Surau Al Taqwa Pulai Bistari

Surau Al Taqwa Pulai Bistari Surau ini terletak di Jalan Pulai Bestari Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor (bersebelahan dengan laluan utama JB-Skudai-Pontian).

LOKASI
Google map: https://goo.gl/caiArX
Waze: https://goo.gl/3vrufQ
GPS coordinates: 1.56525, 103.59126

MAKLUMAN PENGISYTIHARAN SOLAT JUMAAT KEKAL DI SURAU AL TAQWA, BANDAR BARU KANGKAR PULAIAlhamdullillah, Surau Al Taqwa ak...
29/12/2022

MAKLUMAN PENGISYTIHARAN SOLAT JUMAAT KEKAL DI SURAU AL TAQWA, BANDAR BARU KANGKAR PULAI

Alhamdullillah, Surau Al Taqwa akan diisytiharkan sebagai Surau Solat Jumaat kekal pada *hari Jumaat 30 Disember 2022*, lanjutan daripada kebenaran sementara yang diberikan 2 tahun lepas.

Kesemua ahli kariah dijemput hadir awal pada hari tersebut untuk bersama-sama menyaksikan pengisytiharan fatwa kebenaran tersebut.

_Aturcara :_
----------------
*12:30 pm* Kata-kata aluan pengacara majlis.
*12:40 pm* Ucapan ringkas pengerusi Surau Al-Taqwa.
*12:50 pm* Pengisytiharan Solat Jumaat kekal oleh Penggerak Masjid & Surau Dun Senai, Tn Hj Wakit Bin Dayat.
*01:09 pm* Masuk waktu Solat Jumaat.

Jazakallahu Khairan Kathira

_*Jamuan ringan disediakan*_

14/05/2022
Jom Berinfaq sempena Jumaat pertama bulan Ramadhan ini. Adalah Nabi ๏ทบ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemu...
08/04/2022

Jom Berinfaq sempena Jumaat pertama bulan Ramadhan ini.

Adalah Nabi ๏ทบ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ๏ทบ pada setiap malam pada bulan Ramadan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ๏ทบ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas ~ Riwayat Al-Bukhari (3554)

Peluang Infaq Ramadhan 1443H
--------------------
Raikanlah Ramadhan bersama Surau Al Taqwa. Pelbagai pengisian yang dirancang, antaranya :

๐Ÿ”ธSolat Tarawih
๐Ÿ”นMajlis Iftar setiap hari
๐Ÿ”ธMoreh selepas Terawih
๐Ÿ”นTadarus Al Quran
๐Ÿ”ธQiamulail /sahur 10 malam akhir
๐Ÿ”นSumbangan kepada asnaf
๐Ÿ”ธSolat Sunat Aidilfitri

Pihak surau menawarkan 30 slot tajaan setiap hari sepanjang Ramadhan dengan nilai RM 50 setiap slot

Jumlah Sasaran : RM 45,000.00

Semak link untuk lebih lanjut :
https://altaqwaramadhan1443.glideapp.io/

Sumbangan boleh disalurkan seperti berikut :

โ–ถ Bendahari Surau Al Taqwa Tuan Hj Mohd Samiin

โ–ถ Bank-in :
Bank : Maybank
Nama akaun : Surau Al Taqwa Pulai Bistari
No akaun : 5513 0653 4023

โ–ถ Melalui TouchNGo eWallet / Boost / DuitNow QR (dipaparkan di surau)

โ–ถ Secara online: http://suraualtaqwa.my/sedekah

โ–ถ Terus ke Tabung Surau Al Taqwa

Insya Allah, sumbangan tuan/puan dapat menyemarakkan sambutan dan mendekatkan lagi kita dengan keredhaanNya.

Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan yang diberkati (al shahr al mubฤrak), bulan ibadat dan penghulu segala ...
04/04/2022

Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan yang diberkati (al shahr al mubฤrak), bulan ibadat dan penghulu segala bulan (sayyid al shuhลซr).

