Masjid An-Nur, Pulau Panjang, Besut.

Masjid An-Nur, Pulau Panjang, Besut. MASJID CAKNA KARIAH TERBINA

Derma atau sumbangan boleh disalurkan kepada QR Kode di bawah untuk pengurusan Masjid An-Nur, Kg Pulau Panjang, Jerteh. ...
18/10/2025

Derma atau sumbangan boleh disalurkan kepada QR Kode di bawah untuk pengurusan Masjid An-Nur, Kg Pulau Panjang, Jerteh. Sumbangan dan derma semua amat kami hargai dan gunakan sebaik mungkin untuk manfaat bersama. Insya Allah ganjaran pahala yg besar buat kalian semua.

29/01/2024
10/01/2024

KEPERLUAN RUMAH "AYAM" DALAM USAHA MENGURANGI KES ROGOL - Hero Malaya
Hangat isu segenap landas media sosial apabila hero Malaya mengeluarkan usul bagi dibina rumah "ayam" bagi mengelakkan anak-anak dara kita dan isteri kita dari dirogol pendatang asing yang jumlahnya 3 juta lebih dalam negara ini. Ramai yang telah suarakan tentangan, tak kurang yang bersetuju p**a. Sebagai seorang remaja berwawasan, Pakcik pun nak juga into the scene dalam isu ini.
Ini pandangan pakcik.
1. Cadangan hero Malaya itu cadangan yang licik. Satu masalah selesai (belum tentu) dan seratus masalah lain timbul kemudiannya. Jika dikatakan lelaki semua perlu nak "lepaskan" nafsunya pada perempuan, seperkara yang pakcik lihat itu satu kenyataan yang merendah letakkan status wanita tahapnya sebagai "tandas". Sekarang tidak terasa, boleh jadi di masa lusa rumah “ayam” perlu ayam tempatan dan anak dara hero p**a yang menghantar resume secara senyap-senyap.
2. Pakcik yakin, jika ada pusat-pusat "ayam" begini, lebih ramai lagi pelanggan yang terdiri dari warga-warga tempatan juga akan melanggan. Terutama mereka yang terdiri dari lelaki-lelaki yang bosan dengan isteri. Alasan yang sama, nafsu mesti dilampiaskan.
3. Pendatang asing juga ada di kalangan perempuan yang tidak bawa suami di rantau ini. Dikhuatiri dengan klausa dan alasan yang sama, boleh p**a nanti dibangunkan toko toko "ayam" jantan untuk memuaskan nafsu sang betina.
4. Ganjil benar cadangan yang diberi oleh hero Malaya kita yang kritis namun tidak holistik. Zina ialah jenayah syariah seperti liwat, rasuah, judi, minum arak sampai teler, membunuh, menipu dan banyak lagi. Atas alasan nak melampias nafsu lelaki yang jauh dari isteri maka diadakan rumah "ayam", maka di atas premis yang sama bakal ada pusat liwat, pusat perjudian, pusat rasuah, pusat pembunuhan atas pelbagai asbab. Benda kalau nak, yang haram pun boleh dihalalkan. Kalau tak mahu, yang halal juga boleh diharamkan. Sila bagi kismis pada yang punya idea ini.
5. Di mana bumi dipijak, di situ langit kita junjung. Pada ketika ini, junjungan kita ialah agama Islam. Kitab Al-Quran itu perlembagaan yang sempurna dan muktamad yang hasilnya pasti kesejahteraan yang lestari. Kita anggap sahaja cadangan hero Malaya itu sekadar cadangan nakal bersifat peribadi dan bukan secara institusi. Pakcik tak berniat nak ulas tentang peribadi beliau tetapi lebih berminat untuk bantu orang lain supaya tak terikut arus cetusan haluan kiri beliau sehingga kebengkokan membudaya. Bahaya.
6. Bala jika nak turun, dia akan membadai bukan pada yang bergelumang maksiat sahaja. Kita yang baik-baik pada aras calon sorga juga disapu sama. Kerana apa? Kerana kita ada, tapi kita tak tentang kebatilan yang mahu tumbuh sehingga cetusan kebatilan tadi diterima dan terbiasa.
