30/05/2026
๐โจ PROGRAM HARI RAYA KORBAN 1447H / 2026M โจ๐
Alhamdulillah, Program Hari Raya Korban di Masjid Jamek Batu 10 pada 1 Hari Raya Aidiladha telah berlangsung dengan lancar dan meriah.
Terima kasih kepada seluruh ahli kariah, para peserta korban, sukarelawan serta komuniti setempat yang hadir bergotong-royong dalam proses melapah dan agihan daging korban.
๐ค Semangat kerjasama, ukhuwah dan pengorbanan yang ditunjukkan amat dihargai dan menjadi bukti kuatnya perpaduan masyarakat kita.
Semoga segala amal ibadah korban, tenaga dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.
๐ธ Berikut dikongsikan antara momen sepanjang program berlangsung.