Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina, Jitra Kedah.

Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina, Jitra Kedah. JOM INFAQ BINA MASJID AL-IKHLAS

BANK ISLAM - 02039010077076
Pembinaan masjid

07/08/2026
JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRAAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatk...
07/08/2026

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita telah dipertemukan serta disatukan hati dalam menjayakan Program Ceramah Perdana dan Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (MAITTS).

Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Khairat PEKERTI MAITTS, Jawatankuasa Masjid Al-Ikhlas MAITTS, Surau As-Siddiqin, Surau Nurul Iman, Biro Khairat PEKERTI, Petugas Pengurusan Jenazah Kariah MAITTS serta PJM Muslimat MAITTS yang telah mengorbankan masa, tenaga, buah fikiran dan sumbangan kewangan demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Sesungguhnya setiap pengorbanan dan khidmat yang diberikan tidak ternilai harganya. Mudah-mudahan segala usaha dakwah dan kebajikan ini diterima sebagai amal soleh, amal jariah dan saham akhirat di sisi Allah SWT.

Bagi pihak Jawatankuasa Khairat PEKERTI MAITTS dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (MAITTS), kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Tanpa sokongan, kerjasama dan semangat kebersamaan daripada tuan-tuan dan puan-puan, sudah pasti program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kelemahan atau kekhilafan sepanjang perancangan dan pelaksanaan program ini, kami dengan penuh rendah hati memohon maaf zahir dan batin.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Khairat PEKERTI MAITTS

Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (MAITTS)

Alhamdulillah selesai sudah Kuliah Maghrib Perdana bersama Dato' Ustaz Mohammad Kazim bin Elias yang bertajuk "Maulidur ...
07/08/2026

Alhamdulillah selesai sudah Kuliah Maghrib Perdana bersama Dato' Ustaz Mohammad Kazim bin Elias yang bertajuk "Maulidur Rasul, Membina Jiwa Merdeka Berteraskan Sunnah". Kuliah bermula selepas solat maghrib dan tamat lebih kurang jam 9.50 malam 7 Ogos, 2026

Ucapan TERIMA KASIH kepada seluruh hadirin hadirat yang sudi datang dari jauh dan dekat ke Masjid Al-Ikhlas serta sudi menyumbang untuk saham akhirat pembinaan Masjid Al-Ikhlas yang baru

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga petugas Masjid Al-Ikhlas, semua Ahli Jawatankuasa, orang perseorangan yang telah bertungkus lumus menjayakan Kuliah Maghrib Perdana ini

Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias

07/08/2026

Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias

Asalamualaikum.KULIAH MAGHRIB PERDANA DATO' USTAZ KAZIM ELIAS Jumaat 7/8/2026 di Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina, Ji...
07/08/2026

Asalamualaikum.
KULIAH MAGHRIB PERDANA DATO' USTAZ KAZIM ELIAS Jumaat 7/8/2026 di Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina, Jitra. Masih ada tempat kosong untuk tapak niaga gerai yg disediakan oleh pihak Masjid. Semua tapak adalah PERCUMA

Pasangan suami isteri yang berhati mulia Setiap minggu pagi hari Jumaat mereka @  MNY Smile Community  datang dgn sukare...
07/08/2026

Pasangan suami isteri yang berhati mulia Setiap minggu pagi hari Jumaat mereka @ MNY Smile Community datang dgn sukarela bersihkan dan kutip sampah sarap sekeliling Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina. Tak susah pun kalau nak cari pahala. Semoga Allah menganugerahkan setinggi2 pahala buat pasangan ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ—”π—› π— π—”π—šπ—›π—₯π—œπ—• π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 (π— π—”π—œπ—§π—§π—¦) π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗧𝗒' 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗠𝗒𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 π—žπ—”π—­π—œπ—  π—˜π—Ÿπ—œπ—”π—¦ (π——π—¨π—žπ—˜)Tarikh : 7 OGOS, 2026Hari : JUMAAT Masa :...
06/08/2026

π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ—”π—› π— π—”π—šπ—›π—₯π—œπ—• π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 (π— π—”π—œπ—§π—§π—¦) π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗧𝗒' 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗠𝗒𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 π—žπ—”π—­π—œπ—  π—˜π—Ÿπ—œπ—”π—¦ (π——π—¨π—žπ—˜)

Tarikh : 7 OGOS, 2026
Hari : JUMAAT
Masa : SELEPAS SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
Tempat : Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina, Jitra Kedah. (MAITTS)

BERSAMA-KITA MENYUMBANG DANA UNTUK PEMBINAAN MASJID AL-IKHLAS YANG BARU DI TAMAN TUNKU SARINA, JITRA, KEDAH

(Sila scan QR code atau Transfer ke nombor akaun yg tertera)

Membina masjid kerana Allah SWT merupakan amalan yang besar ganjarannya. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang membangunkan Masjid kerana Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah baginya di Syurga"

Semoga usaha ini menjadi saham akhirat yang berterusan dan diberkati Allah jua

Address

Jalan Myra, Taman Tunku Sarina II
Jitra
06000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina, Jitra Kedah. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina, Jitra Kedah.:

Shortcuts

Share

Category