12/09/2026
ุจูุณูู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญูููู
ู
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, izin dan pertolongan-Nya, Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Komuniti FELDA Raja Alias 4 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Bagi pihak Surau Al Muhajirin FELDA Raja Alias 4, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, tenaga, masa dan sumbangan dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.
Penghargaan khusus saya tujukan kepada Yg Berusaha Tn Faizam Bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Felda Wilayah Raja Alias, Pengurus Rancangan & Kakitangan Felda Raja Alias 4, JKKR FELDA Raja Alias 4, GPW, MBFM, KAF, Imam dan Jawatankuasa Surau Al Muhajirin Felda Raja Alias 4,, para pemimpin masyarakat, para penyumbang, urus setia, sukarelawan, kumpulan qasidah, para peserta perarakan serta seluruh ahli kariah dan masyarakat FELDA Raja Alias 4 yang telah bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini.
Sesungguhnya kejayaan sesuatu program bukanlah hasil usaha seorang atau beberapa orang sahaja, tetapi lahir daripada semangat kebersamaan, ukhwah, gotong-royong dan kesatuan hati seluruh masyarakat.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para tetamu kehormat, penceramah dan semua jemputan yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama kita dalam majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan telah menambahkan lagi kemeriahan serta keberkatan majlis.
Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW ini bukan sekadar menjadi acara tahunan, tetapi menjadi medan untuk kita menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, menghayati sirah dan sunnah Baginda serta menerapkan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Marilah kita terus memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat FELDA Raja Alias 4. Mudah-mudahan semangat perpaduan dan kerjasama yang telah ditunjukkan pada hari ini dapat diteruskan dalam pelbagai program kebajikan, keagamaan dan kemasyarakatan pada masa akan datang.
Akhir kata, saya bagi pihak Surau Al Muhajirin FELDA Raja Alias 4 memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang penganjuran majlis ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan.
Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal soleh dan menjadi asbab turunnya rahmat serta keberkatan Allah SWT kepada seluruh komuniti FELDA Raja Alias 4.
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู
Sekian,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ustaz Redzuan Bin Hj Mohd Said
Pengerusi
Surau Al Muhajirin
FELDA Raja Alias 4
Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan