28/05/2026
PROGRAM KORBAN PERDANA MASJID TUANKU MUHRIZ 1447/2026
Jempol, 28 Mei - Program Korban Perdana anjuran Masjid Tuanku Muhriz telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat gotong-royong apabila sebanyak 14 ekor lembu berjaya dikorbankan sempena sambutan Aidiladha tahun ini.
Program yang menghimpunkan penduduk setempat serta para peserta korban itu mendapat sambutan amat menggalakkan dan berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak termasuk ahli jawatankuasa masjid, KAF, MBFM, Persatuan Muallaf Jempol, agensi kerajaan, sukarelawan dan penduduk kariah.
Pihak masjid turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta korban yang telah menyumbang serta menjayakan program tersebut. Semangat kebersamaan dan keikhlasan yang ditunjukkan mencerminkan nilai perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Nor Azahar bin Saharudin selaku Penyelaras DUN Serting serta Ustaz Nor Hisham bin A. Hassan Pengerusi Masjid.
Program seperti ini bukan sahaja menjadi ibadah korban semata-mata, malah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat serta menyemarakkan semangat kerjasama dalam komuniti.
Gambar Ihsan: Pusat Khidmat DUN Serting
---------------------------------------
π‘ Ikuti media sosial Masjid Tuanku Muhriz:
π
πππππ¨π¨π€ : https://www.facebook.com/masjidtuankumuhriz