SURAU HAJI WAN HAMID

SURAU HAJI WAN HAMID Surau Haji Wan Hamid, Kg Alor Selising

Selamat datang ke Halaman Rasmi Surau Haji Wan Hamid! Tempat ibadah, pengajian agama, dan aktiviti kemasyarakatan.

Sertai kami dalam membina komuniti yang harmoni dan berkat.🌙🤍🌟

20/02/2026

MAJLIS IFTAR PERDANA 🌙✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Ramadan yang penuh keberkatan 🤲🌙

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat berkumpul pada petang yang penuh barakah ini dalam Majlis Iftar Perdana Surau kita 🍽️✨

Terlebih dahulu, Pihak Surau Haji Wan Hamid ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa, para penyumbang, sukarelawan serta ahli kariah yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini 🤝💛 Tanpa sokongan dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan, majlis seperti ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Majlis Iftar Perdana ini bukan sekadar untuk berbuka puasa bersama 🍽️, tetapi merupakan satu platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk ukhuwah Islamiah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita 🕌🤲 Ramadan mengajar kita erti kesabaran, keikhlasan dan kepedulian terhadap insan lain, khususnya mereka yang kurang berkemampuan 🤍

Pihak Surau Haji Wan Hamid berharap agar melalui majlis seperti ini, surau kita akan terus menjadi pusat penyatuan ummah, tempat kita memperkukuhkan iman, menimba ilmu dan menyantuni masyarakat 🌟📖

Akhir kata, Pihak Surau Haji Wan Hamid memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penganjuran majlis ini 🙏 Semoga segala amal dan sumbangan kita diterima sebagai ibadah di sisi Allah SWT 🤲✨

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌙

🕌
📍
🌙

🤝

✨🎉 KARNIVAL SUKAN RAKYAT KG ALOR SELISING 2025 🎉✨Jom meriahkan Karnival Sukan Rakyat yang akan berlangsung di:📍 Perkaran...
10/10/2025

✨🎉 KARNIVAL SUKAN RAKYAT KG ALOR SELISING 2025 🎉✨

Jom meriahkan Karnival Sukan Rakyat yang akan berlangsung di:

📍 Perkarangan Surau Haji Wan Hamid, Kg Alor Selising, Jerteh, Terengganu
🗓️ Sabtu, 11 Oktober 2025
⏰ 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

Pelbagai acara menarik menanti anda! 🤩
🏃‍♂️ Roti Bertali🔥
🥥 Bowling Kelapa🥳
🎯 Melastik🤩
🍛 Jamuan Disediakan😱
🎨 Mewarna😍
🎁 Cabutan Bertuah🤯

Datanglah beramai-ramai bawa keluarga, jiran dan kawan-kawan! 🥰
Mari kita sama-sama hidupkan semangat kejiranan dan keceriaan kampung 💚

Assalamualaikum semua, siapa siapa yang ingin salurkan sumbangan buat surau kami, boleh salurkan pada nombor akaun atau ...
26/07/2025

Assalamualaikum semua, siapa siapa yang ingin salurkan sumbangan buat surau kami, boleh salurkan pada nombor akaun atau Qr yang tertera, terima kasih, semoga asbab daripada sekecil kecil pemberian itu besar ganjarannya pada kalian, aamiin🤲🏻💓

💌 Mohon sebarkan kepada keluarga & rakan-rakan.
Semoga Allah gandakan rezeki dan rahmat buat anda sekeluarga. 🤲

13/07/2025
"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd."✨Alhamdulillah Solat sunat Hari Raya Aidiladha pagi ini berla...
07/06/2025

"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd."✨

Alhamdulillah Solat sunat Hari Raya Aidiladha pagi ini berlangsung dengan penuh kesyukuran dan harmoni di surau kita. Khutbah p**a telah disampaikan oleh Tuan Tok Penghulu kita yang penuh dengan nasihat dan peringatan tentang erti pengorbanan serta kepatuhan kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bersama meraikan suasana yang penuh barakah ini. Semoga roh Aidiladha menguatkan iman dan memperkukuh silaturrahim sesama kita. 🌙🐄

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!🥳🐄🫶🏻✨

Alhamdulillah syukur kepada Allah, pada isnin lepas bersamaan dengan 5 Mei 2025, Ust Dr. Riduan Mohamad Nor telah datang...
12/05/2025

Alhamdulillah syukur kepada Allah, pada isnin lepas bersamaan dengan 5 Mei 2025, Ust Dr. Riduan Mohamad Nor telah datang dan menyampaikan kuliah maghrib kepada jemaah - jemaah di surau kita iaitu Surau Tok Wan Hamid

Alhamdulillah semoga kita semua berada di dalam rahmat, jagaan serta redha Nya selalu, aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ust Dr. Riduan Mohamad Mohamad Nor kita.

01/04/2025

Alhamdulillah, majlis sambutan Hari Raya di SURAU HAJI WAN HAMID hari ini berjalan dengan jayanya dan penuh keberkatan. 😍🤲🏻

Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dari pagi hingga selesainya acara, atas usaha dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang yang sudi dan banyak menghulurkan sumbangan, semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Tanpa sokongan dan semangat dari kalian semuaa, majlis kita hari ini tidak akan berjaya! Beribu-ribu terima kasih diucapkan kepada kalian semuaa!

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan lagi suasana majlis kita hari ini!
Insha Allah ada rezeki tahun depan dan kedepannya kita buat lagii!!🤩🥳

SELAMAT HARI RAYA SEMUAA!!😍🌙✨

Ikhlas daripada,
SURAU HAJI WAN HAMID 2025! 🫶🏻🥳✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semuaa!! 🥳✨Alhamdulillah, kelmarin, 31 April 2025, selepas selesai solat sunat Aidilfitri b...
01/04/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semuaa!! 🥳✨

Alhamdulillah, kelmarin, 31 April 2025, selepas selesai solat sunat Aidilfitri berjemaah di surau, agihan duit raya turut diberikan oleh Ketua Kampung dan Imam kepada semua yang hadir 🤩🤲🏻. Semoga Syawal kali ini memberi makna yang penuh keberkatan kepada kita semua. Selamat Hari Raya kepada seluruh muslimin dan muslimat! Selamat Hari Raya, semuaa!!
Kosong-kosong!! 🥳🌙✨❣️

Ikhlas daripada,
SURAU HAJI WAN HAMID 2025 😻✨!

Antara hukum-hukum yang mungkin kita terlepas pandang sepanjang bulan puasa.🫣Jom kita pakat kongsi kepada saudara mara, ...
28/02/2025

Antara hukum-hukum yang mungkin kita terlepas pandang sepanjang bulan puasa.🫣

Jom kita pakat kongsi kepada saudara mara, sahabat handai dan yang lain lain juga. Semoga pengetahuan ini memberi manfaat dan meningkatkan lagi kesempurnaan ibadah kita. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah SWT.🤲🏻🫰🏻✨

Address

Kg Alor Selising
Jerteh
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SURAU HAJI WAN HAMID posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to SURAU HAJI WAN HAMID:

Share

Category