08/03/2026
𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇...
Terima Kasih kepada semua Penduduk, Kariah & Jemaah2 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐇𝐀𝐉𝐉𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐙𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈𝐄 𝐊𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐌𝐄𝐃 yang telah hadir menjayakan MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR PERDANA 1447H yang telah diadakan pada 8 MAC 2026/18 Ramadan 1447H.
Kami Jawatankuasa & Jemaah Surau Hajjah Hazarabie Khan Mohammed ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang Imam muda kita, 𝙄𝙢𝙖𝙢 𝘼𝙧𝙞𝙨𝙝𝙖𝙝 𝘽𝙞𝙣 𝙃𝙟 𝘼𝙗𝙙 𝘼𝙣𝙞𝙨 & 𝙄𝙢𝙖𝙢 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝘼𝙙𝙞𝙗 𝙎𝙮𝙖𝙢𝙖𝙡 𝘽𝙞𝙣 𝙉𝙤𝙧𝙯𝙖𝙞𝙙𝙞 yang telah bertugas mengetuai Solat Isyak & Tarawih sepanjang Ramadan ini bermula dari malam Pertama Ramadan lagi, sehingga malam terakhir nanti.
Semoga Kedua2 Imam Muda anak kariah kita ini diberkati, dirahmati & menjadi Imam serta Pendakwah Agama yang dilindungi oleh ALLAH SWT, Aamiin.
𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑰𝒎𝒂𝒎 Surau Hajjah Hazarabie Khan Mohammed, 𝒊𝒂𝒊𝒕𝒖 𝑰𝒎𝒂𝒎 𝑯𝒋 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒇𝒂 & 𝑰𝒎𝒂𝒎 𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛 𝑴𝒐𝒉𝒅 𝑭𝒊𝒓𝒅𝒂𝒖𝒔, yang telah bertugas sebagai Bilal sepanjang Solat Sunat Tarawih pada tahun ini.
Di kesempatan sempena majlis ini juga, pihak Surau HHKM telah memilih 21 keluarga Asnaf, Ibu Tunggal & yang layak untuk menerima Sumbangan Aidilfitri berupa barangan dapur & juga Wang Tunai untuk di gunakan menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma.
Seramai 11 Keluarga telah di kunjungi oleh Jawatankuasa Surau HHKM untuk menyampaikan Sumbangan & juga Ziarah mereka yang di uji dengan masalah kesihatan yang mana telah diketuai oleh Tn Pengerusi, Tn Hj Jaafar Bin Md Taib pada 7 Mac 2026, manakala 10 Keluarga telah hadir ke Surau untuk menerima Sumbangan.
Kepada Penyumbang2, sama ada yang berbentuk wang ringgit, barangan, tenaga, dan terutama yang menyumbang untuk Jamuan Berbuka Puasa Perdana & juga Jamuan Moreh sepanjang Ramadan pada kali ini, pihak Jawatankuasa Surau HHKM mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana sama2 menjayakan majlis pada kali ini. Semoga ALLAH SWT membalas jasa & sumbangan kita semua dengan Rezeki Kesihatan, Kekayaan, Kebahagiaan seterusnya Syurga buat kita semua, Aamiin.
𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗱𝗺𝗶𝗻, fans 𝗺𝗮𝗿𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘀𝗮𝗺𝗮𝟮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 & 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮, 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗟𝗮𝗶𝗹𝗮𝘁𝘂𝗹𝗾𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗶𝗻𝗶, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗸𝗶 𝟭𝟭 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮.
Ini sebagaimana firman Allah SWT:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ (5)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatulqadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Kata Al-Allamah Zainuddin Al-Malibari:
والعمل فيها خير من العمل في الف شهر ليس فيها ليلة القدر
"Dan amal pada malam Lailatulqadar adalah lebih baik daripada amal selama seribu (1,000) bulan yang mana tiada padanya Lailatulqadar."