Rakan Muda & Sukarelawan MJBBU

Rakan Muda & Sukarelawan MJBBU Sila isi google form di bawah untuk pendaftaran keahlian.

24/04/2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

🔊 MAJLIS MESRA AIDILFITRI 1445H: MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa MJBBU dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Ustaz, Dato', Datin, Tuan, Puan, Saudara & Saudari ke majlis berikut:

🗓 BUTIRAN MAJLIS:
• Hari: Sabtu
• Tarikh: 04 Mei 2024 / 25 Syawal 1445H
• Masa: 8.45 Pagi - 12.45 Tengahari
• Tempat: Perkarangan Masjid Jamek Bandar Baru Uda

🗒 ATUR CARA MAJLIS:
📌 8.45 Pagi: Ketibaan tetamu jemputan
📌 9.00 Pagi: Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
📌 9.05 Pagi: Marhaban & bacaan doa
📌 9.15 Pagi: Ucapan Pengerusi MJBBU: Ustaz Haji Md Burhanuddin bin Haji Tibek
📌 9.25 Pagi: Penyampaian saguhati
📌 9.35 Pagi: Tetamu dijemput menjamu selera & Agihan duit raya kepada kanak-kanak
📌 9.40 Pagi: Persembahan qasidah & nasyid
📌 12.45 T/hari: Majlis bersurai

*Digalakkan berpakaian hari raya, Baju Melayu

واتقوا الله الذى تساءلون به والأرحام (سورة اللنساء: 01)

"Bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat."

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من عمل حسن أسرع ثوابا من صلة الرحم وما من عمل سيئة أسرع عقوبة من البغي (روح البيان 2/165)

Sabda Rasulullah SAW: "Tiada amal baik yang paling cepat balasan pahalanya berbanding silaturrahim dan tiada amal buruk yang paling cepat balasan hukumannya berbanding berbuat jahat."

14/04/2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Di kesempatan bulan Syawal ini, pihak pengurusan Masjid Jamek Bandar Baru uda (MJBBU) ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ وَجَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita di bulan Ramadan yang telah berlalu dan mengurniakan kudrat kepada kita untuk istiqamah dan menambahkan lagi amal di bulan Syawal hingga ke akhir tahun.

قال الامام الحافظ ابن رجب الحنبلي : ليس العيد لمن لبس الجديد، إنما العيد لمن طاعاته تزيد، ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب، في ليلة العيد تفرق خلق العتق والمغفرة على العبيد؛ فمن ناله منها شيء فله عيد، وإلا فهو مطرود بعيد (لطائف المعارف 483)

Kata Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali RHM: "Bukanlah raya itu siapa yang memakai pakaian baru, tetapi raya itu ialah siapa yang ketaatannya bertambah. Bukanlah raya itu siapa yang berhias dengan pakaian dan kenderaan, tetapi raya itu ialah siapa yang diampunkan dosanya. Pada malam raya dibahagikan pembebasan (dari api neraka) dan keampunan ke atas hamba. Siapa yang mendapatkannya maka baginya hari raya. Jika tidak, maka dia orang yang terbuang jauh."

14/04/2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

MAKLUMAN PENANGGUHAN KULIAH-KULIAH & KELAS-KELAS ILMIAH DI MJBBU

Bersempena ketibaan Syawal 1445H ini, pihak masjid akan menangguhkan kuliah-kuliah serta kelas-kelas ilmiah dan segala aktiviti pengimarahan di masjid akan berjalan sebagaimana ketetapan berikut:

📌 PROGRAM BACAAN WIRDUL LATIF, TADARUS AL-QURAN & AL-MULK:
• Bermula 15 April 2024 (Isnin)

📌 PROGRAM MALAM JUMAAT:
• Bermula 25 April 2024 (Khamis)

📌 KULIAH-KULIAH SUBUH & MAGHRIB:
• Bermula 27 April 2024 (Sabtu)

📌 KULIAH MUSLIMAT, KULIAH DHUHA, KELAS-KELAS IQ, BERZANJI, TARANNUM & KHAT:
• Bermula Mei 2024

Dikesempatan ini, pihak masjid mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin",

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ وَجَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ

Semoga Allah SWT menerima amal kebaikan kita semua dan menjadikan kita orang yang kembali dan meraih kemenangan.

08/04/2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

🔴 PROGRAM MALAM RAYA & HARI RAYA 1445H

🗓 SOLAT SUNAT TASBIH & TAKBIR RAYA:
• Hari/Tarikh: Selasa (09 April 2024 / 01 Syawal 1445H)
• Masa: Selepas Isyak

🗓 SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H:
• Hari/Tarikh: Rabu (10 April 2024 / 01 Syawal 1445H)
• Masa: BERMULA 8.30 Pagi

❗️MAKLUMAN LALUAN MUSLIMAT BAGI SOLAT AIDILFITRI:
📌 Laluan muslimat untuk Solat Aidilfitri adalah melalui pintu Pusat Dialisis & Kesihatan (PDK) MJBBU
📌 Muslimin dinasihatkan agar melalui pintu ATM, pintu pagar utama dan pintu menara masjid

📥 KAUNTER ZAKAT FITRAH RAMADAN 1445H:
• Kaunter akan dibuka pada malam raya
📌 Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria : http://wassap.my/0197933929
📌 Imam Mohd Shaiful bin Esa : http://wassap.my/0137576894

قال رسول الله ﷺ : من أحيا ليلتي العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب ... هكذا جاء في رواية الشافعي وابن ماجة

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa menghidupkan (dengan beribadah) dua (2) malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha), tidak akan mati hatinya pada hari di mana matinya hati-hati manusia. Dan demikian ini hadis yang datang dalam riwayat Al-Imam Al-Syafie dan Ibn Majah."

