16/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ramadan hampir meninggalkan kita. Beberapa hari sahaja lagi peluang untuk kita mengumpul pahala yang berlipat ganda.
Mungkin ini Ramadan terakhir buat kita, dan kita tidak pasti apakah kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Marilah kita mengambil peluang di hari-hari terakhir ini untuk berinfaq dan bersedekah bagi mengimarahkan Surau Al-Kauthar.
Sesiapa yang ingin berinfaq boleh membuat sumbangan dengan scan QR code yang disertakan.
Semoga setiap sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah yang berterusan dan mendapat ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Jazakumullahu khairan kathira.