Masjid Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Darul Takzim

Masjid Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Darul Takzim Aktiviti masjid taman sri p**ai skudai johor darul takzim

Alhamdulillah!!Selesai Forum Perdana Kemerdekaan di Masjid Taman Sri Pulai malam ni!Malam yang penuh dengan perkongsian,...
31/08/2026

Alhamdulillah!!

Selesai Forum Perdana Kemerdekaan di Masjid Taman Sri Pulai malam ni!

Malam yang penuh dengan perkongsian, ilmu dan pengisian yang cukup bermakna. Bukan sekadar bercakap tentang erti merdeka, tapi kita sama-sama diingatkan bahawa kemerdekaan sebenar bermula dari jiwa, bebas daripada belenggu kebatilan, teguh dengan iman dan hidup dalam suasana yang sejahtera.

Terima kasih para ahli panel dan moderator atas perkongsian yang cukup bernas dan santai. Santai tapi sampai seperti kata moderator.

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa hadir dan memeriahkan program malam ni. Memang meriah!

Terima kasih juga kepada AJK, urus setia dan semua yang bertungkus-lumus di belakang tabir. Terutama Team Dapur & Team Helwa yang seawal pagi dah sibuk sediakan Nasi Baryani Ayam untuk jamuan program ini.

Semoga segala usaha dan masa yang kita luangkan untuk hidupkan masjid dan sebarkan ilmu ni Allah terima sebagai amal jariah.

Merdeka Jiwa, Teguh Iman, Sejahtera Negara.

Jumpa di program yang seterusnya.. Anugerah Kecemerlangan Akademik 2025 pada hari Khamis ini.





Pandak Ahmad
Hj Kamarudin
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Pejabat Kadi Daerah Kulai
Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
fans

31/08/2026

Live streaming of Norafizah Ahmad

KHUTBAH & SOLAT JUMAATMasjid Taman Sri Pulai28 Ogos 2026 | 15 Rabiul Awal 1448HTajuk Khutbah:Suara Dari Bumi BertuahKebe...
28/08/2026

KHUTBAH & SOLAT JUMAAT
Masjid Taman Sri Pulai
28 Ogos 2026 | 15 Rabiul Awal 1448H

Tajuk Khutbah:
Suara Dari Bumi Bertuah

Kebebasan, keamanan & kemerdekaan yang dinikmati adalah anugerah terbesar kurniaan Allah SWT kepada umat manusia.

Negara yang makmur dibina oleh rakyat yang bersyukur, manakala negara yang hancur bermula daripada jiwa yang kufur

Infaq Tabung Pengurusan
Masjid Taman Sri Pulai
8604 1574 71

**aibest

Pandak Ahmad
Hj Kamarudin
Krt Jln Batai
Krt Pakis
KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai
KRT Jalan Kabong/Lumpit 1-9, Taman Teratai
Krt Ara Sri Pulai
Pejabat Kadi Daerah Kulai
Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor
Jabatan Agama Islam Negeri Johor Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

FORUM PERDANA KEMERDEKAANSempena Bulan Kemerdekaan ni, jom kita meriahkan malam Merdeka di Masjid Taman Sri Pulai.Tarikh...
27/08/2026

FORUM PERDANA KEMERDEKAAN

Sempena Bulan Kemerdekaan ni, jom kita meriahkan malam Merdeka di Masjid Taman Sri Pulai.

Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
Masa: Selepas Solat Maghrib

Kali ni kita bawakan tema:
“Merdeka Jiwa, Teguh Iman, Sejahtera Negara”
Forum santai tapi penuh makna.

Moderator:
Ustaz Hj Juwahir bin Amin

Ahli Panel:
• Professor Dr Badlihisham bin Mohd Nasir
• Dr Ibnu Mohsin Al Muari

Jom luangkan masa bersama keluarga dan sahabat. Kita dengar perkongsian, kita santai-santai, sama-sama meriahkan masjid.

Jamuan Nasi Dulang disediakan.

Datang ramai-ramai!
Bawa keluarga, ajak jiran & sahabat sekali.

**aibest


Pandak Ahmad
Hj Kamarudin
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Krt Ara Sri Pulai
KRT Jalan Kabong/Lumpit 1-9, Taman Teratai
Krt Pakis
Krt Jln Batai
KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai
Badan Kebajikan Penduduk Taman Sri Pulai
Pejabat Kadi Daerah Kulai
Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Mesyuarat Khas Bil. 14Sambutan Maulidur Rasul 1448H/ 2026Peringkat Taman Sri Pulai & Jalan Kabong24 Ogos 2026 Alhamdulil...
25/08/2026

Mesyuarat Khas Bil. 14
Sambutan Maulidur Rasul 1448H/ 2026
Peringkat Taman Sri Pulai & Jalan Kabong
24 Ogos 2026

Alhamdulillah!!
Malam ni pengurusan AJK Masjid Taman Sri Pulai bersama pemimpin-pemimpin masyarakat kariah berkumpul untuk bincang persiapan sambutan gilang gemilang ini yang dijadualkan pada:
Rabu, 16 September 2026
4 Rabiul Akhir 1448H

Seramai 39 orang wakil hadir malam ni. Masing-masing nampak semangat untuk sama-sama jayakan sambutan kali ini.

