Masjid Baiturrahman Alam Sari

Masjid Baiturrahman Alam Sari Masjid pertama di Alam Sari, dibina hasil wakaf orang ramai. Kini 95% siap. Sertai usaha menyempurnakan rumah Allah ini.
(2)

Wakaf hari ini, pahala mengalir hingga akhirat. 🕌✨ AKAUN TABUNG PEMBINAAN MASJID BAITURRAHMAN
====================

📍562263556302 - Maybank Islamic
📍12029010086558 - Bank Islam
📍12100001363712 - Bank Muamalat

Hujan yang membasahi tengah hari 7 Julai seolah-olah membawa rahmat Ilahi, mengiringi langkah 46 orang Muslimat Perihati...
08/07/2026

Hujan yang membasahi tengah hari 7 Julai seolah-olah membawa rahmat Ilahi, mengiringi langkah 46 orang Muslimat Perihatin Taman Melawati menziarahi Masjid Baiturrahman yang kini hampir siap dibina.

Sejak awal pembinaan, mereka istiqamah menyantuni perjuangan ini dengan doa, usaha dan sumbangan wakaf.

Menyaksikan sebuah impian yang sekian lama diusahakan hampir menjadi kenyataan, hati dipenuhi syukur, mata bergenang menahan sebak.

Semoga Masjid Baiturrahman terus menjadi mercu syiar Islam, subur dengan ilmu, ibadah dan kebajikan, serta menjadi saksi amal jariah yang tidak pernah terputus buat semua yang pernah menyumbang.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat ini. 🤲

Nukilan setulus Hati
| M.Nazri Nasir |
21 Muharram 1447
Masjid Baiturrahman Alam Sari

ZIARAH JK Protem Masjid Baiturrahman ke Masjid Bandar Sri Putra (BSP)12 Jun 2026 (Jumaat)9.00 malamAlhamdulillah, telah ...
12/06/2026

ZIARAH JK Protem Masjid Baiturrahman ke Masjid Bandar Sri Putra (BSP)
12 Jun 2026 (Jumaat)
9.00 malam

Alhamdulillah, telah berlangsung satu sesi ziarah dan lawatan kerja JK Protem Masjid Baiturrahman ke Masjid Bandar Sri Putra (BSP), yang terkenal dengan pengurusan masjid yang cemerlang dan bersistematik di Negeri Selangor.

Pertemuan yang ringkas namun penuh bermakna ini telah memberi peluang kepada rombongan untuk menimba ilmu serta berkongsi pengalaman berkaitan pentadbiran dan pengurusan masjid. Limpahan ilmu yang sangat berharga telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Azli Arifin, Nazir Masjid Bandar Sri Putra, bersama barisan kepimpinan masjid.

Pihak Masjid BSP telah membentangkan kaedah pengurusan yang tersusun dan sistematik, merangkumi aliran penugasan, struktur organisasi, serta fungsi dan tanggungjawab setiap pegawai dan biro yang berperanan dalam memastikan kelancaran operasi masjid. Sesi perkongsian ini memberikan banyak input yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam usaha memperkukuhkan pengurusan Masjid Baiturrahman.

Turut berlangsung sesi bertukar pandangan dan soal jawab yang dikupas dengan baik oleh barisan kepimpinan Masjid BSP. Perbincangan yang terbuka dan penuh ukhwah ini telah memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk saling berkongsi idea, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengimarahan rumah Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Azli Arifin, Nazir Masjid Bandar Sri Putra, serta seluruh barisan pentadbir dan jawatankuasa Masjid BSP atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat bernilai.

Semoga Masjid Bandar Sri Putra terus maju, cemerlang dan makmur di bawah naungan rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT. Didoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta keikhlasan yang berterusan kepada Dr. Azli Arifin,para pentadbir, pegawai, ahli jawatankuasa dan seluruh warga kerja Masjid BSP dalam melaksanakan amanah memakmurkan rumah-Nya.

Semoga jalinan ukhwah yang terjalin antara Masjid Baiturrahman dan Masjid Bandar Sri Putra akan terus berkekalan, diperkukuhkan dari semasa ke semasa, serta membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat pada masa hadapan demi kemajuan dan kemakmuran institusi masjid.