قال الإمام النووي رحمه الله : إعلم أنه يستحب إحياء ليلتي العيدين في ذكر الله تعالى والصلاة وغيرهما من الطاعات

Kata Al-Imam Al-Nawawi RHM: "Ketahuilah, bahawasanya sunat menghidupkan dua (2) malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan zikir kepada Allah SWT, solat dan lain-lain ketaatan kepada Allah."

فصل ويستحب التكبير ليلتي العيدين ويستحب في عيد الفطر من غروب الشمس إلى أن يحرم الإمام بصلاة العيد (الأذكار 145)

"Fasal; dan sunat takbir pada dua (2) malam raya dan sunat (takbir) pada Aidilfitri (bermula) dari terbenam matahari hingga imam mengangkat takbir (Takbiratul Ihram) pada solat raya."

03/04/2024
03/04/2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

🔴 MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA & SUMBANGAN HARI RAYA 1445H

🗓 BUTIRAN PROGRAM:
• Tarikh: SABTU 06 April 2024 / 26 Ramadan 1445H
• Jam: BERMULA 8.30 Pagi
• Tempat: Dewan Solat Utama MJBBU

🗒 ATUR CARA PROGRAM:
📌 8.30 Pagi: Pendaftaran peserta
📌 9.15 Pagi: Ucapan Pengerusi MJBBU
📌 9.30 Pagi: Bacaan Surah Al-Dhuha hingga Al-Nas & Doa Khatam
📌 10.00 Pagi: Mini Halaqah
• Qari: Ustaz Muhammad Nur Zuhdi bin Muhammad Daud
• Pentadabbur: Ustaz Esby Islami bin Rifai
📌 11.45 Pagi: Penyampaian saguhati & sumbangan
📌 12.00 Tengahari: Edaran saguhati & bersurai

📥 UNTUK PENYERTAAN:
• Imam Haji Mohd Kamal: wassap.my/0197933929
• Imam Mohd Shaiful (peserta Gerbang Infaq): wassap.my/0137576894
• Muslimat: wassap.my/0127090886 / wassap.my/0133912038

عن مجاهد قال : كانوا يجتمعون عند ختم القرآن يقولون تنزل الرحمة

Dari Mujahid, beliau berkata: "Mereka berkumpul ketika mengkhatamkan Al-Quran dan berkata: "Rahmat Allah SWT turun (ketika mengkhatamkan Al-Quran)."

عن حميد الأعرج قال : من قرأ القرآن ثم دعا أمن على دعائه أربعة آلاف ملك (التبيان 159)

Dari Humaid Al-A'raj, beliau berkata: "Barangsiapa membaca al-Quran, kemudian berdoa, diamini doanya oleh empat ribu (4,000) para malaikat."

26/02/2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

KELAB BIMBINGAN ROHANI

Alhamdulillah, telah berjalan dengan lancar kelas KELAB BIMBINGAN ROHANI yang dianjurkan oleh Rakan Muda MJBBU pada hari Sabtu (24 Februari 2024) bermula jam 2.30 - 4 petang.

Seramai 50 orang pelajar telah hadir menyertai program ini yang memberi pendedahan tentang akhlak dan moral yang baik dan telah dipimpin oleh Imam Muhammad Hakimin Bin Muhammad Fazarin.

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang telah menyertai program ini. Semoga para peserta mendapat pelbagai manfaat dari ilmu yang dipelajari serta dapat mencontohi akhlak dan moral Rasulullah SAW. Aamiin...

Rakan Muda & Sukarelawan
Masjid Jamek Bandar Baru UDA JB

بسم الله الرحمن الرحيماللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعينKELAB BIMBINGAN ROHANIAlhamdulillah, telah berjalan...
26/02/2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

KELAB BIMBINGAN ROHANI

Alhamdulillah, telah berjalan dengan lancar kelas KELAB BIMBINGAN ROHANI yang dianjurkan oleh Rakan Muda MJBBU pada hari Sabtu (24 Februari 2024) bermula jam 2.30 - 4 petang.

Seramai 50 orang pelajar telah hadir menyertai program ini yang memberi pendedahan tentang akhlak dan moral yang baik dan telah dipimpin oleh Imam Muhammad Hakimin Bin Muhammad Fazarin.

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang telah menyertai program ini. Semoga para peserta mendapat pelbagai manfaat dari ilmu yang dipelajari serta dapat mencontohi akhlak dan moral Rasulullah SAW. Aamiin...

Rakan Muda & Sukarelawan
Masjid Jamek Bandar Baru UDA JB

26/02/2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Alhamdulillah, pada pagi Jumaat, 23 Februari 2024, telah berlangsung latihan qasidah untuk remaja dan kanak-kanak di Masjid Jamek Bandar Baru UDA, Johor Bahru.

Terima kasih kepada jurulatih yang bertugas pada hari tersebut iaitu Bilal Muhammad Zulfikri Amin Bin Zulkifli yang telah mengajarkan vocal dan percussion kepada para peserta yang hadir.

Diharapkan program ini dapat mendekatkan remaja dan kanak-kanak dengan masjid. Disamping mengisi masa lapang mereka dengan bermain alatan musik yang dibenarkan dalam Islam. Aamiin...

Rakan Muda & Sukarelawan
Masjid Jamek Bandar Baru UDA JB

Address

Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Muda & Sukarelawan MJBBU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Rakan Muda & Sukarelawan MJBBU:

Share