Masjid An-Nur Larkin Sentral

Masjid An-Nur Larkin Sentral Masjid An-Nur yang dikelolakan oleh Waqaf An-Nur Johor Copration Jamuan turut disediakan kepada para jemaah selepas solat sunat Hari Raya Aidil Adha.

MASJID AN NUR LARKIN SENTRAL JOHOR BAHRU
TARIKH : 8 DISEMBER 2008

Masjid An Nur Larkin Sentral, Johor Bahru, kini telah dibuka dan boleh digunakan oleh orang ramai untuk mendirikan solat waktu berjemaah. Sempena Hari Raya Aidil Adha 1429H pada hari ini, Isnin, 8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429, solat sunat Hari Raya Aidil Adha didirikan di Masjid An Nur Larkin Sentral. Masjid An Nur Lar

kin Sentral terletak di sebahagian kawasan tempat letak kereta bersebelahan dengan Terminal Larkin Sentral. Masjid ini mempunyai keluasan 7,373 kaki persegi dan dapat menampung kira-kira 700 orang jemaah dalam satu masa. Pembinaan masjid ini adalah antara kemudahan yang disediakan oleh Johor Corporation di bangunan dan kawasan di bawah pentadbirannya bagi menyediakan kemudahan untuk keselesaan kepada pelanggan, penyewa bangunan dan juga orang ramai. Pembinaan Masjid An Nur Larkin Sentral adalah merupakan masjid yang ke 3 dibina dalam sebuah kompleks perniagaan selain daripada Masjid An Nur Kotaraya dan Masjid An Nur Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. LATAR BELAKANG MASJID AN NUR LARKIN SENTRAL

Kerja-kerja awal pembinaan masjid telah bermula pada 10 April 2007 dan telah siap pada 30 November 2008 dengan kos pembinaan keseluruhan sebanyak RM1.6 juta.

3. Masjid An Nur Pasir Gudang
4. Masjid Jamek Taman Cendana Pasir Gudang
5. Masjid Jamek Ladang Ulu Tiram
6. Masjid Pulau Sibu

Pembinaan Masjid An Nur Larkin Sentral merupakan sebahagian daripada program penaiktarafan fasa ke 2 Terminal Larkin Sentral. Keseluruhan pembangunan Fasa ke 2 melibatkan perbelanjaan berjumlah RM6 juta. Sebelum ini Johor Corporation telah membelanjakan berjumlah RM 3 juta bagi program menaiktaraf fasa 1 yang telah dimulakan pada tahun 2004 yang melibatkan penyediaan `escalator’ / tangga bergerak, pencahayaan dan tandas awam bagi keselesaan pengunjung. Dengan siapnya masjid ini akan dapat memberikan kemudahan kepada pengunjung-pengunjung Terminal Larkin Sentral serta penduduk sekitar kawasan Larkin. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan dana pembinaan masjid tersebut seperti menganjurkan program jualan amal di Terminal Larkin Sentral pada 4,5 dan 6 April 2008 yang telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM43, 800.00.

Address

Jalan Garuda
Johor Bahru
80350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nur Larkin Sentral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category