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Semoga lawatan ini menjadi asbab kepada pengukuhan pengurusan, pengimarahan masjid dan penyatuan ummah yang berterusan. Aamiin.



KAJANG, 9 Jun 2026 Selasa – Pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari (MBAS) kini mencecah fasa akhir apabila struktur uta...
09/06/2026

KAJANG, 9 Jun 2026 Selasa – Pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari (MBAS) kini mencecah fasa akhir apabila struktur utama bangunan disahkan hampir siap sepenuhnya.

Satu Lawatan Kerja Berimpak Tinggi telah diadakan hari ini bagi meninjau fasa pelengkap fasiliti dan kemudahan dalaman masjid berkenaan.

Kehadiran Tokoh Dan Agensi Utama

Lawatan pada jam 11:30 pagi itu diketuai oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin (Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor) bersama YAD Sahibus Samahah Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (M***i Negeri Selangor)
Delegasi peringkat tertinggi ini turut diiringi oleh kepimpinan agensi agama negeri termasuk :

* Puan Rabihah binti Ibrahim – Timbalan Pengarah JAIS
* Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor
* Ustaz Haji Hashim bin Muhamad – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS
* Encik Md Yusmizan Yusuf – Ketua Divisyen Operasi Agihan Lembaga Zakat Selangor
* Ustaz Lukman Mohd Hosni – Pegawai Tadbir Agama / Kadi Daerah Hulu Langat.

Ketibaan delegasi disambut oleh jawatankuasa pembinaan yang diterajui oleh Laksamana Muda (B) Dato’ Haji Fadzilah Mohd Salleh (Pengerusi Jawatankuasa Protem Pembinaan MBAS) dan Dr. Shafie Mustafa (Ketua Setiausaha JK Protem MBAS) serta barisan ahli JK Protem yg lain.

Pemeriksaan Terperinci Ruang Masjid

Pengerusi MAIS dan M***i Selangor meluangkan masa meneliti, memeriksa, serta melihat perincian di segenap ruang serta sudut struktur bangunan. Maklum balas, komen, dan nasihat yang diberikan oleh barisan kepimpinan agensi ini menjadi motivasi utama buat jawatankuasa protem untuk memuktamadkan baki kerja fizikal yang tinggal.

Menuai Pahala Jariah Buat Penginfaq.

Pihak pengurusan masjid menzahirkan rasa syukur dan menyifatkan para penginfaq sebagai golongan yang beruntung kerana setiap sumbangan kini diterjemahkan kepada sebuah fasiliti ibadah yang serba lengkap.
Baki masa yang ada ini menjadi jambatan buat para penyumbang sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia untuk menuai pahala jariah yang berpanjangan.

Komitmen pembinaan ini memanifestasikan perintah Allah SWT dalam Surah al-Tawbah, ayat 18 yang menegaskan bahawa golongan yang memakmurkan masjid-masjid Allah merupakan mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, dan sentiasa mendapat petunjuk-Nya.

Pihak jawatankuasa protem merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan lawatan bersejarah ini.







Salam Aidiladha 1447H 🤍Setiap pengorbanan yang ikhlas pasti ada ganjarannya. Jom sama-sama wakaf untuk pembinaan Masjid ...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H 🤍

Setiap pengorbanan yang ikhlas pasti ada ganjarannya.
Jom sama-sama wakaf untuk pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari Kajang 🕌

Satu sumbangan hari ini, pahala berterusan insyaAllah.

Laporan Lawatan Kerja PTA ke Tapak Pembinaan Masjid Baiturrahman, Alam Sari Kajang, Selangor Sabtu, 23 Mei 2026 | 11.00 ...
23/05/2026

Laporan Lawatan Kerja PTA ke Tapak Pembinaan Masjid Baiturrahman, Alam Sari Kajang, Selangor

Sabtu, 23 Mei 2026 | 11.00 pagi.

Alhamdulillah, Masjid Baiturrahman menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Tadbir Agama merangkap Kadi Daerah Hulu Langat, YBhg Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Lokman Hosni, diiringi Ketua Unit Pengurusan Masjid/Surau, YBrs Al-Fadhil Ustaz Zainizam, bagi meninjau kerja-kerja akhir penyiapan masjid.