Sabda Baginda SAW yang maksudnya: โ€œDaripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya: Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat, bulan yang mana Allah mewajibkan berpuasa. Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu Jahanam ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan ini terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa terhalang daripada mendapat kebaikan pada bulan ini, maka sesungguhnya dia telah terhalang dari kebaikannya.

Jom raikan & memeriahkan Madrasah Ramadhan kali ini bersama-sama di Surau Al Taqwa dengan pelbagai aktiviti antaranya :

๐Ÿ”นTahlil Perdana
๐Ÿ”ธSolat Tarawih
๐Ÿ”นMajlis Iftar setiap hari
๐Ÿ”ธMoreh selepas Terawih
๐Ÿ”นTadarus Al Quran
๐Ÿ”ธQiamulail /sahur - mingguan & 10 malam akhir
๐Ÿ”นSumbangan kepada asnaf
๐Ÿ”ธSolat Sunat Aidilfitri

JOM INFAQ :
-------------------
Pihak surau menawarkan 30 slot tajaan setiap hari sepanjang Ramadhan dengan nilai RM 50 setiap slot.
Jumlah Sasaran : RM 45,000.00.

Sila semak link :
https://altaqwaramadhan1443.glideapp.io/

Infaq / Sumbangan boleh disalurkan seperti berikut :

โ–ถ Kepada Bendahari Surau Al Taqwa Tn Hj Mohd Samiin

โ–ถ Bank-in :
Bank : Maybank
Nama akaun : Surau Al Taqwa Pulai Bistari
No akaun : 5513 0653 4023

โ–ถ Melalui TouchNGo eWallet / Boost / DuitNow QR (dipaparkan di surau)

โ–ถ Secara online: http://suraualtaqwa.my/sedekah

โ–ถ Terus ke Tabung Surau Al Taqwa

Semoga Allah memberikan ganjaran kebaikan buat semua dan mendekatkan kita dengan keredhaanNya.

18/02/2022

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† *TARIKH : 16 REJAB 1443H/ 18 FEBRUARI 2022*

๐Ÿ“œ *_TAJUK: CIRI-CIRI MANUSIA YANG BERSYUKUR_*

FIRMAN Allah SWT di dalam Surah Fathir ayat 30 yang bermaksud: โ€œsupaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNYAโ€.

๐Ÿ‘‰ 1. Bertaqwa kepada Allah SWT.

๐Ÿ‘‰ 2. Sebagai orang yan beriman kita wajib menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaannya yang telah kita perolehi di atas muka bumi ini.

๐Ÿ‘‰ 3. Manusia yang bersyukur ialah mereka yang menggunakan nikmat yang diberikan dengan memperbanyak amalan ibadah kepada Allah SWT.

๐Ÿ‘‰ 4. Manusia yang bersyukur juga mengukur amalan ibadahnya dengan orang yang lebih daripadanya dan akan melihat dunia dengan orang yang lebih rendah daripadanya.

๐Ÿ‘‰ 5. Orang yang bersyukur ialah mereka yang senantiasa mengucapkan kalimah Alhamdulillah apabila memperoleh apa-apa jua nikmat dan sentiasa berterima kasih serta memberi penghargaan kepada manusia yang membantunya.

๐Ÿ‘‰ 6. Orang yang bersyukur juga ialah mereka yang senantiasa merasa cukup dengan nikmat pemberian rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan tidak pernah mengeluh disamping sentiasa merendah diri.

๐Ÿ‘‰ 7. Orang yang bersyukur ialah mereka yang menggunakan nikmat-nikmat Allah SWT ke jalan kebaikan seperti menggunakan nikmat umur untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, menggunakan nikmat harta untuk menolong orang dalam kesusahan dan menggunakan nikmat ilmu untuk mengajar dan membimbing manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT.

๐Ÿ‘‰ 8. Rumusannya, masyarakat perlu menjadi hamba yang mensyukuri nikmat Allah dengan melakukan 3 perkara.
- Bersyukur dengan hati meyakini bahawa semua nikmat adalah pemberian daripada Allah SWT.
- Bersyukur dengan lisan iaitu memperbanyak ucapan kalimah Alhamdulillah dan sentiasa berdzikir kepada Allah SWT.
- Bersyukur dengan perbuatan iaitu sentiasa istiqomah dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT.

