14/04/2026
Thank you Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Daulat Tuanku
YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR UCAPAN VAISAKHI DAN SELAMAT TAHUN BAHARU TAMIL
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada seluruh masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar sambutan ini akan terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian serta saling menghormati antara kaum dan agama di negara ini.
Sultan Ibrahim, bertitah Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya yang hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Seri Paduka Baginda bertitah, bahawa keharmonian dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa adalah tunjang kemakmuran negara.
“Moga tahun ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya,” titah Seri Paduka Baginda.