Ketibaan rombongan disambut oleh Jawatankuasa PROTEM Masjid Baiturrahman. Dalam sesi tinjauan, Ustaz Lokman telah berkongsi pandangan, nasihat, serta doa yang amat bermakna, sekali gus menyuntik semangat baharu kepada pasukan kami untuk terus gigih menyempurnakan pembinaan masjid ini. Pihak PTA turut menilai kemajuan fizikal di tapak dan memberikan beberapa saranan teknikal bagi memastikan aspek keselamatan, keselesaan jemaah, serta pematuhan piawaian diperkemas sebelum operasi.

Bagi pihak Jawatankuasa PROTEM, Dr. Shafie Mustapa (Ketua Setiausaha) serta Sr. Hj Hamidul (Timbalan Setiausaha – Teknikal) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PTA atas kesudian mengadakan lawatan kerja dan bimbingan yang diberikan.

Hadis kemuliaan 10 hari terawal Zulhijjah:
“Tidak ada hari-hari yang amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah)…” (Riwayat al-Bukhari).

Semoga usaha penyiapan masjid ini menjadi amal jariah yang digandakan pahalanya dalam hari-hari mulia ini.

Doakan agar proses akhir penyiapan berjalan lancar, selamat, dan diberkati. Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus bersama menjayakan projek ini.





Kalau dulu kita lalu di sini…yang nampak hanyalah tapak pembinaan.Hari ini, Masjid Baiturrahman Alam Sari sudah siap ber...
18/05/2026

Kalau dulu kita lalu di sini…
yang nampak hanyalah tapak pembinaan.

Hari ini, Masjid Baiturrahman Alam Sari sudah siap berdiri.

Sedikit demi sedikit, hasil bantuan dan infaq orang ramai, akhirnya sebuah rumah Allah yang dinanti masyarakat hampir menjadi kenyataan.

Tetapi perjalanan ini masih belum selesai.

Masih ada beberapa penyempurnaan akhir yang diperlukan supaya masjid ini benar-benar boleh digunakan dengan selesa untuk solat berjemaah, kelas agama, ibadah korban, majlis ilmu dan manfaat seluruh ummah.

Tinggal RM800,000 sahaja lagi untuk disempurnakan.

Mungkin bagi kita hanya sedikit sumbangan.
Tetapi boleh jadi, itulah saham akhirat yang terus mengalir selagi rumah Allah ini hidup dengan ibadah dan kebaikan/

Mari sama-sama sempurnakan Masjid Baiturrahman Alam Sari.

Infaq:
Maybank Islamic – 562263556302
Tabung Pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari

Wakaf atas nama ibu bapa:
https://www.wakaf.baiturrahman.my/order/form/1

14/05/2026

RM800,000 mungkin nampak seperti angka yang besar.�

Tetapi sebuah masjid tidak pernah dibina dengan angka semata-mata.��Ia dibina dengan pengorbanan.�

Dengan doa-doa orang yang ikhlas.�Dengan hati-hati yang ingin tinggalkan sesuatu untuk akhirat mereka.

Kadang-kadang kita rasa malu nak memberi sebab rasa terlalu sedikit.�Sedangkan boleh jadi… apa yang kecil di mata kita itu sangat besar di sisi Allah.�

Rasulullah SAW bersabda:
“Amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”�
(HR Bukhari & Muslim)��

Mungkin ada yang menyumbang besar.�Mungkin ada yang hanya mampu hulurkan RM1 sambil berniat,��
“Ya Allah… terimalah sedikit bahagianku untuk rumahMu.”�

Tetapi akhirnya nanti…��semua akan berkongsi pahala yang sama setiap kali rumah Allah ini dihidupkan dengan solat, majlis ilmu, bacaan al-Quran dan sujud hamba-hambaNya.�

Dan mungkin itulah yang paling indah tentang sebuah masjid…

ia tidak dibina oleh seorang insan kaya,��tetapi disempurnakan oleh ramai insan yang sama-sama berharap redha Allah 🤍

Infaq:
Maybank Islamic – 562263556302
Masjid Baiturrahman Alam Sari Kajang

Wakaf atas nama ibu bapa:
https://www.wakaf.baiturrahman.my/order/form/1

14/05/2026

Masjid ini hampir siap…
tetapi masih belum sempurna.

Selepas bertahun dibina sedikit demi sedikit, akhirnya Masjid Baiturrahman Alam Sari kini sudah hampir sampai ke penghujung perjalanan.

