Masjid Nurul Iman, Kg Tok Saboh

Masjid Nurul Iman, Kg Tok Saboh Kita dimuliakan kerana islam. Maka, hinalah mereka yang mencari selain islam

Malam nih doh tuh.
22/05/2026

Malam nih doh tuh.

JUALAN RAHMAH BERGERAK๐Ÿ“†16/5/2026โœ…SABTU ๐Ÿ•™8.00-12.00 TGHARI๐Ÿ“PEKARANGAN MASJID NURUL IMAN, KG,TOK SABOH.
19/05/2026

JUALAN RAHMAH BERGERAK

๐Ÿ“†16/5/2026
โœ…SABTU
๐Ÿ•™8.00-12.00 TGHARI
๐Ÿ“PEKARANGAN MASJID NURUL IMAN, KG,TOK SABOH.

19/05/2026

TERLUPA BUKA IKATAN KAIN KAFAN

SOALAN :

Benarkah jika tidak dibuka tali ikatan kain kafan masa meletakkan mayat di dalam kubur menyebabkan mayat itu akan terseksa?

Apakah hukum membuka tali ikatan kain kafan mayat?

JAWAPAN :

Selepas meletakkan mayat di dalam kubur maka disunatkan membuka tali yang mengikat kain kafannya.

Diriwayatkan daripada Maโ€™qal bin Yasar r.a. katanya :

ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ูˆูŽุถูŽุน ุฑูŽุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู‘ูŽู… ู†ูุนูŽูŠู…ูŽ ุจู†ูŽ ู…ูŽุณุนูˆุฏู ููŠ ุงู„ู‚ูŽุจุฑู ู†ูŽุฒูŽุน ุงู„ุฃูŽุฎูู„ู‘ูŽุฉูŽ ุจูููŠู‡ุ› ูŠูŽุนู†ููŠ ุงู„ุนูŽู‚ู’ุฏูŽ

Artinya : โ€œKetika Rasulullah sollallahu alaihi wasallam meletakkan jenazah Nuโ€™aim bin Masโ€™ud r.a. di dalam kuburnya Rasulullah telah membuka ikatan yang ada pada dagunya.โ€ (Hadith riwayat Imam Al-Baihaqi)

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Masโ€™ud r.a. beliau telah berkata :

ุฅุฐุง ุฃุฏุฎู„ุชู… ุงู„ู…ูŠุช ุงู„ู„ุญุฏ ูุญู„ูˆ ุงู„ุนู‚ุฏ

Artinya : โ€œApabila kamu semua telah masukkan mayat ke dalam liang lahad maka hendaklah kamu lepaskan tali ikatannya.โ€ (Riwayat Abu Bakar Al-Athram)

Dan tujuan mengikat tali pada kain kafan jenazah itu ialah supaya kain kafannya tidak terbuka ketika dibawa ke tanah perkuburan.

Maka apbila sudah diletakkan mayat di dalam kubur maka tidak ada lagi faedah mengikatnya.

Berkata Imam Ibnu Quddamah :

ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุญูŽู„ู‘ู ุงู„ู’ุนูู‚ูŽุฏู ู…ูู†ู’ ุนูู†ู’ุฏู ุฑูŽุฃู’ุณูู‡ู ูˆูŽุฑูุฌู’ู„ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ููŽู…ูุณู’ุชูŽุญูŽุจู‘ูŒุ› ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽ ุนูŽู‚ู’ุฏูŽู‡ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูู„ู’ุฎูŽูˆู’ูู ู…ูู†ู’ ุงู†ู’ุชูุดูŽุงุฑูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูู…ูู†ูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุฏูŽูู’ู†ูู‡ู

Artinya : โ€œDan Adapun membuka ikatan pada kepala mayat dan dua kakinya maka hukumnya adalah disunatkan kerana sungguhnya ikatan tersebut ialah kerana khuatir dari terbukanya dan apabila telah ditanam maka tiada lagi dikhuatiri akan yang demikian itu.โ€ (Kitab Al-Mughni)

Dan perkataan yang mengatakan mayat akan tersiksa dengan sebab tidak dibuka tali ikatan kafan itu adalah tidak benar.

KESIMPULAN

Sunat mengikat kain kafan yang membalut badan mayat supaya tidak terbuka ketika dibawa ke tanah perkuburan.

Sunat membuka tali tersebut selepas diletakkan mayat itu di dalam kubur.

wallahuaโ€™lam
ustaz azhar idrus

16/05/2026

SOLAT TAHYAT MASJID KETIKA KHUTBAH

SOALAN :

Adakah harus mengerjakan solat tahyat masjid ketika khatib sedang membaca khutbah pada hari jumaat?

