Masjid Felda Sungai Retang

Masjid Felda Sungai Retang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Felda Sungai Retang, Mosque, Jalan sungai Retang, Jerantut.

20/08/2026

Assalamualaikum, Selamat Pagi
Dari Abu Umamah r.a Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa bersumpah dengan sumpah palsu dan mengambil hak seorang Muslim yang lain Allah akan mewajibkan baginya memasuki neraka jahannam dan haram keatasnya syurga. Seorang lelaki berkata:Ya Rasulullah saw walaupun diatas Satu benda yang remeh?Nabi Saw bersabda; ya walaupun sebesar satu ranting dari pohon arak.(HR Muslim)

19/08/2026

Assalamualaikum, Selamat Pagi.
Dari Abu Dzar r.a,katanya: Rasulullah saw bersabda; Janganlah engkau menghinakan samasekali sesuatu dari perbuatan baik sekali pun jikalau engkau sewaktu bertemu dengan saudaramu itu lalu menunjukkan muka yang manis dan berseri seri. (HR Muslim)

18/08/2026

Assalamualaikum Selamat Pagi.
Dari Kaab bin Malik r.a menyampaikan: Bahawasanya Nabi saw keluar pada hari Khamis pada perang Tabuk dan memang baginda dahulu s**a keluar pada hari Khamis.(HR Bukhari)

17/08/2026

Assalamualaikum Selamat Pagi.
Dari Hassan bin Ali r.a Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca Ayatul Kursi selepas sembahyang fardhu, dia adalah didalam pemeliharaan Allah swt hingga ke sembahyang yang akan datang. (HR Tabrani)

17/08/2026

๐Ÿ“š KULIAH MAGHRIB | MASJID FELDA SUNGAI RETANG ๐ŸŒ™

Assalamualaikum w.b.t.

Jemputan kepada seluruh warga Felda Sungai Retang untuk hadir bersama-sama ke Kuliah Maghrib pada malam ini.

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah:
Ustaz Abdul Rahim

๐Ÿ“– Pengajian Kitab Hadith:
Riyadhussolihin
Karangan Al-Imam Nawawi ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡

๐Ÿ“… Hari: Isnin
๐Ÿ“† Tarikh: 17 Ogos 2026
๐Ÿ•ข Masa: 7.30 malam @ selepas solat Maghrib
๐Ÿ“ Tempat: Masjid FELDA Sungai Retang

๐Ÿ“ฒ Turut disiarkan secara LIVE di Facebook Masjid FELDA Sungai Retang

โœจ โ€œMenuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi setiap muslim.โ€
(HR. Ibnu Majah)

Ayuh kita luangkan masa untuk hadir ke majlis ilmu. Semoga setiap langkah menuju masjid menjadi asbab mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ

Jangan lupa ajak keluarga dan sahabat-sahabat bersama.






16/08/2026

Assalamualaikum Selamat Pagi
Dari Khaffaf bin Ima r.a Rasulullah saw apabila duduk didalam Tasyahhud diakhir sembahyangnya dalam keadaan Qaadah akan mengisyaratkan jari telunjuknya. Orang orang mushrik berkata (Nau'zubillah) isyarat yang nabi lakukan itu ialah satu sihir. Ini ialah satu pembohongan, sedangkan nabi saw berbuat demikian ialah sebagai isyarat tauhid yang menunjukkan Allah itu satu. (HR Ahmad)

15/08/2026

Assalamualaikum, Selamat Pagi.
Dari Al Mughirah ibn Syubah bahawa Rasulallah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan terhadap kamu tiga perkara, Derhaka kepada ibu bapa, menanam anak perempuan hidup hidup dan menegah meminta minta. Allah swt juga membenci kamu tiga perkara; Banyak bicara, banyak bertanya (soal)dan boros atau mempersia siakan harta. (HR Bukhari dan Muslim)

13/08/2026

Assalamualaikum Selamat Pagi.
Iktikaf bererti duduk didalam masjid kerana Allah, manakala sembahyang tahiyyatul masjid adalah sembahyang sunat yang dilakukan setelah masuk kemasjid dengan segera sebelum duduk: Dari Abu Qatadah r.a berkata,Rasulallah saw bersabda: Apabila salah seorang diantara kamu masuk kedalam masjid, hendaklah sembahyang sunat dua rakaat sebelum duduk. (HR Al Jamaah)

Address

Jalan Sungai Retang
Jerantut
27000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Felda Sungai Retang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category