16/03/2026
MAKLUMAN KEPADA SEMUA JEMAAH MASJID
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan bahawa masjid kini sedang dalam proses penukaran karpet yang baharu bagi memberikan keselesaan yang lebih baik kepada para jemaah ketika menunaikan solat dan beribadah.
Sehubungan itu, mungkin terdapat sedikit gangguan atau perubahan sementara pada ruang solat sepanjang kerja-kerja pemasangan dijalankan. Pihak masjid memohon kerjasama dan kesabaran daripada semua jemaah sepanjang tempoh tersebut.
Dalam masa yang sama, pihak masjid juga membuka peluang kepada para jemaah untuk menyumbang infaq bagi kos penjagaan karpet dan pembelian vacumm khas. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Bagi yang ingin menyumbang, boleh berhubung dengan pihak AJK masjid.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan sokongan semua jemaah.
Pihak AJK Masjid