Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu

Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu, Religious organisation, Jalan Bayu Puteri 2, Johor Bahru.

MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN TAHLIL PERDANA SURAU AN NUR PANGSAPURI DESA MELAYU 2026/1447.Terimakasih kepada semua yan...
13/02/2026

MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN TAHLIL PERDANA SURAU AN NUR PANGSAPURI DESA MELAYU 2026/1447.

Terimakasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program pada tahun ini sama ada dari kalangan penduduk dan juga rakan-rakan KRT Pangsapuri Desa Melayu.

Semoga setiap bacaan Al-Quran dan zikir akan mendatangkan keberkatan kepada kita semua dan pahalanya juga disampaikan oleh Allah kepada Almarhum dan Almarhumah daripada kalangan keluarga kita semua....Aamiin


Alhamdulillah...Terimakasih kepada semua jama'ah dan warga PDM yang terlibat dalam program gotong-royong surau sempena m...
08/02/2026

Alhamdulillah...
Terimakasih kepada semua jama'ah dan warga PDM yang terlibat dalam program gotong-royong surau sempena menyambut kedatangan Ramadan yang tak lama lagi.
Semoga setiap titisan peluh dan tenaga akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...Aamiin

Terimakasih juga kepada Dato' Yahya yang telah sudi hadir ke surau An Nur PDM bagi menyampaikan sumbangan kurma Ajwa daripada Menteri Besar Johor.

Semoga semuanya diberkati Allah !


Masjid dan Surau bukan hanya sekadar dijadikan tempat untuk solat berjamaah tetapi juga sebagai tempat belajar agama sam...
07/02/2026

Masjid dan Surau bukan hanya sekadar dijadikan tempat untuk solat berjamaah tetapi juga sebagai tempat belajar agama sama ada untuk dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Sabda Rasulullah :
"Ajarkan anakmu cara mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan hukum anakmu apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun".

Perbezaan antara seorang hamba yang beriman dengan orang kafir iaitu meninggalkan solat.



Majlis Bacaan Yaasin sempena malam Nisfu Sya'ban dengan penuh harapan dan bersangka baik kepada Allah semoga dengan wasi...
02/02/2026

Majlis Bacaan Yaasin sempena malam Nisfu Sya'ban dengan penuh harapan dan bersangka baik kepada Allah semoga dengan wasilah bacaan Surah Yaasin kita semua diberikan umur panjang dan diberkati, diberikan kekuatan iman, dijauhkan dari segala musibah dan mara bahaya, dikurniakan keluasan rezeki yang halal, dijauhkan dari kemiskinan dan kefakiran serta selamat hidup didunia dan akhirat....Aamiin


Alhamdulillah....Semarak Subuh Johor Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu 1 February 2026.Adapun perkongsian ilmu pada pa...
01/02/2026

Alhamdulillah....

Semarak Subuh Johor Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu 1 February 2026.

Adapun perkongsian ilmu pada pagi ini adalah terkait bulan Sya'ban diantaranya :

1.Pertukaran arah kiblat umat Islam dari Masjid Al-Aqsa ke arah Ka'bah di Masjidil Haram berlaku pada bulan Sya'ban
2.Laporan amal ibadah selama setahun kepada Allah berlaku dibulan Sya'ban
3.Penentuan umur/ajal manusia berlaku dibulan Sya'ban
4.Turunnya ayat perintah selawat keatas nabi Muhammad pada bulan Sya'ban
5.Allah luaskan rahmatNya dengan memberi keampunan keatas semua hambaNya kecuali mereka yang menyekutukan Allah (syirik) dan bermusuhan atau memutuskan tali silaturrahim
6.Sya'ban juga disebut sebagai bulan Al-Quran dan Istighfar
7.Digalakkan untuk berpuasa sebagai latihan dan untuk memuliakan bulan Ramadhan

Semoga perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak bermanfaat kepada semua....Aamiin


AL-HAMDULILLAH & TAHNIAH !Program Semarak Subuh Johor Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu 16 November 2025.  TIGA point ...
16/11/2025

AL-HAMDULILLAH & TAHNIAH !

Program Semarak Subuh Johor Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu 16 November 2025.

TIGA point penting yang dikongsikan oleh Imam Surau An Nur dalam Kuliah Subuh pada pagi ini terkait hadist yang ke 18 dalam kitab Arba'un An Nawawi,iaitu :

1. BERTAQWA kepada Allah diwaktu apapun dan dimanapun berada
2. AMAL KEBAIKAN menghapus dosa-dosa kecil makna dari perintah agar setiap perbuatan buruk diikuti dengan perbuatan yang baik
3. Pentingnya BERAKHLAK MULIA terhadap sesama manusia dengan mencontoh keperibadian Rasulullah s.a.w.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua sehingga dapat diamalkan dalam kehidupan seharian kita dengan hidayah dan pertolingan daripada Allah s.w.t.....Aamiin.

Terimakasih kepada HELWA surau yang telah menyediakan sarapan NASI KERABU untuk jamaah yang hadir dalam program ini.


31/10/2025

Surau dan Masjid bukan hanya sebagai tempat untuk mendirikan solat berjamaah lima waktu sahaja dan juga bukan hanya tempat orang dewasa mendengarkan kuliah/majlis ilmu tetapi juga boleh digunakan sebagai tempat khas untuk anak-anak belajar agama sebagai salah satu bentuk pendekatan kepada mereka dalam usaha mengimarahkan Surau dan Masjid.

Andai mereka bermain atau buat bising maka tegurlah dengan cara berhemah dan kasih sayang....namanya juga budak-budak dan itu wajar ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu dalam usaha menjayakan majlis sambutan Ma...
21/09/2025

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu dalam usaha menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul s.a.w pada tahun ini terutama kepada barisan AJK Surau dan HELWA,rakanยฒ KRT dan SRS PDM,Ahli Majlis,JMB dan JKP serta warga PDM.
Semoga usaha kita semua dibalas oleh Allah dengan segala kebaikan dunia dan akhirat serta dikurniakan syafaat Rasulullah s.a.w....Aamin

20/09/2025

Berarak sambil berselawat sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul s.a.w Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu 2025.

Semoga Allah merahmati semua warga PDM dan dikurniakan oleh Allah syafaat Rasulullah Muhammad s.a.w, Aamiin.....

SEMARAK SUBUH JOHOR (DUN STULANG)Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu.
21/06/2025

SEMARAK SUBUH JOHOR (DUN STULANG)
Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu.

Program Ibadah Qurban An Nur PDM 1446.
09/06/2025

Program Ibadah Qurban An Nur PDM 1446.

21/04/2025

Al-hamdulillah...

TAHNIAH dan jutaan TERIMAKASIH diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis MARHABAN PERDANA & JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1446/2025 Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu dari kalangan warga PDM,rakan-rakan KRT,SRS,JKP dan JMB.

Semoga majlis ini akan menjadi asbab terjalinnya muhibbah yang berterusan dikalangan penduduk PDM agar hidup dalam keadaan bersatu padu dan harmoni....Aamiin





Address

Jalan Bayu Puteri 2
Johor Bahru
80150

Telephone

+60127615272

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An Nur Pangsapuri Desa Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share