10/03/2026
Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar?
=====
1. Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar? Dalam tafsir, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan. Kata Sheihk al-Azhar ini:
ูุงููุฏุฑ ุงูุฐู ุฃุถููุช ุฅููู ุงููููุฉุ ุจู
ุนูู ุงูุดุฑู ูุงูุนุธู
ุฉุ ู
ุฃุฎูุฐ ู
ู ููููู
: ูููุงู ูุฏุฑ ุนูุฏ ููุงูุ ุฃู: ูู ู
ูุฒูุฉ ุฑููุนุฉ
โDan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai โmemiliki Qadarโ iaitu memiliki kemuliaan.
2. Manakala sebahagian sarjana yang lain p**a berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman:
ููุฃูู
ููุง ุฅูุฐูุง ู
ูุง ุงุจูุชููุงูู ููููุฏูุฑู ุนููููููู ุฑูุฒููููู
โdan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.โ (Surah al-Fajr)
3. Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambanya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sendiri.
4. Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti p**a, dinamakan malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau:
ุฃููููููุง ุณูู
ููููุชู ููููููุฉู ุงููููุฏูุฑู ; ููุฃูููู ุงูููููู ุชูุนูุงููู ููููุฏููุฑู ูููููุง ููููุงุฆูุนู ุงูุณููููุฉูุ
โDinamakan sebagai lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.โ
5. Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah.
6. Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan:
https://40hadithsanusi.wordpress.com/wp-content/uploads/2025/01/40-hadis-tentang-puasa-ramadan-dr.-sanusi.pdf
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi