21/03/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
โAllahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.
โAlhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dapat berkumpul di dalam rumah Allah yang mulia ini, Masjid Tengku Ahmad, bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi yang penuh barakah ini.Selamat pulang ke Jerantut buat anak-anak perantau.
โ
Baru sahaja semalam kita meninggalkan madrasah Ramadan. Kami, barisan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, ingin merakamkan ucapan jazakumullahu khairan katsira kepada seluruh ahli kariah yang telah mengimarahkan masjid sepanjang bulan yang laluโsama ada melalui solat fardu berjemaah, solat Tarawih, tadarus Al-Quran, mahupun sumbangan infaq dan sedekah. Semoga setiap titis peluh dan setiap sen yang disumbangkan menjadi pemberat timbangan amal kita di akhirat kelak.
โ
Di kesempatan ini, mewakili seluruh saf kepimpinan Masjid Tengku Ahmad ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf daripada tuan-tuan, puan-puan, dan anak-anak kariah sekalian.
โAndai ada kekurangan dalam khidmat kami, ada tutur kata yang mengguris rasa, atau ada urusan masjid yang terkurang sepanjang tahun ini, kami mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala kelemahan itu adalah daripada kekhilafan kami sendiri.
Akhir kata, kami mendoakan agar Allah SWT menerima segala amalan kita.
โTaqabbalallahu minna wa minkum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
โSekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Daripada
AJK dan Pegawai Masjid Tengku Ahmad (Masjid Lama),Jerantut