Masjid Qaryah Lonek - Official

Masjid Qaryah Lonek - Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Qaryah Lonek - Official, Mosque, Masjid Qaryah Lonek, Jempol.

𝙅𝙤𝙢 𝙄𝙣𝙛𝙖𝙦! 𝙉𝙞𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙧𝙬𝙖𝙝² 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜...Pihak jawatankuasa Masjid Qaryah Lonek mempelawa dan mengalu-alu...
27/02/2024

𝙅𝙤𝙢 𝙄𝙣𝙛𝙖𝙦! 𝙉𝙞𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙧𝙬𝙖𝙝² 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜...

Pihak jawatankuasa Masjid Qaryah Lonek mempelawa dan mengalu-alukan para penderma dan penginfak untuk menjayakan Ihya' Ramadhan pada tahun ini.

Sebarang infaq boleh disalurkan ke akaun
Maybank di no 005037202882 (Jawatankuasa Kariah Masjid Lonek)

𝘽𝙄𝘾𝘼𝙍𝘼 𝘼𝙂𝘼𝙈𝘼 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼 𝙐𝙎𝙏𝘼𝙕 "𝙈𝙀𝙉𝘿𝙀𝙋𝘼𝙉𝙄 𝘾𝘼𝘽𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙎 𝘿𝙀𝙋𝘼𝙉" 𝙊𝙇𝙀𝙃 𝙎𝘼𝙃𝙄𝘽𝙐𝙎 𝙎𝘼𝘼𝘿𝘼𝙃 𝘿𝘼𝙏𝙊' 𝘽𝘼𝘿𝙇𝙄 𝙎𝙃𝘼𝙃 𝘼𝙇𝘼𝙐𝘿𝘿𝙄𝙉 𝙏𝙄𝙈𝘽𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙈𝙐𝙁𝙏𝙄 𝙆𝙀...
01/12/2023

𝘽𝙄𝘾𝘼𝙍𝘼 𝘼𝙂𝘼𝙈𝘼 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼 𝙐𝙎𝙏𝘼𝙕 "𝙈𝙀𝙉𝘿𝙀𝙋𝘼𝙉𝙄 𝘾𝘼𝘽𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙎 𝘿𝙀𝙋𝘼𝙉" 𝙊𝙇𝙀𝙃 𝙎𝘼𝙃𝙄𝘽𝙐𝙎 𝙎𝘼𝘼𝘿𝘼𝙃 𝘿𝘼𝙏𝙊' 𝘽𝘼𝘿𝙇𝙄 𝙎𝙃𝘼𝙃 𝘼𝙇𝘼𝙐𝘿𝘿𝙄𝙉 𝙏𝙄𝙈𝘽𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙈𝙐𝙁𝙏𝙄 𝙆𝙀𝙍𝘼𝙅𝘼𝘼𝙉 𝙉𝙀𝙂𝙀𝙍𝙄 𝙋𝘼𝙃𝘼𝙉𝙂

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Qaryah Lonek akan mengadakan Bicara Agama Bersama Ustaz "Mendepani Cabaran Masa Depan" pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8hb Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 07.00 malam
Tempat : Masjid Qaryah Lonek
Penceramah : SS Dato' Badli Shah Alauddin
Timbalan M***i Kerajaan Negeri
Pahang

Sehubungan dengan itu pentadbiran Masjid Qaryah Lonek menjemput tuan puan beramai-ramai ke majlis tersebut di atas.

Mohon jasa baik juga untuk menghebahkan majlis tersebut ke media sosial tuan puan. Terima kasih



ALLAH SWT memilih bulan Ramadan berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran (diturunkan al-Quran), yang menunjukkan kelebihan bu...
08/04/2023

ALLAH SWT memilih bulan Ramadan berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran (diturunkan al-Quran), yang menunjukkan kelebihan bulan yang mulia dan berkat ini. Firman Allah SWT:

﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ…١٨٥﴾

“Pada bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan padanya al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)…” (Surah al-Baqarah: 185)

Al-Quran kitab suci kalam Allah, ilmu dan kebijaksanaan-Nya, serta adil yang tiada bandingan dan tandingan.

Firman Allah SWT:

﴿إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةٖ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ٣﴾

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberikan peringatan.” (Surah al-Dukhan: 3)

𝙆𝙀𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃𝘼𝙉 𝘽𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙎𝙔𝘼𝘼𝘽𝘼𝙉Daripada Abu Musa al-Asy‘ari R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَ...
22/02/2023

𝙆𝙀𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃𝘼𝙉 𝘽𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙎𝙔𝘼𝘼𝘽𝘼𝙉

Daripada Abu Musa al-Asy‘ari R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Syaaban, kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”[3] Al-Zahabi menyebutkan, hadith ini adalah dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi‘ah.[4]

Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban, kemudian Dia mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal.”[5] Al-‘Aini menyebutkan bahawa hadith ini adalah munqati‘.[6]

Daripada Abu Tha‘labah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ اطَّلَعَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِ، وَيُمْلِي لِلْكَافِرِينَ، وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدَعُوهُ

Maksudnya: “Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya. Kemudian Allah SWT mengampunkan orang yang beriman serta mengabaikan orang yang kufur dan membiarkan orang yang dengki dengan dengkinya sehinggalah mereka itu meninggalkannya.”[7] Ibn al-Jauzi menyebutkan, hadith ini adalah tidak sahih.[8]

Daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua golongan iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri.”[9] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin.[10] Manakala Ahmad Syakir p**a mengatakan sanadnya adalah sahih.[11]

Daripada Mu‘az bin Jabal R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Syaaban, kemudian Dia mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”[12]

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِعِبَادِهِ إِلَّا لمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”[13] Al-Sakhawi menyatakan, perawi-perawinya tidak ada yang dipertikaikan.

Sumber daripada :
https://maktabahalbakri.com/683-kelebihan-malam-nisfu-syaaban/


𝗗𝗼𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗶 𝗣𝗲𝗽𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمALFATIHAHبِسۡـــــــــمِ اللَّـــــــ...
20/02/2023

𝗗𝗼𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗶 𝗣𝗲𝗽𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ALFATIHAH
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini


𝘽𝙐𝘼𝙇 𝘽𝙄𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙄𝙎𝙍𝘼' 𝙈𝙄'𝙍𝘼𝙅TARIKH : 24HB FEBRUARI 2023 (JUMAAT)MASA    : 07.00 MALAMTEMPAT: MASJID QARYAH KAMPUNG LONEK PAN...
20/02/2023

𝘽𝙐𝘼𝙇 𝘽𝙄𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙄𝙎𝙍𝘼' 𝙈𝙄'𝙍𝘼𝙅

TARIKH : 24HB FEBRUARI 2023 (JUMAAT)
MASA : 07.00 MALAM
TEMPAT: MASJID QARYAH KAMPUNG LONEK

PANEL JEMPUTAN : UST MOHD HARIRI BIN MOHAMAD DAUD & UST DR. MOHD KAMEL BIN MAT SALLEH

Muslimin muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis.


Address

Masjid Qaryah Lonek
Jempol
72200

Telephone

+60196113062

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Qaryah Lonek - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Qaryah Lonek - Official:

Share

Category