29/07/2020
*Jenis-Jenis Takbir Raya*
Ulama membahagikan takbir raya kepada dua jenis; Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.
_Takbir Mursal_: Ia juga disebut Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa. Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.
_Takbir Muqayyad_: Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu. Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri.
[1] Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW:
ููุงูู ููููุจููุฑู ู
ููู ููููู
ู ุนูุฑูููุฉู ุตูููุงุฉู ุงููุบูุฏูุงุฉู ููููููุทูุนูููุง ุตูููุงุฉู ุงููุนูุตูุฑู ุขุฎูุฑู ุฃููููุงู
ู ุงูุชููุดูุฑูููู
Maksudnya: โBaginda SAW sentiasa bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikan selepas solat Asar hari terakhir bagi Hari-Hari Tasyriq.โ
Riwayat al-Hakim (no. 1111) dengan sanad yang sahih.
Takbir ini hendaklah dilakukan secara jahar (bacaan nyaring) sebagai syiar kaum Muslimin.
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/559) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili & al-Taqrirat al-Sadidah (hal. 347).
*Waktu Bertakbir*
Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, terdapat perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Kaifiat berikut kita peroleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwarisi kepada generasi ulama seterusnya.
*_Hari Raya Aidiladha: waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.[2] Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam._*
Hari Raya Aidilfitri: waktunya Takbir Mursalnya bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, yakni masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.
Kami nukilkan juga ibarat daripada kitab Sabila al-Muhtadin (hal. 57) oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari:
โTakbir [bagi orang] yang tiada mengerjakan pekerjaan haji mula-mula daripada Subuh Hari Arafah yaitu yang kesembilan [Zulhijjah] hingga Asar kesudahan Hari Tasyriq.โ
Kedua, daripada ibarat kitab Kifayah al-Muhtadi (hal. 103) oleh Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma'il al-Fathani:
โKemudian daripada sembahyang Subuh Hari Arafah hingga kemudian daripada sembahyang Asar yang ada ia akhir Asar daripada segala Asar Hari Tasyriq yang tiga.โ
Ketiga, kitab Bughyah al-Tullab (hal. 233) oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, seorang alim Nusantara, seperti berikut:
โDan Takbir Muqayyad itu pada hari raya Adha jua maka dimulai daripada Subuh Hari Arafah bagi orang yang lain daripada orang Haji hingga akhir Asar Hari Tasyriq.โ