Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh Rasmi

Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh Rasmi, Mosque, Masjid Ulul Albab, Kampung Seberang Jertih, Jerteh.

08/09/2026

Mari kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan ringkas tetapi besar ganjarannya.....Basahi lidah dengan Selawat...

Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh sememangnya menjadi pilihan yang sangat tepat dan selesai untuk para musafir bersolat ...
08/09/2026

Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh sememangnya menjadi pilihan yang sangat tepat dan selesai untuk para musafir bersolat Subuh berjemaah serta berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan....semoga Allah lindungi perjalanan anda semua dan Selamat sampai ka destinasi ...🤲🤲🤲

Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh mempunyai 12 pintu utama yang menghubungkan ka ruang Solat Masjid.Setiap pintu besar i...
07/09/2026

Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh mempunyai 12 pintu utama yang menghubungkan ka ruang Solat Masjid.

Setiap pintu besar ini mempunyai keunikkan Seni bina tersendiri, antaranya:-

* Ukiran Khas: Kesemua pintu dihiasi dengan corak awan larat yang halus hasil sentuhan Adiguru Ukiran Kayu Malaysia, Wan Mustafa Wan Su.

* Pengisian Rohani: Pintu pintu utama ini turut di ukir dengan ayat suci Al-Quran dan doa khusus ( saperti doa masok dan keluar Masjid) untuk panduan para jemaah.

Kuliah Dhuha khusus untuk Muslimah diadakan pada setiap hari Ahad, jam 9:00 pagi di Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh. P...
07/09/2026

Kuliah Dhuha khusus untuk Muslimah diadakan pada setiap hari Ahad, jam 9:00 pagi di Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh. Program mingguan ini menyediakan ruang pengajian ilmu agama dan tadabbur .

Assalamualaikum WBT.Sedikit sejarah mengenai manuskrip AL QURAN lama tulisan tangan yang telah diserahkan secara resmi o...
05/09/2026

Assalamualaikum WBT.

Sedikit sejarah mengenai manuskrip AL QURAN lama tulisan tangan yang telah diserahkan secara resmi oleh Tan Sri Dato' Sri Haji Idris bin Haji Jusoh ( Penaung Masjid Ulul Albab ) pada malam ini, Sabtu 5/9/2026. Pemilik Al-Quran ,Arwah Tuan Guru Haji Abdul Hamid iaitu datuk kepada Tan Sri Dato' Sri Haji Idris bin Haji Jusoh.

Beliau merupakan salah seorang ulamak berpengaruh dalam penyebaran Islam terutamanya didaerah Besut dan Patani.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Muzium Al-Quran Melayu Raya Narathiwat Selatan Thailand, Al Quran tersebut ditulis diatas kertas buatan Eropah dari Abad ke 19 ( berusia hampir 200 tahun ). Ia dihias motif Seni ukiran warna hitam,merah,air perada emas serta Seni kaligrafi dan iluminasi khas gaya Terengganu- Patani.

Buat masa ini Al-Quran berkenaan akan dipamerkan di Masjid Ulul Albab sebelum dihantar kepada Muzium Al-Quran Narathiwat Selatan Thailand untuk pemulihan.

Seluruh warga Masjid Ulul Albab merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baharu! Semoga ikatan perkahwinan ya...
02/09/2026

Seluruh warga Masjid Ulul Albab merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baharu! Semoga ikatan perkahwinan yang dibina pagi ini 2/9/2026 di Masjid Ulul Albab dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan.

" Semoga ikatan ini kekal hingga ka Jannah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,serta dilimpahi rezeki yang berkat. Selamat menempuh alam rumah tangga".

Kuliah Maghrib dan Subuh yang telah dijadualkan untuk bulan September 2026. Sama sama KITA imarahkan 'Rumah Allah'.
31/08/2026

Kuliah Maghrib dan Subuh yang telah dijadualkan untuk bulan September 2026. Sama sama KITA imarahkan 'Rumah Allah'.

31/08/2026
Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada kedua dua pasangan yang telah Selamat diijabkabulkan di Masjid Ulul Albab selepas...
31/08/2026

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada kedua dua pasangan yang telah Selamat diijabkabulkan di Masjid Ulul Albab selepas waktu Isha' semalam 30/8/2026.

Seni bina traditional Melayu berasaskan kayu chengal yang gah dan tenang diMasjid ini sememangnya menjadikan antara lokasi tumpuan utama pilihan pengantin bagi mengabadikan detik penyatuan dua hati di Daerah Besut..

Alhamdulillah...
🕌🕌🕌

Pengerusi dan seluruh warga Masjid Ulul Albab ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi tahniah kepada Tuan Hj.Ayub bin Hj...
30/08/2026

Pengerusi dan seluruh warga Masjid Ulul Albab ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi tahniah kepada Tuan Hj.Ayub bin Hj.Jusoh ( Penasihat Masjid Ulul Albab) atas kelangsungan Majlis Akad Nikah anakanda beliau pagi ini 30/8/2026.

Majlis yang penuh barakah tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Ulul Albab.

Seluruh warga Masjid mendoakan semoga pasangan pengantin diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan serta membina keluarga yang sakinah,mawadah dan warahmah. Amin Ya Rabbal Alamin....

Address

Masjid Ulul Albab, Kampung Seberang Jertih
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category