10/06/2021
❇️BAGAIMANA BEDAH BATIN BERLAKU DAN APAKAH HUKUMNYA?
Pertamanya hukum berubat dengan kaedah bedah batin adalah haram,boleh semak fatwa yang telah dikeluarkan.Ada yang bertanya, walau menggunakan ayat al-quran? Ya, tetap haram. Penggunaan ayat al-quran sebenarnya hanya tipu muslihat syaitan bagi mengaburi hakikat sebenar.
Jadi bagaimana bedah batin berlaku?
Secara ringkasnya pembedahan batin adalah sejenis SIHIR KHAYALAN yang mana pada hakikatnya, pembedahan yang kelihatan berlaku secara misteri itu sebenarnya tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja terkhayal, seolah-olah benar-benar berlaku.Contoh yang paling mudah seperti di dalam kisah nabi Musa as, keadaan di mana tongkat ahli sihir kelihatan pada pandangan orang ramai bertukar menjadi ular . Mana mungkin dan tidak masuk akal perkara tersebut boleh berlaku.
Contoh yang terbanyak pada masa kini adalah pembedahan batin bagi membuang batu karang, batu hempedu, yang lebih serius kes berkaitan ketumbuhan seperti kanser otak dan sebagainya.
Kaedah bedah batin adalah bertentangan dengan syariat Islam,jangan lah beralasan hanya sekadar ingin berikhtiar akidah kita tergadai, nauzubillahiminzalik.Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang lurus, beroleh petunjuk dari Allah dalam menjalani saki baki kehidupan di dunia ini.
Jangan p**a disamakan bedah batin dengan peristiwa Nabi SAW dibelah dada oleh malaikat Jibril ketika baginda masih kecil kerana ia khusus berlaku hanya pada Nabi SAW sebagai salah satu tanda kenabian.
Perkara-perkara yang mencarik adat ada lima perkara iaitu:-
1. Mu’jizat
2. Karamah
3. Istidraj
4. Irhas
5. Ma’unah
1) MU'JIZAT
Ia adalah sesuatu yang mencarik atau menyalahi adat yang disertai dengan cabaran yang dikurniakan Allah kepada para Rasul a.s dan Anbia (nabi-Nabi) sesuai dengan dakwahnya, bagi membuktikan kebenaran risalah Tauhid (agama Allah)
2)KARAMAH
Ia adalah sesuatu yang menyalahi adat yang dilahirkan oleh Allah kepada para wali.
3)ISTIDRAJ
Iaitu yang menyalahi adat yang lahir ditangan orang fasiq dan kafir yang biasanya berlaku pada tukang sihir. Terjadinya perkara yang menyalahi adat itu berulang-ulang dan ilmu itu dipelajari. BEDAH BATIN juga termasuk di dalam istidraj.
4)IRHAS
Iaitu yang menyalahi adat yang lahir atau berlaku pada para Nabi yang belum diutus sebagai Rasul. Umpamanya Nabi kita Muhammad S.A.W. yang dilindungi oleh awan di Mekah dalam perjalanan, sebelum baginda diutus menjadi Rasul.
5)MA'UNAH
Sesuatu yang menyalahi adat yang dilahirkan oleh Allah kepada seseorang atau orang ramai ketika menghadapi kesusahan, dan contohnya amat banyak diantaranya turun Malaikat semasa peperangan Badar untuk membantu kaum muslimin.
Maka, timbanglah dengan akal yang waras dengan ilmu serta fakta yang benar lagi jelas bukan sekadar ikut-ikutan serta taksub kepada suatu kump**an ajaran sahaja. Semoga Allah melindungi kita semua dari segala tipu daya syaitan serta senantiasa dalam rahmat serta petunjuk Allah.
Terima kasih.
Pusat Rawatan Islam Darul Qarar
Hadapan Masjid Jabi
Azizi(014-5089142)