20/01/2026
🌙 *HEBAHAN MAJLIS TAHLIL PERDANA* 🌙
📿 *Sempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H/2026* 📿
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Para Jemaah *Qariah Surau Muzir* yang dihormati lagi dikasihi,
Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, pihak Surau Muzir dengan rendah hati menjemput seluruh jemaah untuk bersama-sama menyertai:
🕌 *MAJLIS TAHLIL PERDANA*
🤲 *Mengirim Tahlil & Doa buat arwah ahli keluarga serta sahabat handai secara berjemaah, sebagai tanda ingatan dan kasih yang berterusan.*
🕌 *MAJLIS TAHLIL PERDANA*
📆 Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Ruang Solat, Surau Muzir
🌟 Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan dengan majlis ilmu, doa dan tahlil agar Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati.
📄 Borang penyertaan boleh didapatkan di Surau Muzir
📲 atau imbas QR Code yang disediakan.
*Mohon jasa baik para jemaah untuk mengisi borang tersebut dengan lengkap serta mematuhi panduan dan arahan yang telah ditetapkan.*
💝 Sebarang sumbangan ikhlas amat dialu-alukan dan boleh disalurkan melalui:
🏦 *RHB – 2624100007650 Surau Muzir Kg Jenjarom*
📱 *DuitNow QR – Surau Muzir*
✨ Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk mengimarahkan surau, mengeratkan ukhuwah serta menyemai amalan sebelum melangkah masuk ke madrasah Ramadhan yang mulia.
💝 Sumbangan ikhlas juga amat dialu-alukan bagi menjayakan program-program Surau Muzir sepanjang Ramadhan dan boleh disalurkan melalui saluran yang disediakan.
🤲 *“Ya Allah, sejahterakanlah kami sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan untuk kami dan terimalah amalan kami di dalamnya.”( Riwayat al-Tabarani)*
✨ Jom hidupkan surau, eratkan ukhuwah & raih pahala bersama! ✨
📢 Mohon sebarkan hebahan ini agar lebih ramai dapat bersama-sama menyertai majlis yang penuh keberkatan ini.
Terima kasih & jumpa anda di surau 🌙🤍