Waallahua'lam.

* oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ*

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ *INTISAR...
04/02/2022

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† *TARIKH : 02 REJAB 1443H/ 04 FEBRUARI 2022*

๐Ÿ“œ *_TAJUK : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA_*

FIRMAN Allah SWT di dalam Surah Ar-Raโ€™du Ayat 3 yang bermaksud: โ€œDan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (berdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia menjadikan padanya pasangan berdua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti . Sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikirโ€.

๐Ÿ‘‰ 1. Bertaqwa kepada Allah SWT.

๐Ÿ‘‰ 2. Alam ini merupakan anugerah bernilai daripada Allah SWT. Sumber alam seperti air, udara, tumbuh-tumbuhan merupakan sumber yang penting untuk kehidupan manusia dan hidupan lain.

๐Ÿ‘‰ 3. Namun begitu, atas dasar ketamakan dan kelakuan rakus manusia, melakukan kerosakan, pembakaran terbuka, pembuangan sisa kimia ke dalam sungai mendatangkan kemudaratan kepada semua hidupan dan akhirnya alam menzahirkan kesan kerosakan. Allah telah berfirman, โ€œTelah berlaku berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian ) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)โ€.

๐Ÿ‘‰ 4. Pencemaran alam sekitar boleh dielakkan dengan kesedaran terhadap ajaran Islam yang sebenar, iaitu berpegang pada amanah dan sifat bertanggungjawab. Hargai nikmat alam dengan menjaga kebersihan yang akan memberi kesan kepada ketenangan diri, kesihatan yang baik, hidup yang selesa dan mengelakkan penyebaran wabak penyakit.

๐Ÿ‘‰ 5. Semua pihak, keluarga mahupun masyarakat perlu berkerjasama dalam menjaga alam ini. Laksanakan kerja-kerja pembersihan di persekitaran rumah, kampung, tempat ibadah, tempat riadah, menanam pokok-pokok hiasan dan yang bermanfaat kepada hidupan serta elakkan penggunaan bahan yang s**ar dilupuskan seperti barangan plastik. Sampah sarap hendaklah dibuang ditempat yang betul dan sesuai serta menjadi lebih baik jika membuat pengasingan sampah mengikut jenis supaya boleh dilaksanakan proses kitar semula.

๐Ÿ‘‰ 6. Masyarakat yang mementingkan kebersihan dan keindahan melambangkan masyarakat yang punya keteguhan iman terhadap Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : โ€œ Sesungguhnya Allah SWT itu baik dan menyukai kebaikan. Allah itu bersih dan menyukai kebersihan. Allah itu mulia dan menyukai kemuliaan. Allah itu pemurah dan menyukai kepemurahan. Maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudiโ€.

๐Ÿ‘‰ 7. Rumusannya, masyarakat perlu berkerjasama memelihara kebersihan alam sebagai tanda syukur akan nikmat dan pasti akan memperolehi ganjaran rahmat dan kebaikan daripada Allah SWT. Sebaliknya jika tidak dilaksanakan pemeliharaan alam ini, pasti kehidupan tidak akan tenteram dan selesa, terdedah kepada penyakit serta bencana alam.

Waallahuโ€™lam.

* oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ*

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ *INTISAR...
28/01/2022

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† *TARIKH : 25 JAMADIL AKHIR 1443H/ 28 JANUARI 2022*

๐Ÿ“œ *_TAJUK : TOLONG MENOLONG DALAM KEBAIKAN_*

FIRMAN Allah SWT di dalam Surah Al-Ma'idah ayat 2 yang bermaksud: โ€œDan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab Seksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

๐Ÿ‘‰ 1. Bertaqwa kepada Allah SWT.

๐Ÿ‘‰ 2. Amalan tolong-menolong dalam kebaikan merupakan sesuatu kewajipan yang mesti dilakukan oleh orang yang beriman dan amalan tersebut merupakan antara sifat yang terpuji dalam Islam. Sifat ini dapat membantu meringankan beban mereka yang dalam kesusahan dan kes**aran. Dengan cara ini juga kita dapat membina hubungan baik sesama manusia seperti memupuk sifat kasih sayang, bertanggungjawab, sikap mengambil berat dan perhatian dalam kalangan masyarakat.

