Kuih Ipoh

Kuih Ipoh Kami meyediakan perkhidmatan tempahan kuih muih juadah pencuci mulut sama ada yang telah sedia dimasak atau dalam bentuk sejuk beku.

02/10/2023
Kuih untuk Majlis Perkahwinan di Taman Meru, Ipoh. Untuk tempahan kuih, whatsapp aje Kak Zai 0124609974
27/05/2023

Kuih untuk Majlis Perkahwinan di Taman Meru, Ipoh.

Untuk tempahan kuih, whatsapp aje Kak Zai 0124609974

19/03/2023

Menu -Yong Tau Foo..
Lama tak buat.
Beli bhn,buat sendiri je kuah hitam tu..
Boleh ulang2 makan.
Alhamdulillah❤️

Resepi Kuah Yong Tau Foo
Kuah hitam
2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus, pastu masak bagi mendidih sekejap.

Kuah merah
1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..
3 sudu makan cili blend
Cara-cara: Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk. Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.
Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap

Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
Selamat mencuba! Sedap tau, boleh jimat, makan kat rumah hanya beli bahan-bahan je. Resepi ni boleh buat niaga tau!

Utk yong tau foo sup-
Saya guna air rebusan bhn2 yong tau foo td.
Letak seketul kiub ikan bilis,letak sedikit lada putih@ serbuk lada sulah ajishio,ketukkan 3 ulas bawang putih..masukkan dlm sup.biarkan merenih..dan saya gunakan utk buat sup yong tau foo yg mudah.

Credit resepi:Hamidah ida
Airtangan dan gambar- Eniza M. Salim

07/03/2023
22/01/2023

CHURROS

1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur gred A

1. Didihkan air, masukkan butter, gula, garam dan esen vanilla, tutup api.

2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.

3. Masukkan telur kacau sampai sekata.

4. Letakkan nozzle bunga terlebih dahulu ke dalam piping bag. Potong muncung piping bag, tolak nozzle keluar dan pastikan ia ketat sebelum memasukkan acuan.

5. Kemudian baru kaupkan adunan ke dalam piping bag.

6. Paipkan terus ke dalam minyak atau boleh juga paip terlebih dahulu atas dulang untuk dapatkan saiz yang sama.

Dip Coklat :
Coklat Beryl's
Susu cair/susu full cream

1. Satukan kedua-dua bahan dan cairkan dengan menggunakan teknik double boiler.

Resepi & foto : Myra Abdul

03/11/2022

RESEPI DONUT RED VELVET 🤩🤩🤩

resepi mcm biasa cuma tambah red velvet emulco 😘

❤️11g yis
❤️3 sdb gula
❤️180 ml air suam
*campur sekali..biarkan kembang dan berbuih.
❤️2 ½ cawan tepung high protein/tepung gandum
❤️1 biji telur
❤️3sdb susu tepung
❤️1sdb pelembut roti
❤️2sdb marjerin
❤️1sdb susu pekat(optional)
❤️secubit garam

*masukkan dulu 2 cawan tepung..gaul sehingga menjadi serbuk roti..kemudian tuang air campuran yis tadi sikit² ke dalam tepung.

*uli sehingga menjadi doh dan x lekat di tangan..klu adunan still lembik masukkan tepung yang lebih tadi sikit²..jangan masukkan semua terus.

*uli lebih kurang 15-20 minit@ sampai doh jadi licin dan elastik.

*biarkan doh naik 2 ganda dalam masa 1 jam dalam keadaan bertutup.

*dah kembang doh tadi..tumbuk² sikit untuk buang angin..kemudian boleh buat bentuk, nak guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh.

*biarkan lg dalam 10-15 minit..kemudian boleh la goreng.

Kredit: Siti Hadirah

03/11/2022

Banjir di aceh temiang,

23/10/2022

Kuih lapis🧚‍♂

2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung gandum
11/4 gula
41/2 cwn santan segar
Sedikit sirap ros(klu nak terang letak pewarna merah sikit,tp saya xletak sbb pewarna merah xdak )
Sedikit garam

Letak semua bahan ni didalam bekas yg besar,kacau sebati.
Lps tu tapis
Bahagi kepada dua bahagian merah dan putih
(850ml satu bahagian)
Kami guna cwn minum teh
Guna api sederhana
Loyang saiz 8 "sapu minyak(kukus sat)
Tuang dulu lapisan putih(4 minit)diikuti lapisan merah(4 minit) ulang smpai habis dan kena rajin lap penutup dia..
Bahagian yg last sekali kukus 15 minit(kena rajin lap tudung na)
Lps tu buka tudung kukusan,buka api besar utk keringkan air atas lapisan kuih lapis tadi selama 8 minit...siap

Tggu btl2 sejuk baru boleh potong kuih

Guna pisau plastik dan sapu sedikit minyak dkt pisau,baru kita potong kuih nmpk cntik.

Kredit suzana nurkasih

20/10/2022
16/10/2022

Address

Ipoh

Telephone

0124609974

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuih Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share