA KEPADA PENGURUSAN MASJID PADA 08HB. FEBRUARI 2026.

# CONTOH BEKAS MAKANAN YANG PERLU DIGUNA OLEH PEMBEKAL.

17/01/2026

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

𝐈𝐡𝐲𝐚' 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 @ 𝐀𝐥 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐪𝐚𝐦𝐚𝐡

Insha Allah, tahun ini kita akan terus berusaha melaksanakan beberapa program sempena Ramadan yang menjadi "trademark" Masjid Al Istiqamah.

Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah hati, menjemput tuan/puan bersama-sama menjayakan program seperti yang dibawah.

𝟏. 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐮𝐤
Program "trademark" masjid yang telah masuk tahun ke sepuloh.

Kos sehari : RM550
Alhamdulillah, tajaan dah terisi semuanya. Terima kasih para penaja

𝟐. 𝐈𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧
Program tahun ketiga.
Kos harian : RM1,000
Masih ada kekosongan slot untuk tajaan. Harga tajaan bermula dari RM250.

Program ihya' Ramadan tahun ini akan dimulakan dengan program Tahlil Berkelompok yang akan diadakan pada:

Tarikh : 12 Feb 2026
Masa : Lepas solat maghrib

Penyertaan masih dibuka. Sumbangan RM50 atau atas kemampuan.

Mohon juga doakan semoga kerja-kerja pembaikan masjid yang sedang dilaksanakan akan siap mengikut jadual.

Insha Allah, jumlah dana yang diperolehi akan digunakan sepenuhnya untuk projek tambah baik ini. Nantikan Masjid Al Istiqamah dengan "wajah" baru sempena Ramadan tahun ini.

𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 - 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡

Assalamualaikum*Tabung Wakaf Projek Siling & Pendawaian Semula Masjid Al Istiqamah*Alhamdulillah dan tahniah, setakat ha...
05/01/2026

Assalamualaikum

*Tabung Wakaf Projek Siling & Pendawaian Semula Masjid Al Istiqamah*

Alhamdulillah dan tahniah, setakat hari ini jumlah kutipan terkumpul telah melebihi RM120 ribu.

Sungguhpun begitu, hasil perbincangan pihak pengerusi dengan Tuan Hj Zulkifli Saharin, penyelaras projek, beberapa perkara telah dibangkitkan

1. Variation Order - kerja-kerja luar skop seperti kerja2 berkaitan aircond dan lain-lain
2. Pembelian mimbar
3. Cadangan jemaah supaya cat luar masjid diperbaharui juga
4. Ada cadangan juga supaya karpet diganti keseluruhannya.

Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan tabung ini terus dibuka untuk seminggu dua lagi. Tertakluk kepada jumlah kutipan terakhir, kita akan gunakan lebihan ini untuk perkara 3 dan/atau perkara 4 diatas.

Diatas perhatian yang diberikan didahului ucapan terima kasih.

Barakallahu feekum.

https://masjidalistiqamah.onpay.my/order/form/waqaf-psw

Address

Jalan Murni, Kampong Sungai Merab
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab Luar:

Share

Category