Waqaf An-Nur

Waqaf An-Nur Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) sebuah entiti yang berperanan sebagai Nazir Khas

Aktiviti Waqaf An-Nur
1.Rangkaian Masjid An-Nur
2.Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur
3.Jalinan Ukhuwah
4.Dana Niaga
5.Pusat Waqaf Komuniti
6.Briged Waqaf
7.Program Mutawwif


Laman sosial ini dibangunkan bagi tujuan menyalurkan informasi berkaitan Waqaf An-Nur.

08/09/2026

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, dan seluruh umat Islam.

Keberkatan hadir melalui amalan kecil yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah. Mulakan hari ini dengan doa, solat, ka...
08/09/2026

Keberkatan hadir melalui amalan kecil yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah. Mulakan hari ini dengan doa, solat, kata-kata yang baik serta berkongsi rezeki kepada yang memerlukan. 🀲

Semoga setiap langkah kita dipermudah dan diberkati Allah SWT.

07/09/2026

Ya Allah, lembutkanlah lidahku agar berkata baik dan tidak menyakiti sesiapa.

07/09/2026
06/09/2026

Ya Allah, jadikanlah aku insan yang mudah memaafkan dan tidak menyimpan dendam.

BILA KITA MENGHORMATI, KITA AKAN DIHORMATIHormat bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi terpancar melalui cara kita mel...
04/09/2026

BILA KITA MENGHORMATI, KITA AKAN DIHORMATI

Hormat bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi terpancar melalui cara kita melayan, mendengar dan menjaga perasaan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda:

β€œBukan daripada kalangan kami orang yang tidak menyayangi golongan yang lebih muda dan tidak menghormati golongan yang lebih tua.”
-Riwayat al-Tirmizi

Yang muda disayangi, yang tua dihormati. Walaupun berbeza usia, kedudukan dan pandangan, adab tetap perlu dijaga. Kerana apabila kita memilih untuk menghormati orang lain, kita sebenarnya sedang memperlihatkan keindahan akhlak sendiri.

Semoga kita sentiasa menjadi insan yang lembut dalam berbicara, matang ketika berbeza pendapat dan sentiasa memuliakan orang di sekeliling kita.

πŒπ„πŒππˆππ€ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ, πŒπ„ππ‚πŽπ‘π€πŠ πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π.3 Sept. - Pendidikan bukan sekadar membuka pintu ilmu, tetapi menjadi a...
03/09/2026

πŒπ„πŒππˆππ€ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ, πŒπ„ππ‚πŽπ‘π€πŠ πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π.

3 Sept. - Pendidikan bukan sekadar membuka pintu ilmu, tetapi menjadi asas kepada perubahan kehidupan, pembangunan masyarakat dan kemajuan sesebuah negeri.

Atas komitmen tersebut, Waqaf An-Nur telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk berkongsi peranan serta impak Waqaf An-Nur dalam memperkasakan pendidikan melalui pelbagai inisiatif, antaranya Program Iqra’ Celik Al-Quran, sumbangan Alat Bantuan Mengajar, Bantuan Kembali Ke Sekolah, Semarak Jawi Sahibba, Briged Insaniah, Program Saya Tahu Membaca serta pelbagai program pembangunan pendidikan yang lain.

Setiap inisiatif yang dilaksanakan bukan sekadar menyampaikan bantuan, malah membawa misi lebih besar bagi memastikan lebih ramai anak mendapat akses kepada pendidikan, menguasai kemahiran asas, mendalami Al-Quran dan tulisan Jawi serta membina keyakinan untuk melangkah menuju masa depan yang lebih baik.

Kunjungan ini turut membuka ruang kepada penerokaan kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Johor dalam memperluas manfaat pendidikan kepada lebih ramai pelajar, khususnya mereka yang memerlukan sokongan dan peluang.

Waqaf An-Nur percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu mengubah bukan sahaja kehidupan seorang anak, tetapi turut memberi kesan kepada keluarga, komuniti dan generasi seterusnya.

Insya-Allah, Waqaf An-Nur akan terus menjadikan pendidikan sebagai antara teras utama agihan manfaat wakaf demi melahirkan generasi Johor yang berilmu, berakhlak, berkemahiran dan berdaya saing.

Daripada sebuah peluang, lahirlah sebuah harapan. Daripada pendidikan, terbinalah masa hadapan.

πŸ“· : fb.com/drnaqibghazali

02/09/2026

Ya Allah, berikanlah aku sahabat yang baik, yang mendekatkan aku kepada-Mu.

01/09/2026

Ya Allah, peliharalah rumah tanggaku daripada perselisihan dan fitnah.

Address

WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD Lot 1B, Podium 1, Menara Ansar, 65 Jalan Trus, 80888, Ibrahim International Business District (IIBD) Darul Ta'zim
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:30

Telephone

+6072972692

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Waqaf An-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Waqaf An-Nur:

Shortcuts

Share