Masjid AsSyakirin

Masjid AsSyakirin Masjid dibina atas dasar gotong royong penduduk

27/11/2025

AMARAN HUJAN BERTERUSAN ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu (Kemaman) โ€ข Pahang (Maran, Kuantan dan Pekan) โ€ข Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang) โ€ข WP Putrajaya โ€ข Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) sehingga Sabtu, 29 November 2025.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) โ€ข Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) โ€ข Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) โ€ข Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) โ€ข WP Kuala Lumpur โ€ข Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) โ€ข Melaka โ€ข Johor (Tangkak, Segamat dan Muar) sehingga Sabtu, 29 November 2025.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) โ€ข Pulau Pinang โ€ข Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) โ€ข Kelantan โ€ข Johor (Batu Pahat, Kluang dan Mersing) sehingga Sabtu, 29 November 2025.

Dikeluarkan pada: 10:00 malam, 27 November 2025




27/11/2025

๐€๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‘๐ข๐›๐ฎ๐ญ ๐“๐ซ๐จ๐ฉ๐ข๐ค๐š ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ญ๐ž๐จ๐ซ๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐Œ๐„๐“ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š)

Ribut tropika dikesan berada pada Latitud 4.0ยฐ Utara dan Longitud 98.2ยฐ Timur, dijangka bergerak ke arah Selatan Tenggara dengan kelajuan 7 km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 65 km/j. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.






Address

Jalan Jerantut Benta
Jerantut
27030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid AsSyakirin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share