Turut hadir wakil daripada SK Taman Sri Pulai, Johor, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, Raudatul Iman Tahfeez School & Team Kompang yang akan memastikan penglibatan anak2 kita waktu program ini nanti.

Tahun ni juga kita buat satu sesi sambutan sahaja pada sebelah pagi. Kita berarak, sarapan, berselawat, Ceramah Perdana Maulidurasul, cabutan bertuah & Jamuan Nasi Dulang.

Kali ini kita akan bawakan, AsSyeikh Tuan Haji Muhamad Hamizan Bin Sayuti, Kadi Daerah Kulai sebagai penceramah.

Bilangan kontijen perarakan p**a, sama seperti tahun sebelumnya iaitu 14 kontijen, Raudatul Iman Tahfeez adalah kontijen baru manakala SMK Seri Pulai Perdana p**a tidak dapat turut serta pada kali ini.
Dengan penyertaan daripada pelbagai pihak, perarakan tahun ini pasti lebih meriah dan penuh warna-warni. In Sya Allah!

Untuk laluan perarakan ada sedikit perubahan & tambahan jarak dari 1.2 km kepada 1.7 km. Bermula dari Dataran Letak Kereta Hadapan Masjid melalui Jalan Ara 8, Jalan Ara 9, Jalan Batai 4, Sekolah Agama melintasi ke Jalan Rotan 1, Jalan Pakis 9, Jalan Pakis 1, Jalan Meranti 13 melintasi ke Jalan Ara 7, Jalan Ara 8 & seterusnya sampai ke masjid semula. (Boleh rujuk pada gambar yang dilampirkan)

Mudah-mudahan segala perancangan dan persiapan dipermudahkan Allah SWT. Semoga sambutan ini bukan sekadar meriah, tetapi benar-benar menjadi ruang untuk kita dan anak-anak menghayati, mengenali dan menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jom kita perbanyakkan selawat:
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

**aibest



Pandak Ahmad
Hj Kamarudin
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Krt Jln Batai
Krt Pakis
KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai
Krt Ara Sri Pulai
KRT Jalan Kabong/Lumpit 1-9, Taman Teratai
Badan Kebajikan Penduduk Taman Sri Pulai
Sekolah Agama Taman Sri Pulai
SMK SERI PULAI PERDANA
Pejabat Kadi Daerah Kulai Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
Pejabat Daerah Kulai
MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Balai Polis Kangkar Pulai

KHUTBAH & SOLAT JUMAATMasjid Taman Sri Pulai21 Ogos 2026 | 8 Rabiul Awal 1448HTajuk Khutbah:Kerinduan Terhadap Junjungan...
21/08/2026

KHUTBAH & SOLAT JUMAAT
Masjid Taman Sri Pulai
21 Ogos 2026 | 8 Rabiul Awal 1448H

Tajuk Khutbah:
Kerinduan Terhadap Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Rasa kerinduan terhadap junjungan baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan suatu anugerah & perasaan yang sangat istimewa bagi orang yang beriman.

"Ya Allah, rezekikanlah kami cinta kepada-Mu, cinta kepada Rasul-Mu, dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami kepada-Mu".

Infaq Tabung Pengurusan
Masjid Taman Sri Pulai
8604 1574 71

**aibest

Pandak Ahmad
Hj Kamarudin
Krt Jln Batai
Krt Pakis
KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai
KRT Jalan Kabong/Lumpit 1-9, Taman Teratai
Krt Ara Sri Pulai
Pejabat Kadi Daerah Kulai
Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor
Jabatan Agama Islam Negeri Johor Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Mesyuarat Tabung Khairat KematianMasjid Taman Sri PulaiBil 2/202620 Ogos 2026, KhamisAlhamdulillah, Selesai Mesyuarat Ta...
20/08/2026

Mesyuarat Tabung Khairat Kematian
Masjid Taman Sri Pulai
Bil 2/2026
20 Ogos 2026, Khamis

Alhamdulillah,
Selesai Mesyuarat Tabung Khairat Kematian Masjid Taman Sri Pulai yang berlangsung selepas solat Isyak sehingga jam 11.25 malam

Antara yang dibincangkan malam ini,
Pembentangan penyata kewangan
Laporan dari wakil² jalan
Taklimat sistem pengkalan data Tabung Khairat Kematian MTSP oleh En Waffi
Kadar bayaran perkhidmatan van jenazah untuk perjalanan ke luar kawasan atau luar daerah
Dan hal-hal lain

Nampak macam mesyuarat biasa-biasa je… tapi sebenarnya banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu kita uruskan dengan sebaiknya.
Sebab kita tak tahu bila khidmat ini akan diperlukan. Yang pasti, bila sampai masanya nanti, In Syaa Allah pengurusan khairat sentiasa bersedia untuk membantu.

Inilah semangat khairat,
sama-sama kita jaga kebajikan,
sama-sama kita bantu ketika susah.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan usaha kecil ini terus memberi manfaat kepada seluruh warga kariah Masjid Taman Sri Pulai.

