02/07/2026
📢 AYUH BERINFAK UNTUK RUMAH ALLAH 🤲
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Jawatankuasa Masjid Felda Tenang Besut sedang mengadakan Kutipan Derma bagi Kerja Penukaran Karpet Ruang Utama Masjid Felda Tenang Besut.
Karpet sedia ada telah digunakan sejak sekian lama dan kini memerlukan penggantian demi keselesaan para jemaah ketika menunaikan ibadah.
🎯 Anggaran kos keseluruhan: RM60,000
Dan Memerlukan RM 20K lagi untuk menampung Kos Penukaran...
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membinakan baginya sebuah rumah di syurga." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan saham akhirat buat kita semua.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
Bank Rakyat No. Akaun: 2218588466 (Jawatankuasa Masjid Felda Tenang Besut)
Untuk makluman atau pengesahan sumbangan, boleh hubungi melalui WhatsApp:
Bendahari: Haji Che Azmi bin Muhammad – 019-942 4131
Setiausaha: En. Ahmad Sukri bin Abdullah – 013-935 1667
Pengerusi - En Azizuddin b Abdul Aziz - 013-3646924