01/01/2025
Alhamdulillah. Majlis Maulidur Rasul Semalam Telah Berlangsung Dengan Penuh Lancar Dan Meriah Dengan Kehadiran Ramai Jemaah. Terima Kasih Buat YB Suhaizan Kaiat, Ahli Parlimen P**ai Kerana Sudi Hadir. Terima Kasih Juga Buat Pemimpin Setempat, Tok Ketua Kampung Kempas, Tok Airizam Bollah, Pengerusi Masjid2 Dan Surau2 Berdekatan, Para Penginfaq & Dermawan Serta Muslimin Muslimat Sekalian.
Majlis Bermula Seawal Jam 6 Petang Dengan Bacaan Berzanji & Selawat. Selepas Solat Maghrib, Adik Nur Jehan Fareeha Telah Membacakan Surah Al Mulk Dengan Penuh Merdu Dan Penghayatan. Selesai Bacaan Tersebut. Penceramah Undangan, Tuan Habib Mohamed Abdullah Al Habsyi P**a Mengambil Tempat.
Tuan Habib Telah Menyampaikan Ceramah Beliau Dengan Menekankan Betapa Pentingnya Mempunyai Ilmu Dalam Kehidupan Seharian, Dan Betapa Pentingnya Sumber Kita Menuntut Ilmu Itu Agar Tidak Terjebak Kepada Fahaman Yang Tidak Selari Dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Terima Kasih Habib Atas Ilmu & Teguran Buat Semua Yang Hadir Semalam.
Bersempena Dengan Malam 1 Rejab Yang Ditakdirkan Juga Jatuh Pada Malam Semalam, Para Jemaah Yang Hadir Turut Berdoa Agar Tahun 2025 Ini Akan Lebih Baik Dari Yang Sebelum2nya.
Semoga Kita Semua Sentiasa Dalam KeberkatanNya.
Terima Kasih Semua!