**aibest

Pandak Ahmad
Hj Kamarudin
KRT Jalan Kabong/Lumpit 1-9, Taman Teratai
KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai
Krt Pakis
Krt Ara Sri Pulai
Krt Jln Batai
Pejabat Kadi Daerah Kulai
Jabatan Agama Islam Negeri Johor Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
fans

Pihak Masjid Taman Sri Pulai sentiasa mengiktiraf usaha keras & pencapaian akademik Anak2 Kariah Masjid Taman Sri Pulai ...
20/08/2026

Pihak Masjid Taman Sri Pulai sentiasa mengiktiraf usaha keras & pencapaian akademik Anak2 Kariah Masjid Taman Sri Pulai ini,

Program Tahunan Masjid bagi Anugerah Kecemerlangan Akademik STPM, SPM, STAM, SVM & SDKA,
bagi Anak Kariah Taman Sri Pulai & Jalan Kabong tahun 2025 akan di adakan pada,

Tarikh: 3 September 2026, Khamis
Masa: Selepas Solat Maghrib & Bacaan Yasin
Tempat: Di Dewan Solat Utama, Masjid Taman Sri Pulai

Syarat penerima anugerah kecemerlangan adalah
STPM: CGPA 3.5 ke atas
SPM: 7A ke atas
STAM: Jayyid Jiddan ke atas
SVM: CGPA 3.5 ke atas
SDKA: Pangkat 1

Sesiapa yang berkenaan boleh mengisi borang yang disediakan,
bersama Salinan Sijil yang telah disahkan,

Serahkan kepada :
En Faizdzwan
Setiausaha Masjid Taman Sri Pulai
www.wasap.my/60145432047
atau AJK yang dikenali.

Borang boleh di ambil di Meja Hadapan Masuk Ruang Solat Masjid
Atau,
boleh di cetak sendiri seperti borang yang dilampirkan,

Tarikh akhir hantar borang beserta Salinan Sijil yang telah disahkan adalah pada,
Hari Selasa, 1 September 2026

Semoga anugerah ini dapat memberi lonjakan paradigma kepada setiap pelajar ini untuk terus mencipta kecemerlangan dalam pelajaran & kehidupan dunia akhirat,
Insya Allah,

Masjid Taman Sri Pulai sentiasa bersama komuniti menyantuni masyarakat,
Masyarakat Hebat, Masjid kuat,

**aibest

Pandak Ahmad
Hj Kamarudin
Sekolah Agama Taman Sri Pulai
SMK SERI PULAI PERDANA
SK Taman Sri Pulai, Johor
Krt Jln Batai
KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai
Krt Pakis
KRT Jalan Kabong/Lumpit 1-9, Taman Teratai
Krt Ara Sri Pulai
Pejabat Kadi Daerah Kulai
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Selesai sudah Muzakarah Pegawai dan HELWA Masjid dan Surau Daerah Kulai bagiTahun 2026M telah diadakan seperti ketetapan...
19/08/2026

Selesai sudah Muzakarah Pegawai dan
HELWA Masjid dan Surau Daerah Kulai bagi
Tahun 2026M telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 18 Ogos 2026M | 05 Rabiul Awal 1448H (Selasa)
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Masjid Al-Muhajirin Felda Bukit Batu

Tahniah & terima kasih kepada wakil HELWA, Masjid Taman Sri Pulai yang telah dapat menghadirkan diri.

**aibest

Mesyuarat AJK Bil.5Sesi 2026 - 2028Masjid Taman Sri Pulai13 Ogos 2026Mesyuarat bermula selepas solat Isyak dan berakhir ...
14/08/2026

Mesyuarat AJK Bil.5
Sesi 2026 - 2028
Masjid Taman Sri Pulai
13 Ogos 2026

Mesyuarat bermula selepas solat Isyak dan berakhir sekitar 12.30 pagi. Panjang juga malam ni, tapi demi masjid dan kariah, kita gagahkan juga.

Sebagai rekod, telah diadakan;
5 kali Mesyuarat AJK Masjid
13 kali Mesyuarat Khas

Nampak macam banyak mesyuarat kan? Tapi inilah usaha kita untuk pastikan urusan masjid berjalan lancar, program tersusun dan kebajikan kariah terus diberi perhatian.

Antara program terdekat yang sedang dipersiapkan:
• Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun 2025
• Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Sri Pulai & Jalan Kabong

In Syaa Allah, kita buat yang terbaik. Yang penting, buat sama-sama, bantu sama-sama dan paling utama… ikhlas kerana Allah.

Dan jangan lupa terus menyumbang,
Tabung Pengurusan Masjid
CIMB Bank
8604 1574 71

**aibest

Pandak Ahmad
Hj Kamarudin
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Krt Pakis
KRT Jalan Kabong/Lumpit 1-9, Taman Teratai Krt Ara Sri Pulai KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai Krt Jln Batai
Pejabat Kadi Daerah Kulai Jabatan Agama Islam Negeri Johor Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Address

Jalan Ara 8, Taman Sri Pulai, Skudai
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Darul Takzim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category