Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd

Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd (PSB)
201201023362 (1007854-W)
PSB merupakan Syarikat Milik Penuh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd
201201023362 (1007854-W)

23/07/2026

๐Ÿ“ข Jom singgah ke Booth PEIP Healthcare Sdn Bhd di Jualan Gerai PUSPANITA Negeri Perak 2026!

PEIP Healthcare Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd (PSB), akan berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan hemodialisis, pembekalan barangan perubatan dan penjagaan kesihatan serta inisiatif Dana Wakalah/ CSR Korporat.

๐Ÿ“… 23 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•— 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Banquet, SUK Negeri Perak

Kami mengalu-alukan kunjungan anda. Jumpa kami di booth PEIP Healthcare Sdn Bhd!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Amirul Hakim bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Ek...
02/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Amirul Hakim bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd (PSB) atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Malayan Flour Mills Berhad (MFM), berkuat kuasa 24 Jun 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi satu amanah yang terus membawa kecemerlangan, menyumbang kepakaran strategik serta memperkukuh tadbir urus dan pembangunan organisasi.

Seluruh warga Kumpulan PSB mendoakan agar Tuan terus diberikan kejayaan dan keberkatan dalam menggalas tanggungjawab ini.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.

16/06/2026

โœจ Salam Awal Muharram 1448H โœจ

Semoga lembaran baharu ini membuka ruang untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik, memperkukuhkan keimanan, memperbanyakkan amal kebajikan serta memperbaharui tekad dalam membina masa depan yang lebih bermakna.

Marilah kita menjadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk terus melangkah dengan penuh keikhlasan, integriti dan iltizam demi kesejahteraan ummah.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H

Ikhlas daripada,
Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Ag...
01/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilanjutkan usia dan diberkati kesihatan yang berpanjangan.

๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ป๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข:
Kumpulan Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ๐ŸŒ™Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta mengajar ki...
26/05/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ๐ŸŒ™

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Ikhlas daripada Kumpulan Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd

IPOH, 22 Mei 2026 โ€“ Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Anderson Kali Ke-107 Tahun 2026 berlangsung dengan meriah dan penuh s...
25/05/2026

IPOH, 22 Mei 2026 โ€“ Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Anderson Kali Ke-107 Tahun 2026 berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd. (PSB), Tuan Amirul Hakim bin Abdullah.

Lebih 500 pelajar, ibu bapa dan guru hadir memeriahkan kejohanan ini dengan semangat rumah sukan masing-masing. Turut hadir ialah bekas-bekas pelajar Anderson yang kembali ke sekolah bagi memberi sokongan dan semangat kepada para peserta.

Dalam ucapan beliau, Tuan Amirul Hakim menekankan bahawa sukan bukan sekadar tentang kemenangan di padang, tetapi juga medium untuk membentuk disiplin, keyakinan diri, semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. Beliau turut mengingatkan para pelajar supaya sentiasa berusaha menjadi individu yang seimbang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat sukan, malah berjaya mengeratkan hubungan antara pelajar, guru, ibu bapa dan alumni Anderson dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan.



21/05/2026

PELANCARAN OACP 2026-2030

Kumpulan PSB terus memperkukuh budaya integriti menerusi pelancaran OACP 2026-2030, Buku Panduan Integriti & Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.

Majlis disempurnakan oleh Dato' Azmi Bin Kamaruzaman, SPRM dengan penyertaan lebih 130 warga kerja, kontraktor & pembekal๐Ÿค

Komitmen ini menjadi langkah penting ke arah tadbir urus yang lebih telus, amanah & bebas rasuah demi kecemerlangan masa depan Kumpulan PSB.


Sprm Negeri Perak

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SPRM Negeri Perak atas komitmen serta kerjasama dala...
21/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SPRM Negeri Perak atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan majlis ini, dan kepada Datoโ€™ TKPj Azmi bin Kamaruzaman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, atas kesudian menyempurnakan majlis ini

PELANCARAN OACP 2026โ€“2030: MANIFESTASI KOMITMEN INTEGRITI KUMPULAN PSBIPOH, 20 Mei 2026 โ€“ Kumpulan Perbadanan Ekonomi Is...
21/05/2026

PELANCARAN OACP 2026โ€“2030: MANIFESTASI KOMITMEN INTEGRITI KUMPULAN PSB

IPOH, 20 Mei 2026 โ€“ Kumpulan Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd. (PSB) telah melakar satu lagi langkah penting dalam memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus beretika menerusi penganjuran Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2026โ€“2030, Buku Panduan Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada 20 Mei 2026 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.

Majlis penuh berprestij tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Azmi Bin Kamaruzaman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai simbol sokongan dan keyakinan terhadap komitmen PSB dalam memperkasakan agenda integriti organisasi.

Program ini telah menghimpunkan kira-kira 130 peserta yang terdiri daripada warga kerja Kumpulan PSB, kontraktor serta pembekal. Kehadiran 14 syarikat kontraktor dan pembekal turut mencerminkan sokongan padu pihak berkepentingan dalam mendukung usaha memperkukuh budaya kerja yang telus, amanah dan bebas rasuah.

Pelaksanaan majlis ini bukan sekadar simbolik pelancaran dokumen organisasi, malah menjadi manifestasi kesungguhan Kumpulan PSB dalam membina organisasi yang lebih berintegriti, dipercayai dan dihormati. OACP 2026โ€“2030 akan menjadi panduan strategik organisasi dalam memperkukuh sistem tadbir urus, meningkatkan akauntabiliti serta membudayakan integriti dalam setiap lapisan organisasi.

Secara keseluruhannya, majlis telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Penganjuran program ini diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kerja cemerlang dan organisasi yang berteraskan integriti demi kelangsungan serta kecemerlangan Kumpulan PSB pada masa hadapan.

Selamat Hari Guru 2026โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga ...
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Sesungguhnya, setiap ilmu yang dicurahkan akan terus mengalir manfaatnya buat agama, bangsa dan negara.

โœจ Terima kasih cikgu, jasamu dikenang sepanjang zaman. โœจ

Ikhlas daripada
Kumpulan Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd

Address

Lot Pejabat Tingkat 2, Angsana Mall, Jalan Raja Ashman Shah
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

05-241 2641

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share