๐Ÿ‘‰ 3. Rasulullah SAW sendiri adalah merupakan contoh manusia yang terbaik dalam mengamalkan sifat tolong-menolong. Baginda SAW juga s**a menolong orang lain, di mana tidak ada suatu kebaikan pun melainkan telah ditunjukkan oleh Baginda SAW dan tidak ada suatu kejahatan pun melainkan telah dicegah dan diingatkan olehnya.

๐Ÿ‘‰ 4. Rasulullah SAW bersabda: โ€œ Barangsiapa yang melepaskan daripada seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah SWT akan melepaskan darinya kesusahan-kesusahan hari Akhirat. Dan barangsiapa yang meringankan bebanan atas seorang dalam kesulitan, maka Allah SWT akan memudahkan atasnya di dunia dan di Akhirat. Dan barangsiapa yang menutup (aib) seseorang muslim, maka Allah SWT akan menutup (aibnya) di dunia dan di Akhirat. Dan Allah SWT akan menolong seorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranyaโ€.

๐Ÿ‘‰ 5. Antara kelebihan tolong-menolong ialah kita dapat menyelami dan merasai kesusahan orang lain. Kehidupan kita akan dipenuhi rasa bersyukur, bahagia dan akan dijauhkan daripada perasaan sombong serta sifat mementingkan diri sendiri. Kita juga dapat berkongsi segala nikmat yang Allah SWT berikan dengan orang lain demi memelihara hubungan sesama manusia.

๐Ÿ‘‰ 6. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: โ€œ Manusia yang paling dicintai Allah SWT adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke hati seorang mukmin, atau engkau hilangkan salah satu kesusahan, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dan aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi keperluannya itu lebih aku cintai daripada beriktikaf di Masjid An-Nabawi selama sebulan lamanya.โ€

๐Ÿ‘‰ 7. Sebagai umat Islam yang perihatin, sewajarnya kita mesti mengamalkan sifat tolong-menolong dan bantu-membantu ini. Kita hendaklah menunjukkan sikap perhatian dan belas kasihan terhadap mereka yang memerlukan bantuan bagi memberikan kegembiraan kepada mereka. Jadilah umat Islam yang gemar memberi manfaat kepada orang lain dengan menggunakan kelebihan ilmu, harta dan tenaga yang kita miliki untuk membantu dan memberi kebaikan kepada orang lain.

๐Ÿ‘‰ 8. Allah SWT berfirman dalam Surah Az-Dzariaat ayat 19 yang bermaksud: โ€œDan pada harta-harta mereka, (ada p**a bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)โ€.

๐Ÿ‘‰ 9. Mengakhiri Khutbah, sesungguhnya jalan-jalan kebaikan itu sangatlah banyak dan antaranya adalah membantu memenuhi keperluan manusia. Di sekeliling kita ramai manusia yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Ada di antara mereka yang memerlukan bantuan harta, ada yang memerlukan bantuan tenaga dan sebagainya. Marilah kita menjadi masyarakat yang sentiasa mengamalkan budaya tolong-menolong dan berusahalah memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan kita. Jadilah masyarakat yang dapat memberi manfaat kepada manusia dan elakkan menjadi masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Waallahuโ€™lam.

* oleh Unit Khutbah & Tafsir PMS-JAINJ*
* *
* -19*
* *
* *

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ *INTISAR...
21/01/2022

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† *TARIKH : 17 JAMADIL AKHIR 1443H/ 21 JANUARI 2022*

๐Ÿ“œ *_TAJUK : BERPEGANG KEPADA AQIDAH AHLISSUNNAH WAL JAMA'AH._*

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud : Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

๐Ÿ‘‰ 1- Bertaqwa kepada Allah SWT.