JAWAPAN :

Harus melakukan solat sunat tahyat masjid ketika khutbah sedang dibaca dan hendaklah diringankan yakni diringkaskan solat supaya segera dia kepada mendengar khutbah melainkan ketika sudah berada dihujung khutbah yang kedua.

Berkata Syeikh Ramli :

ุงู„ุชุญูŠุฉ ู„ุฏุงุฎู„ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ูˆุงู„ุฎุทูŠุจ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ู†ุจุฑ ูŠูุณู†ู‘ู ู„ู‡ ูุนู„ู‡ุงุŒ ูˆูŠุฎููู‡ุง ูˆุฌูˆุจู‹ุงุŒ

Artinya : โ€œBagi orang yang masuk ke dalam masjid dan khatib sudah berada di atas mimbar disunatkan solat tahyat masjid dan hendaklah ia meringankan solat tahyat tersebut.โ€ (Kitab An-Nihayah)

Ini adalah berdalilkan hadith Sulaik Al-Ghatfani r.a. dimana beliau pernah masuk ke dalam masjid lalu duduk dan Nabi sollallahu alaihi wasallam sedang berkhutbah lalu baginda bersabda :

ูŠูŽุง ุณูู„ูŽูŠู’ูƒูุŒ ู‚ูู…ู’ ูุงุฑู’ูƒูŽุนู’ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุชูŽุฌูŽูˆู‘ูŽุฒู’ ูููŠู‡ูู…ูŽุง). ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ุงู„: (ุฅุฐุง ุฌูŽุงุกูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุฌูู…ูุนูŽุฉู ูˆุงู„ุฅู…ุงู…ู ูŠูŽุฎู’ุทูุจูุ› ููŽู„ู’ูŠูŽุฑู’ูƒูŽุนู’ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ูุŒ ูˆูŽู„ู’ูŠูŽุชูŽุฌูŽูˆู‘ูŽุฒู’ ูููŠู‡ูู…ุง

Artinya : โ€œWahaik Sulaik! Bangun dan solatlah dua rakaat dan ringankan (ringkaskan) pada kedua rakaat itu. Kemudian Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : Apabila datang seorang kamu pada hari jumaat padahal imam sedang membaca khutbah maka hendaklah dia solat dua rakaat dan ringankan solat tersebut.โ€ (Hadith riwayat Imam Muslim)

Ada pun jika ketika dia masuk dan khatib sudah dihujung khutbah maka hendaklah dia berdiri menunggu solat jumaat didirikan dan meninggalkan olehnya akan solat tahyat masjid.

wallahuaโ€™lam
ustaz azhar idrus

*JUALAN RAHMAH BERGERAK*๐Ÿ“†16/5/2026โœ…SABTU ๐Ÿ•™8.00-12.00 TGHARI๐Ÿ“PEKARANGAN MASJID NURUL IMAN, KG,TOK SABOH.PAKAT-PAKAT MARI ...
16/05/2026

*JUALAN RAHMAH BERGERAK*

๐Ÿ“†16/5/2026
โœ…SABTU
๐Ÿ•™8.00-12.00 TGHARI
๐Ÿ“PEKARANGAN MASJID NURUL IMAN, KG,TOK SABOH.

PAKAT-PAKAT MARI BELI BELAKO DEH. ๐Ÿ˜ƒ

Jemput pakat-pakatmaribelakomalamnihdeh.Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memuda...
11/05/2026

Jemput pakat-pakatmaribelakomalamnihdeh.

Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke syurga (HR. Muslim)

Jemput pakat-pakat mari belako deh Kuliah magrib malam ni di Masjid Nurul Iman Kg Tok Saboh Barangsiapa menempuh suatu j...
08/05/2026

Jemput pakat-pakat mari belako deh Kuliah magrib malam ni di Masjid Nurul Iman Kg Tok Saboh

Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke syurga (HR. Muslim)

8.5.2026

๐Ÿ“ข KULIAH MAGHRIB PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan mem...
01/05/2026

๐Ÿ“ข KULIAH MAGHRIB PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS

Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke syurga (HR. Muslim)

๐Ÿ‘‰ Sumbangan boleh disalurkan melalui:
- Bank Muamalat Malaysia Berhad: 13030000302710
- Tenaga Nasional: 220639996800

Sebarkan makluman ini, ajak seramai mungkin untuk hadir. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita bersama.

