13/05/2026
RUMUSAN TAKLIMAT KHAS TABUNGAN INFAQ KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FIRDAUS (KKMAF) Masjid Al-Firdaus Kampung Sungai Rambai, Jenjarom
*** *TABUNGAN BULANAN SERENDAH RM1.80 SEORANG****
1. Tarikh berkuatkuasa pada 1 Julai 2026
2. Imbas QR di poster untuk muat turun borang pendaftaran,borang ahli kariah dan peratuan KKMAF 2026 *(sila baca terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pertanyaan)* -borang fizikal boleh didapati di masjid
3. Borang yg lengkap hendaklah dilampirkan bersama borang Daftar Kariah dan slip bank (bayaran tabungan) - 1 borang KKMAF untuk 1 alamat dan 1 borang daftar ahli kariah untuk setiap isi rumah,lampirkan salinan ic @ passport
4. Bayaran boleh dibuat terus ke akaun masjid dan meletakkan rujukan *"khairat kematian/KKMAF 2026"* (Tiada penerimaan tunai)
5. Bayaran bagi penyertaan tahun 2026 adalah sebanyak RM125.00 (RM75 tabungan + RM50 keahlian seumur hidup)
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Hotline MAF -010-9797911
FAQ :
1. anak angkat boleh masuk tanggungan @ tidak? - *boleh, samaada anak angkat berdaftar @ tidak dgn syarat telah tinggal bersama lebih dari tempoh layak mastautin*
2. Bukan Ahli Kariah atau telah berpindah, boleh sertai @ tidak? - *boleh, atas pertimbangan Nazir & AJK untuk meluluskan @ tidak*
3. Saya penduduk Sg.Rambai tetapi tidak mahu sertai KKMAF, boleh @ tidak? - *Boleh, tetapi wajib mengisi borang daftar ahli kariah untuk kemaskini data penduduk*