7. Pandangan ganjil mewujudkan rumah “ayam” ini sebenarnya terlalu rendah aras fikirnya sehingga tidak memerlukan agamawan dengan bergulung sarjana dan doktorat untuk menyangkal. Anak-anak kita yang masih belum bersunat juga jelas bahawa zina itu perbuatan yang keji. Bahagian ini, tidak perlukan validasi bijak pandai. Ini perkara asas paling radikal dalam hidup berhukum dan bertuhan.
8. Allah ajar untuk yang gadis untuk tutupkan perhiasan. Allah juga tahu ramai gadis yang dah tutup tapi disembulkan perhiasan tu, sebab itu Allah seru yang lelaki tundukkan pandangan. Allah juga tahu, sekali sekala pandangan kita tersasar kepada gadis-gadis yang murah hati belanja pemandangan gunung ganang yang indah. Lalu Allah perintahkan untuk bernikah, jika tidak mampu juga Allah ajarkan untuk BERPUASA. Ini bukan cadangan Pakcik, ini Allah yang berikan piawaiannya. Allah yang buat kita, pasti Allah yang tahu bagaimana nak atur. Sebaiknya, permudahkan pernikahan dan persulitkan zina. Tak perlu jadi ahli fikir susah payah keluarkan ilham yang melanggari fitrah hidup bertuhan. Allah dah ajar siap-siap, kita yang malas membaca.
9. Pakcik khuatir, apabila terlampau demokratik kita akan berhadapan dengan situasi semua orang boleh cakap apa sahaja sehingga yang jahat dinormalisasikan sehingga ia terlihat biasa sahaja. Seperti seorang remaja yang pernah pakcik jumpa di negara di selatan, apabila pakcik tanyakan
"Kalau kamu berzina dengan seorang gadis, apa kau rasa kalau orang lain berzina dengan adik kau sendiri?"
Lalu dengan selamba beliau berkata "Hmm...what's wrong uncle? everybody is doing it…just wear protection".
Itu bencana.
Bencana kesongsangan fitrah
Ini ialah situasi yang kita takuti apabila jenayah yang dahulu orang sorok-sorok sampai sanggup berselingkuh dalam semak atau hotel 2 jam akan jadi biasa dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa perasaan malu terkantul malah bangga dirakam menjadi konten. Sama seperti anjingan yang tidak malu melakukan aktiviti reproduksi di tepi-tepi jalan dan dipandang masyarakat lalu lalang.
Pakcik semakin risau. Jika perkara ini berlaku, sebaik mana kita didik anak-anak kita nanti, lingkungan mereka adalah yang telah dicemari dengan kekejian yang menjadi budaya waktu itu. Jika susah nak faham, kita patut hentikan kekotoran sekalipun ia dilakukan oleh orang lain. Jika anak-anak dan keluarga kita bersih dan suci, tetapi lingkungan mereka bergumpal itu bergelumang najis, maka terpalit juga kita nanti atau sekurang-kurangnya terpercik. Paling tidak, berbau hanyirnya sampai ke hidung kita yang dah bajet masuk sorga.
Pakcik tiada kuasa.
Allah beri pakcik daya untuk menulis.
Pakcik tuliskan bantahan ini.
Jika kau tiada kuasa menulis, apa kiranya kau bantu sebarkan pada yang lain agar kita sama-sama berprinsip untuk menolak usul jahat mendirikan lubang-lubang neraka dalam dunia yang kita mahu jadikan jambatan ke sorga.
SAIFUL NANG
Ayam golek pakcik s**a
Ayam gelek pakcik tentang
Notakaki : Sila follow FB saya yang ni ye, FB lain kena block kerana menentang eljibiti

11/12/2023

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتة...

MUWAFIQ DAN MASBUQ

Nota ringkas berkaitan takrifan Muwafiq dan Masbuq

Semoga bermanfaat


01/12/2023
09/11/2023
08/08/2023
16/05/2023

Address

Kampung Pulau Panjang
Jerteh
22000

Telephone

+6096905690

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nur, Pulau Panjang, Besut. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid An-Nur, Pulau Panjang, Besut.:

Share