Masjid Al Huda Pasoh 2 Official

Masjid Al Huda Pasoh 2 Official Perkembangan aktiviti, kuliah, program dan lain-lain bagi Qariah Masjid Al Huda Pasoh 2

Pihak pengurusan Masjid Al Huda Pasoh 2 Official telah menganjurkan Program Iftar Perdana bersama anak yatim, PDK, dan a...
23/03/2025

Pihak pengurusan Masjid Al Huda Pasoh 2 Official telah menganjurkan Program Iftar Perdana bersama anak yatim, PDK, dan asnaf sebagai satu inisiatif untuk meraikan golongan yang memerlukan dalam keberkatan bulan Ramadan.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, program ini juga adalah merupakan program kerjasama dengan Team Rewang, JPKK, Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 2 & GPW Pasoh 2 yang telah berlangsung pada :

Hari : Sabtu
Tarikh : 22/3/2025 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1446H
Masa : 6.00 petang
Tempat : Perkarangan Masjid Al Huda Pasoh 2

Assalamualaikum wbt...Pihak Masjid Al Huda Pasoh 2 Official telah bekerjasama dengan GPW Pasoh 2 mengadakan Program Khat...
23/03/2025

Assalamualaikum wbt...
Pihak Masjid Al Huda Pasoh 2 Official telah bekerjasama dengan GPW Pasoh 2 mengadakan Program Khatam Al-Quran 1446H. Ini merupakan program masjid sepanjang Bulan Ramadhan (Mac 2025) pada ketetapan berikut :

Hari : Sabtu
Tarikh : 22/3/2025 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1446H
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al Huda Pasoh 2

Kerjasama ini dilakukan bagi mengimarahkan masjid di samping menghidupkan amalan membaca al-Quran di masjid sepanjang Bulan Ramadhan serta dapat menarik minat golongan ibu dan wanita untuk merasa dekat dengan Al-Quran Dan dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.





Felda Pasoh 2
Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 2
Kito Pasoh 2

Assalamualaikum wbt...Admin nak update program/aktiviti Masjid Al Huda Pasoh 2 Official yg berlangsung pada Bulan Februa...
23/03/2025

Assalamualaikum wbt...

Admin nak update program/aktiviti Masjid Al Huda Pasoh 2 Official yg berlangsung pada Bulan February lepas... Pihak pengurusan masjid mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Ceramah Perdana Sempena Ambang Ramadhan 1446H/2025M. Program ini telah berlangsung pada :
Hari : Khamis
Tarikh : 27/02/2025 bersamaan dengan 28 Syaaban 1446H
Masa : 7.45 Malam
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al Huda Pasoh 2
Penceramah : Ustaz Farid Ramadan

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah program Ceramah Sempena Peristiwa Isra' dan Mi'raj berjalan dengan lancar atas izin...
30/01/2025

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah program Ceramah Sempena Peristiwa Isra' dan Mi'raj berjalan dengan lancar atas izin-Nya jua. Terima kasih kepada jawatankuasa Masjid Al Huda Pasoh 2 Official dan warga penduduk Felda Pasoh 2 yang turut hadir mengimarahkan program yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid.




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum wbt... Pihak pengurusan Masjid Al Huda Pasoh 2 Official berbesar har...
25/01/2025

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum wbt...

Pihak pengurusan Masjid Al Huda Pasoh 2 Official berbesar hari menjemput semua warga Felda Pasoh 2 dan sahabat FB Masjid Al-Huda Pasoh 2 Official untuk hadir bersama-sama bagi program Ceramah Perdana Sempena Peristiwa Agung di Bulan Rejab iaitu Isra' dan Mi'raj seperti ketetapan berikut :

Hari : Rabu (Malam Khamis)
Tarikh : 29/01/2025 bersamaan dengan (29 Rejab 1446H)
Masa : 7.45 Malam (selepas Solat Maghrib berjemaah)
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-Huda Pasoh 2
Penceramah : Ustaz Nur Hairin Khamis (Pegawai Kanan Hal Ehwal Dakwah Agama MAINS Daerah Jelebu)
Tajuk : "Sebuah Perjalanan Agung Menuju Allah swt"

Pihak pengurusan masjid berbesar hati menjemput semua warga Felda Pasoh 2 dan sahabat FB Masjid Al-Huda Pasoh 2 Official bagi mengimarahkan program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid.