๐Ÿ‘‰ 2- Aqidah adalah perkara asas yang bermaksud kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang kukuh. Sekiranya seseorang terpesong maka runtuhlah pegangan Islamnya. Jika benar ia merupakan amat berharga kerana ia akan menentukan keimanan dan akan mencorakkan pemikiran serta kehidupan seseorang.

๐Ÿ‘‰ 3- Aqidah yang benar yang berlandaskan pegangan Ahlissunnah Wal Jamaโ€™ah. Iaitu golongan yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW menerusi para Sahabat RAnhum, Tabiโ€™iin dan Tabiโ€™ Tabiโ€™iin yang seterusnya disampaikan kepada kita melalui Ulamaโ€™ Muโ€™tabar meliputi Aqidah, Syariโ€™ah dan Akhlak.

๐Ÿ‘‰ 4- Pegangan ini yang berakar umbi daripada ajaran Baginda SAW dan para Sahabat kemudian disusun dengan lebih teratur dan teguh oleh dua tokoh Ahlissunnah Wal Jamaโ€™ah iaitu Imam Abu Hasan Al-Asyaรกri dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi.

๐Ÿ‘‰ 5- Istilahnya diambil dan dirumus oleh Ulamaโ€™ berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dari Abdullah bin โ€˜Amr RAnhuma bahawasanya Baginda SAW bersabda yang bermaksud :

โ€œSesungguhnya telah berpecah Bani Israil kepada 72 kelompok. Manakala umatku akan berpecah kepada 73 kelompok di mana kesemuanya akan ke Neraka kecuali satu kelompokโ€. Mereka bertanya : โ€œSiapakah mereka itu wahai Rasulullah ?โ€ Baginda menjawab : โ€œMereka adalah golongan yang berpegang kepada ajaranku dan para Sahabatkuโ€.

๐Ÿ‘‰ 6- Berdasarkan cacatan sejarah juga menunjukkan aqidah ini menjadi sebahagian besar pegangan umat Islam di dunia, khususnya di rantau Asia Tenggara termasuk di negara Malaysia dan apatah lagi pegangan ini menjadi pegangan aqidah yang diterima oleh seluruh umat Islam negeri Johor.

๐Ÿ‘‰ 7- Berdasarkan kuasa yang diberikan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003 di bawah Seksyen 47, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menetapkan bahawa umat Islam di negeri Johor hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlissunnah Wal Jamaโ€™ah yang bersumberkan aliran Al-โ€˜Asyaโ€™iroh dan Al-Maturidiyyah.

๐Ÿ‘‰ 8- Kedua-dua aliran ini disifatkan sebagai ajaran yang betul, lurus, selamat, jelas dan tiada kekeliruan di dalamnya, serta telah dapat menyatupadukan umat Islam. Sementara ajaran lain sebagai ajaran yang keliru, menyeleweng dan boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.

๐Ÿ‘‰ 9- Di antara ciri-cirinya ialah : 1) Ahlissunnah Wal Jamaโ€™ah berpegang dan mentafsirkan hukum-hukum Islam berdasarkan kepada sumber perundangan utama iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijmaโ€™ dan Qias. 2) Berpegang kepada ajaran Islam yang meliputi perkara mengenai aqidah, syariah dan akhlak. 3) Beriman dan meyakini kewujudan Allah SWT tidak bertempat dan zat serta sifatnya tidak sama sekali menyamai makhlukNya. 4) Beriman dengan segala sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT melalui sifat 20 yang wajib bagiNya. 5) Menyucikan Allah SWT dari makna zahirNya pada ayat-ayat Al-Quran yang bersifat Mutasyabihat (kesamaran) yang menunjukkan penyerupaan dan kesamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk. 6) Percaya bahawa para sahabat kesemuanya bersikap benar dan adil tanpa terlalu memuja-muja mereka. 7) Percaya dan beriman kepada perkara ghaib yang thabit melalui Al-Quran dan As-Sunnah seperti seksaan azab kubur. 8) Tidak mengkufurkan saudara sesama Islam. 9) Kesederhanaan dalam kepercayaan dan pengamalan iaitu tidak terlalu taksub dan tidak terlalu cuai. 10) Tidak mencampur-adukkan aqidah dengan perkara-perkara-perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.

