Masjid Khadijah

Masjid Khadijah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Khadijah, Mosque, Jalan Perwira 8, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

04/09/2025
17/01/2021

Semoga Allah permudah kan segala urusan kalian berdua

Credit: KAZAR ABDUL RAZAK



HARUM • NYAMAN • SEGAR

10/12/2020
24/12/2019

NASIHAT EMAS DARI IMAM SYAFI'I.

1) "Bila engkau tak mahu merasakan lelahnya belajar, maka engkau akan menanggung pahitnya kebodohan"

2) "Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"

3) "Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia"

4) "Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran"

5) "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat"

6) "Siapa yang menasihati secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihati mu. Siapa yang menasihati mu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghina mu"

7) "Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun"

8) "Jadikan akhirat dihati mu, dunia ditangan mu dan kematian dikelopak matamu"

9) "Berkatalah sekehendak mu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawapan. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawapan, tetapi tidak layak bagi singa meladeni anjing"

10) "Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga);
a. Dermawan saat yang dimiliki sedikit.
b. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa.
c. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti"

11) "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemerosotan, sehingga orang lain menyangka bahwa dia sentiasa berkecukupan kerana dia tidak pernah meminta"

12) "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahwa ia merasa redha"

13) "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang"

14) "Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang membantumu dalam ketaatan kepada Allah swt, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Kerana mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah"

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2445150615759539&id=1666314373643171

10/12/2019

Asalamualaikum dan selamat pagi...

Semoga urusan kita dipermudahkan...

Dan...semoga bermanfaat untuk semua...

03/12/2019

Tawaran akan dibuka semula buat rakyat Johor yang masih bujang & sudah berkahwin dan belum memiliki rumah serta mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM8 ribu.

Pendaftaran telah di buka bagi Rumah Impian Bangsa Johor Bandar Baru Majidee.

Simpan post ini dan jadi orang yang pertama untuk mendaftar!

https://www.sijf.my/

16/09/2019

Kenapa Solat Tidak 'KHUSYUK'

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga Manfaat
Cnp dari group whatapps

Johor akan bina Lapangan Terbang Antarabangsa di Mersing ?
12/11/2018

Johor akan bina Lapangan Terbang Antarabangsa di Mersing ?

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor akan membina lapangan terbang antarabangsa Mersing dalam tempoh terdekat bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi kawasan itu.

24/08/2018

Amaran Ribut Petir

Jabatan Meteorologi Malaysia

Address

Jalan Perwira 8, Taman Ungku Tun Aminah
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Khadijah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category