Namun sebuah masjid bukan sekadar bangunan yang siap berdiri.

Ia perlu disempurnakan supaya nanti…
anak kecil boleh belajar mengaji di dalamnya,
orang tua boleh datang solat dengan selesa,
masyarakat boleh berkumpul dalam majlis ilmu dan ibadah bersama.

Hari ini, yang masih diperlukan bukan lagi perkara besar.
Tetapi penyempurnaan akhir yang akan digunakan oleh jemaah setiap hari:

• Karpet ruang solat
• Pencahayaan utama masjid
• Linkway & laluan jemaah
• Perabot kelas pengajian
• Kawasan premix & ibadah korban

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat…”
(Surah At-Taubah : 18)

Mungkin kita rasa sumbangan kita kecil.
Tetapi boleh jadi… satu lampu yang menyala di masjid ini nanti,
satu sejadah tempat orang sujud,
atau satu ruang ilmu yang digunakan bertahun-tahun…

menjadi asbab pahala yang terus mengalir walaupun kita sudah tiada.

Sedikit lagi sahaja lagi…
sebelum rumah Allah ini dapat disempurnakan sepenuhnya

Infaq:
Maybank Islamic – 562263556302
Masjid Baiturrahman Alam Sari Kajang

Wakaf atas nama ibu bapa:
https://www.wakaf.baiturrahman.my/order/form/1

14/05/2026

Dari luar, Masjid Baiturrahman Alam Sari mungkin sudah nampak hampir siap...

Kubahnnya sudah berdiri.
Ruang solatnya sudah terbentuk.
Suasana sebuah rumah Allah itu… sudah mula terasa.

Tetapi untuk sebuah masjid benar-benar boleh digunakan dengan sempurna oleh masyarakat, masih ada beberapa penyempurnaan akhir yang sangat diperlukan.

Antaranya:
• Kawasan premix & laluan masjid
• Pencahayaan utama
• Linkway
• Ruang kelas pengajian
• Perabot & kelengkapan asas
• Kawasan ibadah korban

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membinakan baginya rumah di syurga.”
(HR Bukhari & Muslim)

Mudah-mudahan setiap sumbangan, doa dan usaha untuk menyempurnakan masjid ini menjadi amal jariah yang terus mengalir sampai bila-bila

Infaq:
Maybank Islamic – 562263556302
Masjid Baiturrahman Alam Sari Kajang

Wakaf atas nama ibu bapa:
https://www.wakaf.baiturrahman.my/order/form/1

13/05/2026

Kadang bila lalu depan Masjid Baiturrahman Alam Sari ni… rasa macam tak percaya masjid yang dulu hanya tapak kosong, sekarang dah hampir siap

Ramai juga yang tanya,�“Masih kutip dana lagi ke?”�
Alhamdulillah, struktur utama masjid memang dah hampir selesai.��

Cuma sekarang ni kita tengah usaha untuk lengkapkan bahagian terakhir supaya masjid ni betul-betul boleh digunakan dengan selesa oleh ummah.�

Bila kita cakap pasal masjid,�ia bukan sekadar bangunan cantik untuk dipandang.�
Ia untuk anak-anak kita supaya boleh mengaji dekat sini,�ummah sekitar boleh solat berjemaah dengan selesa,�majlis ilmu boleh berjalan,�Menunaikan ibadah korban bersama-sama…
dan masjid ni akhirnya benar-benar “hidup”.

Antara yang masih belum lengkap:�
• Premix kawasan masjid�
• Perabot pejabat & kelas pengajian�
• Carpet tile�
• Pencahayaan utama masjid
• Linkway & kawasan korban

Sedikit lagi saja untuk disempurnakan 🤍

Kalau Allah gerakkan hati tuan puan untuk membantu, marilah sama-sama kita lengkapkan rumah Allah ini.
Moga setiap ringgit yang diberi jadi amal jariah yang berpanjangan.

Infaq:�Maybank Islamic – 562263556302�
Masjid Baiturrahman Alam Sari Kajang
Wakaf atas nama ibu bapa:�
https://www.wakaf.baiturrahman.my/order/form/1

Address

Jalan Sari Ilmia 2
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Baiturrahman Alam Sari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share