๐Ÿ‘‰ 10- Umat Islam negeri Johor perlu memahami dan mengamalkan semua ciri pegangan Ahlissunnah Wal Jamaโ€™ah dalam kehidupan serta hendaklah dihayati sepenuhnya supaya memberi kesan yang baik dalam membina kesatuan aqidah umat Islam yang berpanjangan dan supaya tidak terus berhadapan dengan cabaran perpecahan serta ancaman yang besar seperti munculnya ajaran menyeleweng yang akan membawa kerosakan dan kebinasaan ke atas diri, keluarga, masyarakat mahupun negara.

๐Ÿ‘‰ 11- Akhir khutbah; berpegang teguhlah dengan ajaran Islam yang berlandaskan pegangan Ahlissunnah Wal Jamaโ€™ah aliran Al-โ€˜Asyaโ€™iroh dan Al-Maturidiyyah. Jangan mensia-siakan masa dengan melakukan kerosakan dan kehancuran kepada perpaduan umat islam seperti membidโ€™ahkan amalan khilafiyah sehingga sanggup menolak fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama. Marilah bersatu padu menolak sebarang bentuk ajaran dan fahaman yang boleh memecah-belahkan dan menggugat keharmonian masyarakat.

Waallahuโ€™lam.

* oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ*

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ *INTISAR...
14/01/2022

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† *TARIKH : 11 JAMADIL AKHIR 1443H/ 14 JANUARI 2022*

๐Ÿ“œ *_TAJUK : ADAB DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT MELALUI PERANTARAAN MAYA_*

๐Ÿ‘‰ 1- Bertaqwa kepada ALLAH SWT.

๐Ÿ‘‰ 2- Sebagai orang yang beriman kita perlu bertanggungjawab dan sentiasa berhati-hati terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

๐Ÿ‘‰ 3- Hal ini kerana, sekiranya maklumat yang diperolehi dan disampaikan tanpa asas kebenaran sudah pasti akan mengundang kepada kecelaruan dan salah faham kepada masyarakat yang menerima. Perbuatan seperti ini boleh mendatangkan persengketaan sesama manusia.

๐Ÿ‘‰ 4- Antara adab untuk menyampaikan maklumat ialah kita hendaklah meneliti dan menyelidiki terlebih dahulu maklumat yang ingin disampaikan bagi memastikan kesohehan sesuatu maklumat.

๐Ÿ‘‰ 5- Kita hendaklah menyampaikan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan seperti menyampaikan dakwah kepada masyarakat melalui perantaraan maya ini.

๐Ÿ‘‰ 6- Elakkan menyampaikan perkara yang boleh mendatangkan dosa dan perpecahan dalam kalangan masyarakat seperti menabur fitnah, membuka aib dan pembohongan.

๐Ÿ‘‰ 7- Sesungguhnya keutamaan menjaga adab dalam menyampaikan maklumat merupakan hal yang harus diberikan perhatian bagi memelihara hubungan sesama manusia .

๐Ÿ‘‰ 8- Di akhir khutbah, minbar menyeru supaya janganlah tergesa-gesa menyampaikan maklumat yang diterima kerana sikap tergesa-gesa itu datang daripada hasutan syaitan.

Waallahuโ€™alam.

* oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ*

31/12/2021

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† *TARIKH : 26 JAMADIL AWAL 1443H/ 31 DISEMBER 2021*

๐Ÿ“œ *_TAJUK : WASPADA DENGAN TIPU DAYA SYAITAN_*

๐Ÿ‘‰ 1. Syaitan ialah musuh abadi bagi umat Islam. Makhluk yang dilaknat Allah SWT ini tidak akan pernah sedetik pun membiarkan manusia dalam kebaikan melainkan ia akan selalu berusaha untuk menyesatkan dan memperdayakan manusia.

