07/06/2020
TOKOH ULAMAK ULUNG GERIK, KELAHIRAN ULU KENDERONG
LATAR BELAKANG
Tuan Guru Haji Ibrahim bin Jusoh di lahirkan pada tahun 1917 di Kampung Ulu Kenderong Gerik, Perak. Ayahnya Haji Jusoh bin Lebai Salmi dan ibunya Wan Mariam yang ada kaitan keturunan daripada Pattani Thailand.
PENDIDIKAN
Tuan Guru belajar di Pondok Luat, Lenggong. Kemudian Haji Jusoh menghantar anaknya Tuan Guru Hj Ibrahim untuk menyambung pengajiannya di Makkah Al Mukarramah pada tahun 1930-an ketika itu umurnya dalam 17 tahun.
GURU-GURU BELIAU KETIKA DI MAKKAH
1. Sheikh Wan Ismail (Pak Da Eil)
2. Sheikh Abd Qadir Al Mandili
3. Sheikh Daud Sulaiman Al Kelantani
4. Sheikh Shafei Qadahi
5. Sheikh Nuh
6. Sheikh Mukhtar Afghan
7. Sheikh Husayni
8. Dll
Beliau di mekah selama 13 tahun.
KEJUHUDANDAN KESSUNGGUHAN TUAN GURU PADA ILMU
Beliau selalu menelaah dan mengulang kaji kitab yang dimiliknya. Beliau sering membuat catitan dan nota daripada hasil pembacaannya. Daripada nota itulah maka terhasillah isi karangan kitab yang beliau hasilkan. Kebiasaannya Tuan Guru akan bangun awal pagi solat tahajjud, membaca Al Quran, menelaah kitab menulis sebelum waktu subuh.
SUMBANGAN PADA MASYARAKAT
Tuan Guru p**ang ke tanah air pada 1940-an. Baliknya beliau ke kampung Ulu Kenderong oa di amanah untuk mengajar di sekitar Gerik dan Perak.
27/5/1950 Tuan Haji Ibrahim telah di anugerahkan surat kuasa mengajar agama kini dikenali tauliah mengajar agama yang telah di anugerahkan oleh Sultan Yusuf Izzuddin. Waktu itu, orang-orang yang benar berwibawa sahaja yang dibenarkan untuk mengajar agama.
Guru-guru agama bertauliah ketika negeri Perak masa itu ada tiga peringkat
1. Peringkat tertinggi (pertama), guru agama yang mampu mengajar kitab arab
2. Peringkat kedua iaitu guru yang mengajar kitab melayu (jawi) yang peringkat tinggi
3. Peringkat ketiga ialah peringkat rendah kepada guru yang mengajar kitab melayu yang asas.
Oleh kerana Tuan Guru merupakan lepasan pelajar daripada Makkah dan mampu menguasai bahasa arab dengan baik, maka tuan guru di anugerahkan sebagai guru agama kategori pertama.
Tuan Guru Hj Ibrahim telah mewaqafkan sebidang tanah untuk pembinaan surau. Sekarang surau tersebut masih ada dan tersergam indah iaitu surau kampung Ulu Kenderong.
Ketokohan dan keilmuwan tuan guru makin terserlah dengan ditawarkan oleh kerajaan Negeri Perak untuk melantik Tuan Guru sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berkuatkuasa pada 14/6/1961 bersama dengan Ust Abu Baqar Al Baqir.
Beliau juga berkhidmat sebagai amil zakat fitrah sejak tahun 1953. Beliau juga merupakan antara pengerusi Masjid Jamek Gerik.
KARYA PENULISANNYA
1. Kitab Hidayatul Muhtaj Fi Al Israk Wal Mikraj.
Selesai penulisannya pada 10 Mei 1954. Karya berkaitan Israk dan Mikraj ini mempunyai 142 mukasurat
2.Mawlid Nabi.
Penulisan berkaitan sirah Nabi saw. Manuskrip ini mempunya 140 halaman. Namun tak sempat dihabiskan penulisannya oleh Tuan Guru.
3.Tasawuf dan Soal Jawab.
35 muka surat
4.Panduan Al Fiqh.
Mempunyai 230 soalan setebal 36 halaman.
5. Takrifat.
Kamus bahasa arab melayu
6. Salinan Bakurah Al Amani
7.Salinan Tafsir Al Jalalain bi Lafz Al jawi
AKHIR HAYATNYA
Pada 27 mei 1980 Tuan Guru telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usianya 63 tahun. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Gerik.
Bagi kita generasi muda, amatlah rugi jika kita tidak mengenali sosok yang berjasa ini. Kejuhudannya dalam menuntut dan menekuni ilmu harus diteladani oleh kita generasi muda. Sunnguh saya katakan bumi Gerik ini diberkati di atas titik peluh mereka yang terdahulu membangun agama Allah.
RUJUKAN
1. Buku Tuan Guru Hj Ibrahim,Ilmuwan Jawi Negeri Perak,Syed Shahriman
2. Temubual santai bersama anak bongsunya Abg Qayyum
Pautan asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=111595510522950&id=111584893857345