JUTA SHAIFUL ENTERPRISE

JUTA SHAIFUL ENTERPRISE PEMBEKAL & PENGEDAR AL QURAN, BUKU AGAMA DAN ILMIAH

Salam Nuzul Al-Quran 2026.Hari memperingati turunnya wahyu yang menjadi cahaya bagi seluruh umat.Semoga Al-Quran sentias...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 2026.
Hari memperingati turunnya wahyu yang menjadi cahaya bagi seluruh umat.
Semoga Al-Quran sentiasa hidup di hati kita, dibaca, difahami dan diamalkan dalam setiap perjalanan kehidupan.

Salam Ramadan 1447H Dari kami..hadirnya bulan suci ini bagai cahaya yang menyentuh jiwa, membawa damai ke dalam hati yan...
18/02/2026

Salam Ramadan 1447H Dari kami..
hadirnya bulan suci ini bagai cahaya yang menyentuh jiwa, membawa damai ke dalam hati yang rindu akan keampunan. Di setiap hela nafas puasa, semoga kita diperkukuhkan iman, dilimpahi rahmat, dan dipimpin menuju ketenangan yang hakiki. Moga setiap doa yang terangkat diterima, setiap amal digandakan ganjarannya, dan setiap langkah kita sepanjang Ramadan ini semakin mendekatkan diri Kepada Nya.

Dengan penuh rasa syukur, amanah penghantaran al-Quran ke Maahad Tahfiz Al-Quran Darul saadah  lilbanat yang beralamat d...
13/02/2026

Dengan penuh rasa syukur, amanah penghantaran al-Quran ke Maahad Tahfiz Al-Quran Darul saadah lilbanat yang beralamat di 15100 Ketereh, Kelantan telah disempurnakan.
Semoga setiap ayat yang dibaca mekar menjadi cahaya ilmu, keberkatan dan pahala yang mengalir tanpa henti buat semua yang terlibat.

Syukur Alhamdulillah, satu amanah kecil yang penuh makna.penghantaran naskhah Al-Quran ke Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Uzma...
04/02/2026

Syukur Alhamdulillah, satu amanah kecil yang penuh makna.
penghantaran naskhah Al-Quran ke Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Uzma Pusat Tahfiz Anak Yatim & Asnaf 1686, Jln Kampung Pauh, 15350 Kota Bharu, Kelantan sebagai tanda sokongan buat para huffaz. Semoga setiap huruf yang dibaca dan dihafal menjadi cahaya perjalanan mereka, serta saham amal jariah dan keberkatan berterusan buat semua yang terlibat.

04/09/2025
OGOS NI KITA TUKAR HARI KEMERDEKAAN KEPADA HARI SOLIDARITI.SUPAYA DUNIA BOLEH TENGOK RAKYAT MALAYSIA KUAT & TAK MAIN MAI...
13/08/2025

OGOS NI KITA TUKAR HARI KEMERDEKAAN KEPADA HARI SOLIDARITI.
SUPAYA DUNIA BOLEH TENGOK RAKYAT MALAYSIA KUAT & TAK MAIN MAIN.
KALAU KERAJAAN TAK BOLEH DENGAR KITA, KITA BUAT DUNIA BOLEH DENGAR KITA BIAR DUNIA TAHU KERAJAAN KITA MACAM MANA❗❗❗

(❗salin dan perbanyakkan komen ini ke video jucticezara❗)

Assalamualaikum.. Disini ingin kami berkongsi misi dan amanah yang telah selesai untuk episod kali ini dimana penyerahan...
12/08/2025

Assalamualaikum.. Disini ingin kami berkongsi misi dan amanah yang telah selesai untuk episod kali ini dimana penyerahan Al-quran kepada Madrasah Tahfiz Al-Akbar beralamat PVQF+XW, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengetua madrasah , keluarga, tenaga2 pengajar Dan semua pelajar2 diatas sambutan kehadiran kami.

Kami dari syarikat Juta Shaiful enterprise mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga juga kepada pewakaf2 al quran yang sudi mewakafkan al quran dan menjayakan program ini.. jazakallahhu khairan..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sempena ketibaan Maal Hijrah 1447H/2025, Di hari yang penuh makna ini,marila...
26/06/2025

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sempena ketibaan Maal Hijrah 1447H/2025, Di hari yang penuh makna ini,
marilah kita panjatkan doa buat seluruh umat Islam.. agar diberikan keamanan, kekuatan dan kebahagiaan. Selamat menyambut Awal Muharram dan Salam Maal Hijrah 1447H.

Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab ...
06/06/2025

Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

"Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قدير".

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa mengehadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang mengehadkannya.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

"Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang."

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Assalamualaikum kepada anda semua.. Alhamdulilah team Juta Shaiful telah selamat membuat serahan al quran di sebuah Tahf...
24/05/2025

Assalamualaikum kepada anda semua..

Alhamdulilah team Juta Shaiful telah selamat membuat serahan al quran di sebuah Tahfiz Maahad Al-quran A-rafiq beralamat di Jalan TSB 9, Taman Industri Sungai Buloh, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Jutaan terima kasih kepada anda yang sudi membantu menjayakan program ini serta mewakafkan Al Quran kepada pelajar Madrasah tersebut.

Insyallah kami ingin mengajak anda untuk ikuti perkembangan kami seterusnya.

Maahad tahfiz Al Shareef.Lot 3548 Jalan Sek. Keb. Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor
24/05/2025

Maahad tahfiz Al Shareef.
Lot 3548 Jalan Sek. Keb. Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor

Address

Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60102887501

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUTA SHAIFUL ENTERPRISE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to JUTA SHAIFUL ENTERPRISE:

Share