๐Ÿ‘‰ 2. Firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-An'aam ayat 112 yang bermaksud : "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

๐Ÿ‘‰ 3. Syaitan akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak Adam dengan pelbagai cara tidak kira sama ada orang itu alim, berilmu, kaya, miskin bahkan Nabi-nabi juga hampir terkena perangkap syaitan ini. Antara cara syaitan menyesatkan manusia ialah melalui bisikan dan tipu dayanya dengan menghasut manusia ke arah kekufuran dan syirik kepada Allah SWT. Syaitan membuat manusia merasa malas dan bertangguh-tangguh untuk melaksanakan amal ibadah dengan membisikkan rasa was-was dalam hati manusia.

๐Ÿ‘‰ 4. Syaitan akan memasuki pintu hati manusia dengan menghasut manusia agar sentiasa berasa putus asa dan kecewa dengan rahmat Allah SWT. Dia akan menghasut manusia bertindak mengikut hawa nafsu, tergopoh-gapah dan menanamkan sifat sombong dan riak pada diri manusia yang akan membawa kepada permusuhan sesama manusia.

๐Ÿ‘‰ 5. Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan senjata-senjata untuk memerangi musuh utama manusia ini dengan sentiasa berpegang dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seperti melaksanakan kewajipan solat dan kewajipan-kewajipan fardhu yang lain. Hal ini kerana solat merupakan benteng bagi orang yang beriman dan sebagai pelindung daripada syaitan yang terkutuk ini.

๐Ÿ‘‰ 6. Kita juga hendaklah sentiasa mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai pendinding kita daripada gangguan syaitan. Amalkanlah membaca surah-surah dalam Al-Quran untuk melindungi diri kita seperti Surah Al-Baqarah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas dan surah-surah lain yang terdapat dalam Al-Quran.

๐Ÿ‘‰ 7. Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zukhruf ayat 36 yang bermaksud: "Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkan), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya"

๐Ÿ‘‰ 8. Selain itu, untuk menghindarkan diri daripada hasutan dan godaan syaitan ini kita hendaklah melazimkan diri dengan memperbanyak mengingati Allah dengan amalan berzikir dan mengamalkan bacaan istia'zah iaitu A'uzubillahiminashsyaitonirrajim serta memulakan kalimah Bismillahirrahmanirrahim dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan.

๐Ÿ‘‰ 9. Imam Abu Daud daripada Jabir bin Abdullah RA bahawasanya Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila seseorang memasuki rumahnya dan menyebutkan nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata (kepada teman-temannya) : "Tidak ada tempat bermalam bagi kamu dan tidak ada makan malam." Dan apabila ia masuk rumah dan tidak menyebutkan nama Allah ketika masuk, maka syaitan berkata (kepada teman-temannya) : "Kamu mendapatkan tempat bermalam." Kemudian apabila ia tidak menyebutkan nama Allah ketika makan maka syaitan berkata (kepada teman-temannya) : "Kamu mendapatkan tempat bermalam dan makan malam."

๐Ÿ‘‰ 10. Sebagai kesimp**an khutbah pada kali ini, diingatkan jemaah sekalian bahawa kewujudan syaitan ini merupakan sesuatu perkara yang benar dan kita hendaklah sentiasa waspada dengan tipu daya syaitan ini. Marilah kita kukuhkan dan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam dalam kehidupan kita di samping sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan perlindungan daripada syaitan yang terkutuk ini. Sesungguhnya hanya orang-orang beriman dan bertakwa sahaja akan mampu menghadapi segala tipu daya syaitan laknatullah ini.

Waallahuโ€™alam.

* oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ*
* *
* -19*
* *
* *

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡**๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*๐Ÿ•Œ *INTISAR...
30/07/2021

*ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡*
*๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข*

๐Ÿ•Œ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐Ÿ•Œ
๐Ÿ“† *TARIKH : 20 DZULHIJJAH 1442H/ 30 JULAI 2021*

๐Ÿ“œ *_TAJUK : TAUBAT KEMBALI KEPADA ALLAH_*

Firman Allah SWT di dalam surah Ash-Shura ayat 25 yang bermaksud : โ€œDan Dialah tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambanya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakanโ€.

๐Ÿ‘‰ 1- Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa.

