13/07/2026
🌾 PESTA KAGAPE HOLY FAMILY KAJANG 2026🌾
"Bersatu dalam Sinodaliti, Inklusif dalam Pelayanan, Merayakan Kesyukuran.”
Jom bersama-sama memeriahkan sambutan KAGAPE HFK 2026! Tahun ini, kita akan berkumpul dalam dua acara utama:
🏡 HARI KELUARGA KAGAPE
📅 19 Julai 2026 (Ahad)
🕞 3.30 petang – 7.30 malam
⛪ MISA KUDUS & JAMUAN KESYUKURAN KAGAPE
📅 26 Julai 2026 (Ahad)
🕞 3.30 petang – 6.00 petang
Sempena Hari Keluarga KAGAPE, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk semua peringkat umur. Anda sekeluarga boleh menyertai sukan tradisi, funfair, sukaneka, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta mengunjungi gerai-gerai makanan tradisi yang menawarkan pelbagai juadah yang menarik dan menyelerakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabutan tiket bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
Sementara itu, Misa Kudus Kesyukuran KAGAPE akan menjadi kesempatan istimewa untuk kita meraikan kepelbagaian budaya dalam komuniti kita. Umat berpeluang berdoa rosari dalam bahasa etnik, mendengar bacaan Kitab Suci serta menyanyikan lagu-lagu Misa dalam pelbagai bahasa etnik. Selepas Misa Kudus, semua umat dijemput untuk bersama-sama menikmati jamuan ringkas (potluck) dan mengeratkan lagi persaudaraan sebagai satu keluarga dalam Kristus.
Marilah kita meluangkan masa bersama keluarga, sahabat dan komuniti sambil mengeratkan hubungan persaudaraan serta meraikan kesyukuran atas segala berkat yang telah kita terima.
❤️ Jumpa anda di sana!