02/12/2025
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐ง๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต ๐๐๐๐๐ ๐ฑ๐ถ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป๐: ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ป๐๐๐ ๐๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ถ๐น๐ป๐๐ฎ
1. Saya merujuk kepada isu melibatkan penggunaan tanah milik Kerajaan Negeri Terengganu seluas 14,791 hektar yang merangkumi 10 ladang di Setiu, Marang, Dungun dan Kemaman yang telah diusahakan oleh FELDA sejak lebih 40 tahun lalu. Tanah-tanah ini bukanlah tanah rancangan FELDA yang mempunyai peneroka sebaliknya tanah kerajaan negeri yang sepatutnya diurus mengikut syarat serta perjanjian asal.
2. Sepanjang lebih empat dekad operasi FELDA di tanah-tanah ini, bayaran premium tanah, cukai tanah dan perkongsian keuntungan 30% kepada kerajaan negeri masih belum diselesaikan dengan anggaran tunggakan mencecah RM600 juta walaupun FELDA mencatatkan keuntungan besar setiap tahun. Lebih membimbangkan, tanah-tanah ini telah dipajak dan diisytiharkan sebagai aset dalam penyenaraian Bursa Malaysia sedangkan status hak milik tidak pernah bertukar tangan. Penyenaraian sebagai aset FELDA adalah tidak wajar kerana tanah tersebut kekal sebagai milik Kerajaan Negeri Terengganu.
3. Kerajaan Negeri telah memberikan ruang yang mencukupi untuk proses rundingan dan menetapkan 29 November 2025 sebagai tarikh akhir bagi FELDA menyelesaikan isu tertunggak. Malangnya, tempoh tersebut berakhir tanpa sebarang maklum balas mahupun penyelesaian terbaik. Hakikat bahawa tanah negeri diusahakan selama puluhan tahun tanpa pulangan sewajarnya bukan sahaja satu kerugian besar kepada rakyat, bahkan mencerminkan kelemahan tadbir urus yang tidak boleh lagi dibiarkan berlarutan.
4. Negeri berhak menuntut hasil daripada tanah yang sah miliknya dan hasrat ini bukan sahaja wajar bahkan selari dengan kepentingan rakyat Terengganu. Hasil ladang sepatutnya kembali menyumbang kepada rakyat dan pembangunan negeri bukan hanya menguntungkan pihak berkepentingan tertentu. Kelewatan dan kegagalan menyelesaikan tuntutan ini perlu ditangani dengan tegas agar hak negeri tidak terus dinafikan.
5. Sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, saya menyokong sepenuhnya langkah Kerajaan Negeri dalam mempertahankan hak dan kepentingan rakyat. Tuntutan yang dibuat bukanlah sesuatu yang baharu atau berlebihan tetapi merupakan hak sah yang telah tertangguh terlalu lama. Demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi Terengganu, penyelesaian segera dan menyeluruh amat diperlukan.
๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐บ๐๐ฎ๐ฑ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฑ @ ๐๐ฎ๐๐ต๐ถ๐บ
๐๐ต๐น๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป๐
๐ฎ ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