Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru

Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru مسجد سلطان ابو بكر، جوهر بهارو، جوهر دار التعظيم

04/09/2026
⚠️ AMARAN PENIPUAN (SCAM) MENGGUNAKAN NAMA MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRUAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...
27/06/2026

⚠️ AMARAN PENIPUAN (SCAM) MENGGUNAKAN NAMA MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar menggunakan nama Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru untuk membuat tempahan kepada pembekal.

Antara modus operandi yang dikenal pasti ialah:
✅ Tempahan pembelian lembu.
✅ Tempahan perkhidmatan mencuci karpet masjid.

Scammer telah menghubungi pembekal dan mengemukakan dokumen yang kelihatan seperti dokumen rasmi bagi meyakinkan mereka. Pembekal kemudiannya diarahkan menghantar bekalan atau hadir ke Masjid Sultan Abu Bakar.

Untuk makluman semua, pihak Masjid Sultan Abu Bakar TIDAK PERNAH membuat sebarang tempahan lembu mahupun perkhidmatan cucian karpet seperti yang didakwa oleh individu berkenaan.

Alhamdulillah, kejadian ini berjaya dikenal pasti lebih awal dan dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kerugian kepada pihak masjid.

⚠️ Sehubungan itu, semua pembekal, kontraktor dan orang ramai dinasihatkan supaya:
• Membuat pengesahan terlebih dahulu dengan pihak masjid sebelum menerima atau menghantar sebarang tempahan.
• Tidak mudah mempercayai dokumen, mesej atau panggilan yang meragukan.
• Segera menghubungi pihak masjid sekiranya menerima sebarang tempahan yang mencurigakan menggunakan nama Masjid Sultan Abu Bakar.

Mohon jasa baik semua untuk berkongsi hebahan ini agar lebih ramai pihak sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa penipuan.

Terima kasih atas kerjasama semua.

25/06/2026

Bingkisan Khutbah Jumaat 19 Jun 2026

Bertajuk : Hijrah daripada fitnah dan permusuhan

Alhamdulillah, suasana sekitar Majlis Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun 1448 Hijrah.Semoga segala amalan se...
17/06/2026

Alhamdulillah, suasana sekitar Majlis Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun 1448 Hijrah.

Semoga segala amalan sepanjang tahun yang berlalu diterima oleh Allah SWT, segala kekhilafan diampunkan, dan tahun baharu Hijrah ini membawa sinar keberkatan, rahmat serta kekuatan untuk terus berhijrah menjadi insan
yang lebih bertakwa dan berakhlak mulia.

17/06/2026

Bingkisan Khutbah Negeri Johor Yang Bertajuk Infaq Jumaat Bertarikh 12 Jun 2026 Bersamaan 26 Zul-Hijjah 1447هـ….

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1448هـ السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهذكر كتيك مليهت بولن سابيتZikir Ketika Melihat ...
16/06/2026

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1448هـ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ذكر كتيك مليهت بولن سابيت

Zikir Ketika Melihat BULAN SABIT.

Dari Talhah bin Ubaidillah RA dari NabiSAW apabila melihat AnakBulan mengucapkan:

اللَّهُمَّ أهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالإسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ.

Ya Allah jadikanlah bulan sabit ini atas kami berupa rasa aman, iman, keselamatan dan islam. Wahai bulan sabit, Tuhan ku dan tuhan mu adalah Allah.
Riwayat ad-Darimi & at-Tirmizi

Dpd Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah apabila melihat AnakBulan brsbda:

اللَّهُ أكْبَرُ، اللَّهُمَّ أهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأمْنِ والْإِيْمَانِ، وَالسَّلَامَةِ والْإِسْلامِ والتَّوْفِقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ.

Allah maha besar. Ya Allah jadikanlah BulanSabit ini atas kami berupa rasa aman, iman, keselamatan, islam dan taufik utk apa yang cinta dan Engkau redha. Wahai BulanSabit, Tuhan kami dan Tuhan mu adalah Allah.
Riwayat ad-Darimi.

Dari Qatadah, bahawa NabiSAW apabila melihat AnakBulan mengucapkan:

هِلالُ خَيْرٍ ورُشْدٍ 3X، آمَنْتُ باللهِ الَّذِي خَلَقَكَ 3X، الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي ذَهَبَ بِشَهْرِ كَذَا - ذو الحجة - وَجَاءَ بِشَهْرِ كَذَا - محرم

AnakBulan kebaikan dan petunjuk 3X, Aku beriman kepada Allah yg telah mencipta mu 3X. Segala puji bagi Allah yg telah membawa pergi bulan ذو الحجة Zul-Hijjah dan mendatangkan bulan محرم Muharram.
Riwayat AbuDaud.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم والحمد لله رب العالمينَ

# Dibaca sebelum doa' awal tahun kerana doa' ini diajar oleh Rasulullah saw

Address

Jalan Masjid Abu Bakar
Johor Bahru
80000

Telephone

+6072076411

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru:

Shortcuts

Share

Category