Masjid Kg Perian

Masjid Kg Perian Masjid Kg Perian adalah sebuah masjid terletak di tepi sungai di Kg Perian Pulau Tawar, Jerantut

Masjid Kg Perian ialah sebuah masjid kecil di tepi sungai di Kampung Perian, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.

INFAQ RAMADANSumbangan secara online boleh di buat terus ke:BANK ISLAM: 06055020204493(Masjid Kg Perian Pulau Tawar)Sumb...
19/03/2025

INFAQ RAMADAN

Sumbangan secara online boleh di buat terus ke:
BANK ISLAM: 06055020204493
(Masjid Kg Perian Pulau Tawar)

Sumbangan secara tunai boleh diajukan kepada:
Amri (011-3660 1835)
Along Sya (019-916 5224)

MAJLIS BERBUKA PUASA 1446/2025MASJID KAMPUNG PERIAN Tarikh : 29 MAC 2025 (SABTU)Masa  : 6.30 petang   berhajat untuk mem...
19/03/2025

MAJLIS BERBUKA PUASA 1446/2025
MASJID KAMPUNG PERIAN

Tarikh : 29 MAC 2025 (SABTU)
Masa : 6.30 petang

berhajat untuk membawa 'potluck' amat dialu-alukan ❤



🫶

Alhamdulillah terima kasih kepada penyumbang minuman cendol selepas solat Jumaat harini. Jumaat akan datang kala ade sap...
04/10/2024

Alhamdulillah terima kasih kepada penyumbang minuman cendol selepas solat Jumaat harini.

Jumaat akan datang kala ade sape yang berhajat untuk infaq minuman/makanan boleh hubungi:
Rizal (Setiausaha) > 019-3802140 atau
Amri (Bendahari) > 011-3660 1835

Terima kasih, moga Allah memberi ganjaran yang sebaiknya.

Alhamdulillah selesai dan berjalan dengan lancar program malam tadi.PROGRAM SELAWAT & CERAMAH SEMPENA MAULIDURRASULTarik...
29/09/2024

Alhamdulillah selesai dan berjalan dengan lancar program malam tadi.

PROGRAM SELAWAT & CERAMAH SEMPENA MAULIDURRASUL
Tarikh: 28 Sept 2024 / 25 Rabiulawal 1446H
Hari: Sabtu (malam Ahad)
Masa: 7:30 - 9:15 malam
Tempat: Masjid Kg Perian, Pulau Tawar

Penceramah: Ust Hamidi bin Ismail (SM P**A)
Qasidah jemputan: Madrasah Darul Uloom Al Islamiyyah, Sg Salan.

Moga bermanfaat untuk yang hadir dan mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari kami. Insyaallah jumpa lagi di program akan datang.

________________

*Sebarang sumbangan boleh dibuat secara TUNAI ke tabung masjid atau secara ONLINE terus ke akaun Bank Islam:
06055020204493 (Masjid Kg Perian Pulau Tawar).
Terima kasih.

ZIARAH CAKNATarikh: 7 Sept 2024 (Sabtu)Masa: Selepas AsarTempat: Rumah Za Harun, Kg PerianAktiviti: Menziarahi Puan Za H...
09/09/2024

ZIARAH CAKNA

Tarikh: 7 Sept 2024 (Sabtu)
Masa: Selepas Asar
Tempat: Rumah Za Harun, Kg Perian

Aktiviti: Menziarahi Puan Za Harun (telah mengalami kemalangan) untuk mengeratkan silaturrahim, bertanya kabar keadaan kesihatan terkini serta menyampaikan sumbangan daripada Masjid Kg Perian.

Moga beliau terus segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang terbaik insyaallah.

Jawatankuasa Masjid: Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan AJK Wanita

Kuliah Maghrib setiap Rabu malam Khamis di Masjid Kg Perian, oleh Ust Mohd Jaafar pengajian Kitab Mastika Hadith jilid 1...
04/09/2024

Kuliah Maghrib setiap Rabu malam Khamis di Masjid Kg Perian, oleh Ust Mohd Jaafar pengajian Kitab Mastika Hadith jilid 1. Moga bermanfaat untuk ahli jemaah serta mendapat rahmat Allah SWT.

Jemput semua mengimarahkan. Jamuan makan disediakan.

Alhamdulillah...Selesai Majlis Godey Asyura Masjid Kg Perian - 28 JULAI 2024, berlangsung dengan lancar dan kehadiran ya...
29/07/2024

Alhamdulillah...Selesai Majlis Godey Asyura Masjid Kg Perian - 28 JULAI 2024, berlangsung dengan lancar dan kehadiran yang meriah amat.
Terima kaseh tidak terhingga kepada semua AJK Pengurusan Masjid, Penduduk Kampong yang membantu, warga P**A, para penyumbang makanan & semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menyempurnakan program tersebut dari awal hingga ke selesai.
Jutaan kemaafan andai ada kekurangan dari pihak pengurusan masjid sepanjang program berlangsung. Semoga kita semua mendapat Ganjaran, Manfaat & Keberkatan dari Allah SWT. Aaamiin 🤲 "Silaturrahim Bermula DiMasjid"💪💚 - PENGERUSI JAWATANKUASA MASJID KG PERIAN.
----------

Koleksi gambar ketika program gotong royong.

PROGRAM GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURATarikh: 28 Julai 2023 / 22 Muharram 1446HHari: Ahad  |   Masa: 8.30 pagiTempat: Masjid...
25/07/2024

PROGRAM GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA
Tarikh: 28 Julai 2023 / 22 Muharram 1446H
Hari: Ahad | Masa: 8.30 pagi
Tempat: Masjid Kg Perian, Pulau Tawar
Anjuran: Jawatankuasa Masjid Kg Perian

*Sumbangan untuk program ni boleh dibuat secara tunai atau secara online terus ke akaun:
06055020204493 (Masjid Kg Perian Pulau Tawar)

Moh meriohkan program sejid kite...Jemput blake deme!

Address

Masjid Kampung Perian, Pulau Tawar, Jerantut Darul Makmur
Jerantut
27050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kg Perian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category