Masjid As-Syakirin, Kg. Pasir Akar

Masjid As-Syakirin, Kg. Pasir Akar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid As-Syakirin, Kg. Pasir Akar, Religious Center, Kampung Pasir Akar, Jerteh.

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKARQARIAH SANA SINIPROGRAM ZIARAH MUHIBAHTRAGEDI JALAN MASIN[ ANAKANDA ARIF & KAK CHIK AIR BAL...
19/06/2026

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKAR

QARIAH SANA SINI
PROGRAM ZIARAH MUHIBAH
TRAGEDI JALAN MASIN
[ ANAKANDA ARIF & KAK CHIK AIR BALANG ]

📅 19/6/2026 | Jumaat
⏰ Selepas solat asar.
🏡 Di kediaman beliau

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Masjid As-Syakirin telah membuat kunjung ziarah Anakanda Muhammad Ammar Qayyum bin Mohd Arif yang telah balik dari HUSM akibat daripada trajedi kemalangan motorsikal di Jln Masin, Pasir Akar tempoh hari.
Alhamdulillah,
Keadaan beliau ketika ini semakin pulih / stabil..
Sama-sama kita doakan moga dicucuri rahmat dan pulih sebaiknya,
InsyaAllah.. 🤲

✨ Rasulullah SAW bersabda:

عَائِدُ الْمَرِيضِ فِي مَخْرَفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

🏷Maksudnya:
“Orang yang menziarahi pesakit akan berada di kebun buah-buahan syurga sehingga ia pulang [ daripada ziarah ].”
[Riwayat Muslim]

*MasjidAsSyakirinDi🩷*

MASJID AS SYAKIRIN PASIR AKARZIARAH CAKNA🫰MANTAN PENGHULU MUKIM DAN MERANGKAP BENDAHARI MASJID AS SYAKIRIN PASIR AKAR - ...
26/05/2026

MASJID AS SYAKIRIN PASIR AKAR

ZIARAH CAKNA
🫰MANTAN PENGHULU MUKIM DAN MERANGKAP BENDAHARI MASJID AS SYAKIRIN PASIR AKAR - ABD RAHMAN NGAH

📅 26 MEI 2026 [SELASA]
🏠 KEDIAMAN KG PASIR AKAR.

Jawatan Kuasa Masjid As Syakirin Kg Pasir Akar telah menyantuni dan bertanya khabar Abd.Rahman Ngah(Mantan Penghulu mukim juga merangkap Bendahari Masjid As Syakirin, Pasir Akar) yang berada dalam keadaan tidak sihat dan kini berada di kediaman beliau di Kg.Pasir Akar kerana retak tulang Cawang punggung akibat terjatuh di halaman rumah beliau.

Sakit adalah satu ujian. Setiap musibah adalah keampunan Allah Taala. Iringilah setiap musibah dengan kesabaran....
Didoakan semoga beliau segera sembuh dengan baik dan dapat melaksanakan rutin dengan sempurna,
InsyaAllah 🤲

✨Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Maksudnya:
“Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.”
[Riwayat Muslim (2162)]

*JPKKPasirAkar*🩷

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKAR🌹TAHNIAH DAN SEKALUNG PENGHARGAAN📅8 Mac 2026 | AHADSekalung penghargaan dan TAHNIAH  dari s...
08/03/2026

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKAR

🌹TAHNIAH DAN SEKALUNG PENGHARGAAN

📅8 Mac 2026 | AHAD

Sekalung penghargaan dan TAHNIAH dari seluruh Qariah Jemaah Masjid As Syakirin kepada kumpulan Tadarus Al Quran atas kejayaan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada petang ini.

*Sesungguhnya langkah kaki menuju rumah Allah, alunan ayat suci yang dilazimi, serta tasbih yang dititipkan dengan penuh keikhlasan adalah cahaya yang menerangi hati dan keberkatan yang memakmurkan masyarakat.*

Allah SWT berfirman:

_"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi."_
(Surah Fatir: 29)

Sabda Rasulullah SAW:

_"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya."_
(Riwayat al-Bukhari)
Teruskan memakmurkan masjid, kerana dari sinilah lahirnya masyarakat yang diberkati dan jiwa yang tenang di bawah naungan Al-Quran.