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum wbt...Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan izin dan ...
18/09/2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya Majlis Ceramah Sempena Maulidur Rasul 1446H yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Hamid (Imam 1 - Masjid Tuanku Muhriz) pada 18/09/2024 bersamaan dengan 14 RabiulAwwal 1446H telah berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada semua warga Felda Pasoh 2 yang turut hadir bersama-sama bagi mengimarahkan program ceramah yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Masjid Al Huda Pasoh 2 Official.

Masjid Al Huda Pasoh 2




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum wbt..."Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT s...
15/09/2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt...

"Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua."

"Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW."

Bulan Islam ada dua belas,
Bulan RabiulAwwal bulan ketiga,
Dalam berjuang mestilah ikhlas,
Terbuka luas pintu syurga.

"Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H buat seluruh umat Islam khasnya buat warga Felda Pasoh 2"



14/08/2024

Assalamualaikum wbt... Bagi sesiapa yg tidak berkesempatan utk hadir ke kuliah maghrib di masjid, boleh masuk ke live FB masjid kita ya. Link nanti sya bagi sebelum mula kuliah.

Jom sama-sama kita belajar tentang *"Ilmu Fiqah Mengenai Tatacara Solat Berjemaah"* yang disampaikan oleh AlFadil Ustaz Hairin Khamis.

24/02/2024
Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah "Program Berkhatan Perdana" berjalan dengan lancar atas izin-Nya. Program Berkhatan ...
24/02/2024

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah "Program Berkhatan Perdana" berjalan dengan lancar atas izin-Nya. Program Berkhatan ini dianjurkan oleh pihak JPKK, JKKR, GPW, MBFM dengan kerjasama Masjid Al Huda Pasoh 2 Official.

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya "Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa S...
23/02/2024

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya "Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat Perdana" berjalan dengan baik hendak-Nya. Majlis ini diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu juga, majlis doa Selamat juga diadakan bagi meraikan "Program Berkhatan Perdana" Felda Pasoh 2.

Alhamdulillah, majlis yang diadakan mendapat sambutan yang sangat baik dari warga penduduk Qariah Masjid Al Huda Pasoh 2 Official. Terima kasih juga kepada penyumbang yang menyumbang makanan kepada para jemaah yang hadir. Tiada kata yang mampu kami, pihak masjid gambarkan betapa bersyukurnya kami dengan kehadiran tuan-tuan, puan-puan, abang, kakak, dn adik-adik semua menyokong dn mengimarahkan lagi program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid. Anda insan yang hebat👍🏻



Assalamualaikum wbt...Pihak pengurusan Masjid Al Huda Pasoh 2 akan mengadakan "Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selama...
21/02/2024

Assalamualaikum wbt...

Pihak pengurusan Masjid Al Huda Pasoh 2 akan mengadakan "Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat" selepas solat Maghrib berjemaah seperti ketetapan berikut :

Hari : Khamis (malam Jumaat)
Tarikh : 22/02/2024 (12 Sya'ban 1445H)
Masa : 7.30PM (selepas solat Maghrib berjemaah)
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al Huda Pasoh 2

Majlis ini diadakan sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu, majlis doa selamat p**a diadakan bagi meraikan anak-anak yang akan menyertai "Program Berkhatan" yang akan berlangsung pada hari Sabtu (24/2/2024) bersamaan dengan 14 Sya'ban 1445H.

Dijemput semua warga penduduk Felda Pasoh 2 hadir bersama-sama bagi mengimarahkan majlis yang dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid.



Address

FELDA PASOH 2
Jempol
72300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Huda Pasoh 2 Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share