29/11/2025
ADUN KABONG GESA NAIK TARAF BEKALAN AIR, ELEKTRIK & FASILITI KESIHATAN
KUCHING, 28 Nov - ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menggesa agar kerajaan negeri memberi perhatian terhadap isu bekalan air, elektrik dan fasiliti kesihatan di kawasan Kabong.
Beliau memberi cadangan agar Grid Elektrik Saratok-Kabong dinaik taraf, kerana peningkatan pop**asi di Kabong, selain mengatasi masalah turun naik voltan dan gangguan bekalan elektrik yang berulang, berikutan infrastruktur grid yang uzur dan tidak menampung pertambahan pembangunan di kawasan itu.
Tambahnya, penduduk di Ulu Roban p**a masih menunggu pelaksanaan projek bekalan air yang telah diluluskan sejak tahun 2021, dan menggesa agar projek itu disegerakan, bagi memastikan penduduk setempat dapat mengakses air bersih.
Dalam pada itu, sejajar dengan pertambahan penduduk serta perkembangan ekonomi di Kabong, Dato Mohd Chee mencadangkan agar Klinik Kesihatan Kabong dinaiktaraf dan dilengkapkan dengan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif, manakala bagi keperluan jangka panjang, pembinaan sebuah hospital di Kabong juga akan mengurangkan tekanan terhadap hospital-hospital lain, sekali gus memastikan rakyat luar bandar menerima kemudahan kesihatan setara dengan kawasan lain di negeri ini.