Surau Al'Amin Rosmerah

Surau Al'Amin Rosmerah Hal Ehwal Agama Islam Qariah Rosmerah

Alhamdulillah, suasana ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H (04/10/2024).Kami ingin mengucapkan jutaan terima kas...
05/10/2024

Alhamdulillah, suasana ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H (04/10/2024).

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir meraikan majlis ini. Semoga ukhwah kita semua semakin erat.

Assalamualaikum semua.Dijemput para jemaah kariah Rosmerah & berdekatan untuk hadir ke Sambutan Majlis Sambutan Maulidur...
02/10/2024

Assalamualaikum semua.

Dijemput para jemaah kariah Rosmerah & berdekatan untuk hadir ke Sambutan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1446H.

Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Fahrur Razi bin Salih (Pejabat Kadi Negeri Johor)
Tarikh: 04 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Surau Al'Amin Rosmerah

Diharapkan dengan kehadiran para jemaah ke majlis ilmu ini dapat menambahkan rasa cinta kita semua kepada Nabi Muhammad, Rasul kita. Aamiin

Allah memuji baginda Rasulullah SAW dalam kalangan para malaikat yang dekat darjat mereka dengan Nya dan para malaikat j...
15/09/2024

Allah memuji baginda Rasulullah SAW dalam kalangan para malaikat yang dekat darjat mereka dengan Nya dan para malaikat juga berselawat kepadanya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 56:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW);

wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad

Maksudnya:

“Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.” – (Hadis Riwayat An-Nasae’i)

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Mari kita memperbanyakkan selawat keatas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. Semoga kita semua peroleh syafaat baginda diakhirat kelak, Aamiin🤲

Jalur Gemilang bendera Malaysia,Megah berkibar setiap hari,Selalulah kita berdoa padaNya,Supaya Malaysia terus aman harm...
31/08/2024

Jalur Gemilang bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalulah kita berdoa padaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

Kami mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2024🇲🇾 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga peroleh keberkatan & keredhaan Ilahi, Aamiin🤲

16/07/2024
13/07/2024

JEMPUTAN

-Assalamulaikum-

Untuk makluman tuan, pihak Surau Al-Amin akan mengadakan satu program iaitu : -

KELURGA SAKINAH: Tanggungjawab suami dan isteri dlm rumahtangga dan isu semasa.

Anjuran pihak Surau Al-Amin bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor, sebagaimana ketetapan berikut:

✅ Hari: Ahad
✅ Tarikh: 14/7/24
✅ Masa: 9.00 pagi
✅Tempat: Surau Al Amin

Anda semua dijemput hadir utk sama2 mengimarahkan lagi majlis ilmu berkenaan.
Program ini akan dibimbing oleh
Ustaz Fahrur Razi Bin Salih
daripada pejabat Qadhi Johor Bahru

Aturcara :

9.00 pgi > kehadirn para perserta dan sarapan pagi
9.30 pgi > program dimulai
11.30 pgi> majlis berakhir
Bersurai
Terima kasih

-Salam Maal Hijrah 1446-Semoga dengan tahun baru ini kita dapat membuka buku baru dengan mempertingkatkan amalan soleh d...
07/07/2024

-Salam Maal Hijrah 1446-

Semoga dengan tahun baru ini kita dapat membuka buku baru dengan mempertingkatkan amalan soleh dan umat Islam bersatu-padu hendaknya.

Address

Jalan Rosmerah 5/1, Taman Johor Jaya
Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al'Amin Rosmerah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al'Amin Rosmerah:

Share