28/10/2020
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua... Pagi ni min nak belanja "sarapan pagi" gambor artikel masa Ydp. Ayahanda Lian Padukan ketika muda dulu²... Zaman ni Lian Padukan sudah mula bertapak dalam arena persilatan sekitar tahun 90-an. Org yg tak betul-betul kenal siapa Ayahanda Guru ini, mmg akan bersangka-sangka dengan pelbagai tanggapan melalui pandangan mata kasar... Disebalik kasarnya dan ganasnya beliau ketika dalam gelanggang... Beliau seorang yang lembut hati sebenarnya dan tak lokek ilmu ketika mengajar...
Sungguhpun begitu, beliau seorang yang tegas dalam mendidik... Min pun tak terlepas dari kene "bancuh" dgn beliau... Betapa bersemangatnya beliau ingin membentuk anak-anak muridnya sehingga berjaya... DISIPLIN yang tinggi adalah keutamaan beliau, krn beliau juga telah dididik dan diasuh ketat oleh Ayahandanya serta Nendanya... Oleh krn minatnya mendalam dalam seni bela diri, kini beliau telah bergelar RAJA BUAH PUKUL... Buktinya, min akan senaraikan nama² perguruan yang Ayahanda Guru telah pelajari ketika muda lagi.. :-
1) Silat Sri Mersing Lian Padukan
2) Buah Pukul Mersing
3) Silat Membujur Melintang Patah
4) Silat Cimande (Plentong)
5) Silat Kuningan
6) Silat Kalimah Sakti
7) Silat Pulut
8) Silat Pukulan Kaedah Sendeng Buah Melaka
9) Silat Lian Paduka Aliran Jaafar Endut
10) Gayang Lima
11) Buah Pukul Endau
12) Taekwando
13) Kungfu Aliran Hua Tiong
14) Lian Padukan
Amacam, b*k tak pengalaman beliau....? SUDAH PASTI beliau adalah guru silat yang berpengalaman dan bertauliah. Alhamdulillah... Semoga Ydp.Ayahanda dikurniakan usia yang panjang, sihat wal afiat serta dilindungi Allah swt. Aamiin Ya Robb Al Aamiin... Terima kasih...
-AmoyLP-