Surau Taman Wira

Directions

Surau Taman Wira Surau Taman Wira Jerantut Pahang

2 Oktober 2026(Jumaat)Penyerahan sumbangan Khairat Kematian Taman Wira sebanyak  Rm 1,000 oleh En Hazaha kepada keluarga...
02/10/2026

2 Oktober 2026(Jumaat)

Penyerahan sumbangan Khairat Kematian Taman Wira sebanyak Rm 1,000 oleh En Hazaha kepada keluarga Allahyarhamah Rohani binti Yusof.

Semoga dipermudah urusan keluarga.

Jemputan Majlis Tahlil untuk Allahyarhamah Rohani binti YusofAssalamualaikum w.b.t. Marilah kita sama-sama berkumpul unt...
02/10/2026

Jemputan Majlis Tahlil untuk Allahyarhamah Rohani binti Yusof

Assalamualaikum w.b.t. Marilah kita sama-sama berkumpul untuk mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah Rohani binti Yusof.
Semoga limpahan doa daripada kita semua dapat meringankan bebannya di alam sana.

Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: Selepas Solat Isyak
Tempat: Surau Taman Wira

Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat warga Taman Wira.

Al FatihahPemergian Rahani Bt Yusof Ke Rahmatullah2 Oktober 2026(Jumaat)
02/10/2026

Al Fatihah

Pemergian Rahani Bt Yusof Ke Rahmatullah
2 Oktober 2026(Jumaat)

02/10/2026

Al Fatihah

Pemergian Rahani Bt Yusof Ke Rahmatullah(Video)
2 Oktober 2026(Jumaat)

02/10/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Taman Wira Bil 1/2026

1 Oktober 2026(Sabtu)
Surau Taman Wira

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Taman Wira Bil 1/20261 Oktober 2026(Sabtu)Surau Taman Wira
02/10/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Taman Wira Bil 1/2026
1 Oktober 2026(Sabtu)
Surau Taman Wira

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU TAMAN WIRA SESI 2026/2028 (BIL. 1/2026)Assalamualaikum Warahmatullahi Wabar...
29/09/2026

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU TAMAN WIRA SESI 2026/2028 (BIL. 1/2026)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Wira bagi sesi 2026/2028.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1/2026 akan diadakan mengikut butiran ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)

Masa: 9.15 malam

Tempat: Surau Taman Wira, 27000 Jerantut, Pahang

Antara agenda utama yang bakal dibincangkan termasuklah pembentangan kewangan terkini, pelantikan Imam & Bilal, khairat kematian, struktur portfolio AJK, serta hala tuju misi & visi surau bagi sesi baharu ini.

Kehadiran dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai demi memastikan kelancaran pengurusan dan pengimarahan surau kita bersama.

Sekian, terima kasih.

---

Bismillahir-Rahmanir-Rahim.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kelancaran pemilih...
29/09/2026

Bismillahir-Rahmanir-Rahim.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kelancaran pemilihan dan pelantikan barisan kepimpinan baharu bagi Jawatankuasa Surau Taman Wira Sesi 2026/2028.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua saf kepimpinan yang telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab memakmurkan rumah Allah:

Pengerusi: Wan Ibrahim bin Zakaria

Naib Pengerusi: Selman bin Md Tasir

Setiausaha: Muliady bin Mohamad

Bendahari: Idris bin Said

Ahli Jawatankuasa (AJK):

Youslyiddy bin Desa

Abdul Halim bin Saad

Abdullah Hasim bin Jaafar

Mohamad Nordin bin Haron

Hazaha bin Sulaiman

Raseah binti Mohd Ali

Ros Khainuazmani binti Ab Razab

Wan Salwa binti Wan Salim

Hairun Azmi bin Hashim

Norliza binti Ramli

Azizah binti Mat Yit

Siti Julaiha binti Omar

Semoga barisan jawatankuasa ini sentiasa dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan, dan keikhlasan dalam merancang serta menggerakkan aktiviti pengimarahan surau, kebajikan kariah, dan perpaduan seluruh warga Taman Wira.

Kerjasama, sokongan, dan doa berterusan daripada seluruh penduduk amat dialu-alukan demi memastikan surau kita kekal sebagai pusat ibadah, ilmu, dan ukhuwah bersama.

"Surau Kita Tanggungjawab Kita."

Salam takziah buat seluruh keluarga Tun Dr Siti Hasmah. Jasa dan baktinya kepada negara akan sentiasa terpahat di ingata...
28/09/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga Tun Dr Siti Hasmah.

