Masjid Taman Sri Pulai Perdana

Masjid Taman Sri Pulai Perdana PAGE RASMI - MASJID TAMAN SRI PULAI PERDANA. Pengisytiharan masjid baru dibuat pada 17 Januari 2014 bersamaan 15 Rabiulawal 1435 Hijrah.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul1448H/2026M‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
1448H/2026M

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Firman Allah:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (surah Al-Anbiya:107)

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” (Surah Al-Ahzab:21)

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi berat kepadanya sebarang kesusahan yang kamu tanggung, yang mendambakan kebaikan bagi kamu, dan ia p**a amat limpah belas kasihnya lagi penyayang kepada orang-orang yang beriman." (Surah At-Taubah:128)

Hadith

"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu: Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya (Al-Hadith)." (Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwatta', no. 1594 / Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, no. 319)

Suasana solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 21 Ogos 2026. Imam dan khatib bertugas ialah Imam Mohd Najib Moh...
23/08/2026

Suasana solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 21 Ogos 2026. Imam dan khatib bertugas ialah Imam Mohd Najib Mohamad. Khutbah hari ini bertajuk "Kerinduan Buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w.", sempena Hari Maulud ar-Rasul minggu hadapan.

Solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 7 Ogos 2026. Imam dan khatib bertugas ialah Imam Mohd Najib Mohamad. Khu...
07/08/2026

Solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 7 Ogos 2026. Imam dan khatib bertugas ialah Imam Mohd Najib Mohamad. Khutbah hari ini bertajuk "Apabila Rezeki Datang, Bersama Menyumbang", menyentuh mengenai menginfaqkan sebahagian daripada harta dan kekayaan yang kita punyai untuk mereka yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan.

Suasana solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 17 Julai 2026. Imam dan khatib bertugas ialah Imam M Ismail Mahm...
29/07/2026

Suasana solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 17 Julai 2026. Imam dan khatib bertugas ialah Imam M Ismail Mahmud, dan tajuk khutbah kali ini ialah "Pemuda Cerdik, Nafsu Terdidik".

Inna liLlahi wa inna ilayhi raaji'uun!Kita telah terima pemakluman bahawa saudara dan jiran kita Mohd Noh bin Enggah dar...
13/07/2026

Inna liLlahi wa inna ilayhi raaji'uun!

Kita telah terima pemakluman bahawa saudara dan jiran kita Mohd Noh bin Enggah dari Jalan Pulai Perdana 3/5 telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah jam 2:18 petang Ahad 12 Julai 2026.

Jenazah telah dibawa ke Masjid Taman Sri Pulai Perdana sebelum maghrib hari itu setelah selesai urusan pentadbiran dan forensik di hospital, lalu dimandikan dan dikafankan.

AlhamduliLlah setelah solat jamaah 'Isya', jenazah telah disolatkan di masjid ini, dan seterusnya dibawa ke perkuburan untuk disemadikan.

Semoga Allah ampuni almarhum dan masukkan-Nya ke dalam golongan mereka yang dikasihi dan diridhai-Nya. Salam takziah buat seluruh anggota keluarganya di atas kehilangan ini. Beliau telah mendahulu kita dan insya Allah kita semua akan menurut kemudian.

10/07/2026

Solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 10 Julai 2026 bersamaan 24 Muharram 1448H, diimami oleh Imam Muhammad Najib Mohamed.

10/07/2026

Khutbah Jumaat Kedua di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 10 Julai 2026 bersamaan 24 Muharram 1448H. Imam dan khatib bertugas ialah Imam Muhammad Najib Mohamed.

10/07/2026

Khutbah Jumaat Pertama di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 10 Julai 2026 bersamaan 24 Muharram 1448H. Imam dan khatib bertugas ialah Imam Muhammad Najib Mohamed.

Suasana solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 10 Julai 2026 bersamaan 24 Muharram1448H.Imam dan khatib bertuga...
10/07/2026

Suasana solat Jumaat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, 10 Julai 2026 bersamaan 24 Muharram1448H.

Imam dan khatib bertugas ialah Imam Mohd Najib Mohamad, dan tajuk khutbah hari ini ialah "Menunaikan Hak Demi Masa Hadapan", mengenai tanggungjawab untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri esoknya.

SALAM MAAL HIJRAH 1448Intipati Kuliah Maghrib 1 Muharam 1448 oleh Ustaz Dr Idris Ismail(Dengan ihsan Ir Nordin Musa)Cera...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448

Intipati Kuliah Maghrib 1 Muharam 1448 oleh Ustaz Dr Idris Ismail
(Dengan ihsan Ir Nordin Musa)

Ceramah sempena maal hijrah malam ini ust Dr Idris mengakhiri dgn kesah tindakan pertama Rasulullah s.a.w selepas penghijrahan ke Madinah. Antara perkara pertama yang dilakukan baginda ialah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Membina ikatan Ukhuwah. Antara contoh sahabat yang dipersaudarakan ialah sepupu Nabi s.a.w, Jaafar bin Abi Talib r.a dengan Muaz bin Jabal r.a, Abu Bakar as-Siddiq r.a dengan Kharrijah bin Zuhair r.a dan Abdul Rahman bin Auf r.a dengan Saad bin Rabi r.a.

Dalam kes Abdul Rahman dan Saad, demi memenuhi ikatan persaudaraan yang dijalin, Saad bersedia menyerahkan separuh hartanya dan menceraikan salah seorang isterinya agar dapat dikahwini oleh Abdul Rahman.
Bagaimanapun, sahabat nabi yang mulia Abdul Rahman menolak permintaan dengan baik sebaliknya bertanya di mana lokasi pasar Madinah untuknya berjual beli.

Ust juga jelaskan Ukhuwah ada 3 tingkatan.

1.Al ithar (الايثار)

Melebihkan. Apa yang kita dapat, diberikan lebih pada org lain. Mengutamakan orang lain, hanya sedikit untuk diri sendiri. Tingkat yg tertinggi dlm ukhuwah.

2.Almasawaah (مساواة)

Kesamarataan. Apa yang kita dapat nak dikongsikan bersama. Kongsi sama rata. Tak lebih tak kurang.

3.Salamatussadri (سلامة الصدر)

Berlapang dada dan bersangka baik pada rakan-rakan. Ini tingkat yg paling rendah.

Di manakah tingkatan ukhuwah kita?

Adakah kita s**a mengata, mengutuk, menghina, mengaib dan menghukum orang lain.
Jaga tak lisan dan kata² ?

Perlakuan dan tindakan yg buruk atau baik, ia adalah cerminan sebenar akhlak kita.

Address

Persisiran Pulai Perdana 2, Taman Sri Pulai Perdana
Johor Bahru
81110

Telephone

+60127176107

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Taman Sri Pulai Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Taman Sri Pulai Perdana:

Shortcuts

Share

Category