*MasjidAsSyakirinD❤️*

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKARQARIAH SANA SINIPROGRAM ZIARAH MUHIBAHTRAGEDI BATANG GAJI[ ANAKANDA ABE NOR VATERINAR ]📅 20...
08/03/2026

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKAR

QARIAH SANA SINI
PROGRAM ZIARAH MUHIBAH
TRAGEDI BATANG GAJI
[ ANAKANDA ABE NOR VATERINAR ]

📅 20260307 | Sabtu
⏰ Selepas solat asar.
🏡 Di kediaman beliau

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Masjid As-Syakirin telah membuat kunjung ziarah bagi Anakanda Abe Nor yang telah balik dari HUSM✓lCU Selama 21 hari akibat daripada trajedi Batang Gaji pada tempoh hari.
Alhamdulillah,
Keadaan beliau ketika ini semakin pulih / stabil..
Sama-sama kita doakan moga dicucuri rahmat dan pulih sebaiknya,
InsyaAllah.. 🤲

✨ Rasulullah SAW bersabda:

عَائِدُ الْمَرِيضِ فِي مَخْرَفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

🏷Maksudnya:
“Orang yang menziarahi pesakit akan berada di kebun buah-buahan syurga sehingga ia pulang [ daripada ziarah ].”
[Riwayat Muslim]
*MasjidAsSyakirinDi🩷*

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKARKERJA NAIK TARAF ELEKTRIK DI MASJID AS-SYAKIRIN.22 Feb 2026✓Ahad ALHAMDULILLAH🤲DI bulan yan...
23/02/2026

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKAR

KERJA NAIK TARAF ELEKTRIK DI MASJID AS-SYAKIRIN.
22 Feb 2026✓Ahad

ALHAMDULILLAH🤲

DI bulan yang penuh berkat ini ,kami jawatankuasa masjid AsSyakirin dengan rendah diri mengucapkan sekalung penghargaan & jutaan terima kasih kepada HAMBA ALLAH [Warga Qariah] yang begitu bermurah hati memberi sumbangan sebayak *RM 5200* dalam tempoh 2 minggu, kepada Masjid As Syakirin Pasir Akar, Bagi naik taraf elektrik,kerja pendawaian semula,bertujuan meningkatkan kapasiti beban [ load ] untuk keselesaan jemaah..
Semoga ALLAH jua yang memberi sebaik baik pembalasan dan setinggi-tinggi ganjaran di sisiNYA buat penyumbang dan seluruh ahli keluarganya..
InsyaAllah...
Aamiin..🤲

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله ﷺ:

⦅ما من يوم يصبح العباد فيه إلا ملكان ينزلان، فيقول أحدهما: اللهم أعط منفقا خلفا، ويقول الآخر:

اللهم أعط ممسكا تلفا.⦆

(رواه الشيخان)

Abu Huraira (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda.....

“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata,

“Ya ALLAH Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya ALLAH Hancurkan setiap yang menahan (hartanya)
dari sedekah.”
(Bukhari & Muslim)

*MasjidAsSyakirinDi❤️*

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKARINFAQ AIR MINERAL RAMADHANSYARIKAT AIR TRENGGANU SDN BHD [ SATU BESUT*]23 Feb 2026✓Isnin AL...
23/02/2026

MASJID AS-SYAKIRIN PASIR AKAR

INFAQ AIR MINERAL RAMADHAN
SYARIKAT AIR TRENGGANU SDN BHD [ SATU BESUT*]
23 Feb 2026✓Isnin

ALHAMDULILLAH* 🤲
Jawatankuasa masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Kamaluddin bin Yahya,
Pegawai SATU Daerah Besut yang bermurah hati menyumbang
air mineral dimasjid As-Syakirin pada hari ini [ Bulan Ramadhan ]. Ianya merupakan satu amalan infaq yang sangat dituntut,
Bertujuan meringankan beban jemaah serta menyediakan keperluan berbuka dan solat terawih,la juga meningkatkan keselesaan jemaah,memberi ruang pahala berterusan [ sedekah jariah ]..
Aamiin..🤲

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله ﷺ:

⦅ما من يوم يصبح العباد فيه إلا ملكان ينزلان، فيقول أحدهما: اللهم أعط منفقا خلفا، ويقول الآخر:

اللهم أعط ممسكا تلفا.⦆

(رواه الشيخان)

Abu Huraira (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda.....

“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata,

“Ya ALLAH Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya ALLAH Hancurkan setiap yang menahan (hartanya)
dari sedekah.”
(Bukhari & Muslim)

*MasjidAsSyakirinDi❤️*

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin sebanyak 3 kali & Doa Malam Nisfu Syaaban dengan suasana penuh kete...
02/02/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin sebanyak 3 kali & Doa Malam Nisfu Syaaban dengan suasana penuh ketenangan dan keberkatan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sama-sama mengimarahkan malam yang mulia ini dengan bacaan Yassin serta doa. Semoga segala amalan diterima Allah SWT dan menjadi asbab keampunan serta keberkatan hidup kita semua.

🤲 Moga Allah mempertemukan kita lagi dalam majlis-majlis ilmu dan ibadah akan datang.

Address

Kampung Pasir Akar
Jerteh
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid As-Syakirin, Kg. Pasir Akar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share