Jasa dan baktinya kepada negara akan sentiasa terpahat di ingatan.

Al-Fatihah.

📝 NOTA KULIAH SUBUH🕌 Surau Taman Wira📅 12 September 2026📖 Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman🌙 Tafsir Surah al-Balad, Ayat 1...
12/09/2026

📝 NOTA KULIAH SUBUH
🕌 Surau Taman Wira
📅 12 September 2026
📖 Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
🌙 Tafsir Surah al-Balad, Ayat 17

*«ثُمَّ كَانَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةِ»*

“Kemudian dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman, serta berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kasih sayang.”

*🌱 1. Perkataan ثُمَّ (Thumma) memberi makna kemudian dan menunjukkan keutamaan serta susunan yang penting.*

Kebaikan yang dilakukan hendaklah diakhiri dengan sesuatu yang paling utama iaitu beriman kepada Allah.

*🕌 2.*
*كَانَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا* *bermaksud termasuk dalam kalangan mereka yang benar-benar beriman.*

➡️ Kebaikan bukan sekadar pada perbuatan zahir.
➡️ Ia perlu dibina atas iman dan keyakinan kepada Allah.

*👳🏻‍♂️ 3. Bersuhbah dengan orang soleh*

Jika mahu menjadi baik dan soleh, dekatilah orang soleh dan bergurulah ketika menuntut ilmu.

Ada pelajar berkata:

«“Saya nak belajar sendiri. Kalau tak faham, barulah saya tanya.”»

Ulama/Guru mengingatkan:

«“Aku tidak begitu risau tentang apa yang kamu tidak faham. Yang lebih aku risau ialah apa yang kamu sangka kamu sudah faham.”»

*📌 Ilmu perlu dipelajari dengan guru, adab dan bimbingan, bukan sekadar bergantung kepada kefahaman sendiri.*

Ada juga kata-kata ulama:

«“Beritahu gurumu siapa kamu, maka aku akan beritahu siapa kamu.”»

*🤝 4. Perkataan وَتَوَاصَوْا membawa maksud saling berpesan.*

Allah mengulang perkataan ini untuk memberi penekanan bahawa antara sifat utama orang beriman ialah:

❤️ Saling mengingatkan kepada kebaikan.
🤲 Saling menguatkan dalam kesabaran.
🌸 Saling menyuburkan kasih sayang.

*🛡️ 5. Sabar — Raja segala kebaikan*

Untuk kekal dalam kebaikan, kita memerlukan sabar.

Tiga bentuk sabar:

1️⃣ Sabar meninggalkan maksiat.
2️⃣ Sabar melakukan kebaikan.
3️⃣ Sabar menghadapi musibah dan ujian.

*🌱 Asas kebaikan individu ialah SABAR.*

*❤️ 6. Al-Marḥamah Kasih sayang*

الْمَرْحَمَةِ (al-marḥamah) bermaksud kasih sayang dan belas kasihan.

*Asas kebaikan dalam masyarakat ialah saling berpesan dengan kasih sayang.*

Kerana dalam kasih sayang wujud hubungan, kepedulian dan ukhuwah.

🏗️ Kebaikan itu seperti sebuah bangunan.
❤️ Kasih sayang p**a ibarat bumbungnya.

*🕊️ 7. Mahabbah membawa kita lebih cepat dekat kepada Allah*

Kata seorang wali Allah:

«“Orang beriman berjalan menuju Allah. Orang beriman yang mempunyai mahabbah, terbang menuju Allah.”»

🚶🏻 Iman membawa kita berjalan.
🕊️ Cinta kepada Allah membuat kita ingin lebih cepat dekat kepada-Nya.

*⚠️ 8. Jangan sampai menyesal di akhirat*

Antara penyesalan yang paling besar ialah penyesalan di akhirat.

Ada manusia yang datang dengan pahala yang bergunung-ganang, tetapi kerana menzalimi orang lain, pahala itu terpaksa diberikan kepada mereka yang dizalimi.

Apabila pahala habis, dosa orang yang dizalimi p**a dipindahkan kepadanya.

😔 Sebab itu, jangan hanya sibuk mengumpul pahala, tetapi perlu menjaga akhlak dan hak manusia.

*🌿 RENUNGAN*

▶️Iman membimbing kita.
▶️Sabar menguatkan kita.
▶️Kasih sayang menyatukan kita.
▶️Akhlak mulia menyelamatkan kita.

Address

Surau Taman Wira
Jerantut
27000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Taman Wira posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share