Kuliah sebelum Jumaat & Khutbah Jumaat Masjid Nurul iman Kg Tok Saboh disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azmi bin Abdullah...
01/05/2026

Kuliah sebelum Jumaat & Khutbah Jumaat Masjid Nurul iman Kg Tok Saboh disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azmi bin Abdullah (Imam no1 Masjid Jamhuriah Kuala Besut)

01/05/2026

HUKUM CIUM TANGAN

SOALAN :

Apakah hukumnya seorang itu mencium tangan seseorang yang lain seperti ibu bapa dan ulamak dan dan seumpama mereka itu dari orang-orang yang mempunyai kemuliaan di sisi agama?

Dan bolihkah mencium tangan pemimpin yang fasiq atau ahli maksiat atau orang kaya?

JAWAPAN :

Harus hukumnya mencium tangan dua ibu bapa atau suami atau nenek moyang atau saudara mara atau orang solih atau para ulamak atau yang hafal Quran dan lain dari mereka itu dari kalangan yang mulia di sisi agama dan mempunyai ilmu dan kelebihan.

Diriwayatkan daripada Usamah bin Syarik r.a. berkata ia :

ู‚ู…ู†ุง ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูู‚ุจู‘ูŽู„ู†ุง ูŠุฏ

Artinya : โ€œKami telah datang kepada Nabi sollallahu alaihi wasallam dan kami menicum akan tangan baginda.โ€ (Diriwayatkan olih Abu Bakr bin Muqriโ€™ pada Bab Cium Tangan dan berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar : Sanadnya Kuat : Kitab Fathu Al-Bari)

Dan daripada Tamim bin Salamah katanya :

ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุนูู…ูŽุฑู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุงู„ุดู‘ูŽุงู…ูŽ ุงุณู’ุชูŽู‚ู’ุจูŽู„ูŽู‡ู ุฃูŽุจููˆ ุนูุจูŽูŠู’ุฏูŽุฉูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฌูŽุฑู‘ูŽุงุญู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ููŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ูŠูŽุฏูŽู‡ูุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุฎูŽู„ูŽูˆู’ุง ูŠูŽุจู’ูƒููŠูŽุงู†ู". ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุชูŽู…ููŠู…ูŒ: "ุชูŽู‚ู’ุจููŠู„ู ุงู„ู’ูŠูŽุฏู ุณูู†ู‘ูŽุฉูŒ

Artinya : โ€œTatkala Umar r.a. tiba ke negeri Syam telah mengadap akan beliau olih Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. kemudian mencium tangan Umar lalu menangis keduanya. Kemudian Tamim berkata : Bermula cium tangan itu satu Sunnah.โ€ (Riwayat Al-Baihaqi dalam kitab Sunan Kubra)

Ada pun mencium tangan pemimpin yang jahat atau fasiq atau pemimpin yang s**a menipu rakyatnya dan ahli bidaah atau ahli maksiat atau orang-orang kaya maka hukumnya adalah tidak elok dan dilarang.

Berkata Imam Nawawi :

ูŠูุณุชุญุจ ุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏ ุงู„ุฑุฌู„ ุงู„ุตุงู„ุญุŒ ูˆุงู„ุฒุงู‡ุฏุŒ ูˆุงู„ุนุงู„ู…ุŒ ูˆู†ุญูˆู‡ู… ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุขุฎุฑุฉุŒ ูˆุฃู…ุง ุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏู‡ ู„ุบู†ุงู‡ ูˆุฏู†ูŠุงู‡ ูˆุดูˆูƒุชู‡ ูˆูˆุฌุงู‡ุชู‡ ุนู†ุฏ ุฃู‡ู„ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุจุงู„ุฏู†ูŠุง ูˆู†ุญูˆ ุฐู„ูƒ ูู…ูƒุฑูˆู‡ ุดุฏูŠุฏ ุงู„ูƒุฑุงู‡ุฉุŒ ูˆู‚ุงู„ ุงู„ู…ุชูˆู„ูŠ: ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ

Artinya : โ€œDisunatkan mencium tangan orang yang solih dan yang zuhud dan yang alim dan seumpama mereka itu dari kalangan ahli akhirat. Dan adapun mencium tangan seseorang kerana kayanya dan kerana dunianya dan kekuasaannya dan menariknya di sisi ahli dunia dengan keduniaan dan umpama yang demikian itu maka dibenci dengan sangat-sangat kebencian. Berkata Imam Mutawali : Tidak harus ia.โ€ (Kitab Al-Majmuโ€™ jlid 4 m.s. 636)

wallahuaโ€™lam
ustaz azhar idrus

Address

Kampung Tok Saboh, Kuala Besut
Jerteh
22300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Iman, Kg Tok Saboh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Nurul Iman, Kg Tok Saboh:

Share

Category