๐Ÿ‘‰ 2- Setiap manusia tidak terlepas melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah SWT dan sesama manusia,maka perkara yang paling baik dilakukan ialah amalan sentiasa bertaubat kerana taubat menjadi penyuci kepada dosa dan merupakan cara utama penyucian jiwa bagi mewujudkan hubungan antara hamba dengan penciptanya.

๐Ÿ‘‰ 3- Taubat bermaksud kembali taat kepada Allah SWT dan menyesal secara bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan. Taubat juga bererti seseorang yang mengetahui terhadap keburukan dan bahaya dosanya, lantas dia meninggalkan perbuatan dosa itu dengan ikhlas kerana Allah SWT.

๐Ÿ‘‰ 4- Hukum bertaubat adalah wajib. Wajib dilakukan dengan segera kerana sekiranya tidak dilakukan dengan segera, dibimbangi pengaruh dosa akan bertompok dihati seseorang sehingga hitam sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : โ€œseseorang hamba apabila melakukan sesuatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sesuatu titik hitam dan apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan dan apabila ia kembali maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutup hatinyaโ€.

๐Ÿ‘‰ 5- Bagi memastikan taubat seseorang itu diterima oleh Allah SWT dan memberi kesan kepada jiwa seseorang, agama Islam memberikan beberapa panduan :

Pertama : Seseorang yang bertaubat hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan berazam tidak mengulangi dosa yang dilakukan.

Kedua : Sekiranya dosanya itu berkaitan dengan hak sesama manusia maka syaratnya dia memohon maaf dari orang yang dizaliminya, jika berbentuk harta benda haruslah mengembalikannya dan jika dosa fitnah, umpatan, tuduhan palsu atau seumpamanya maka hendaklah dibersihkan nama orang tersebut dan meminta maaf daripadanya.

Ketiga : Memperbanyakkan amalan beristighfar sebagaimana Hadis riawayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah RA bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : โ€œDemi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampun) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari tujuh puluh kaliโ€.

Keempat : Memperbanyakkan amal kebajikan dan kebaikan. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah an-nahl ayat 119 yang bermaksud : โ€œkemudian, sesungguhnya tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannnya, sesungguhnya tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah maha pengampun, lagi maha mengasihaniโ€.

๐Ÿ‘‰ 6- Akhir khutbah; sebagai hamba Allah kita perlu merenung diri sendiri dan menilai kembali sejauh mana hubungan kita dengan Allah SWT. Kita perlu menginsafi diri kita dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Yakinlah bahawa Allah SWT Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Pengampun akan dosa hamba-hambanya.

๐Ÿ‘‰ 7- Firman Allah SWT dalam Surah Al-Aโ€™raf ayat 153 yang bermaksud : โ€œdan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha mengasihaniโ€.

Waallahuโ€™alam.

* oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ*

Rebutlah Baki 10 Akhir RamadhanMarilah bersama dalam pecutan akhir baki Ramadhan tahun ini dengan pengisian, penghayatan...
30/04/2021

Rebutlah Baki 10 Akhir Ramadhan

Marilah bersama dalam pecutan akhir baki Ramadhan tahun ini dengan pengisian, penghayatan dan penyedaran.

๐Ÿ”ธ Solat Tarawih
Bersama Imam Hafiz Jemputan

๐Ÿ”น Qiamullail 10 malam akhir bermula 30 April 2021 (3 - 5 pagi) sehingga akhir Ramadhan
Dipimpin oleh Ustaz Ismail Mustari

๐Ÿ”ธ Kaunter Zakat Fitrah
Amil bertauliah Bandar Baru Kangkar Pulai

Infaq Ramadhan masih diterima dengan nilai RM 50 / slot.
Jumlah Sasaran : RM 40,000
Jumlah Terkumpul : RM 31,641

Semoga kita semua usaha kita sepanjang Ramadhan ini dikurniakan kejayaan dan keredhaanNya Aamiin.

Address

Jalan Pulai Bistari 7, Bandar Baru Kangkar Pulai
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Taqwa Pulai Bistari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category