Masjid Pengkalan Tiara

Masjid Pengkalan Tiara Berkenaan dengan info terkini pembinaan masjid. Pertanyaan, sumbangan dan aktiviti yang dijalankan.

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh ahli kariah dan rakan-rakan kontraktor.Ahli Jawatankuasa Pembina...
21/05/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh ahli kariah dan rakan-rakan kontraktor.

Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Pengkalan Tiara berhasrat untuk mempelawa tender daripada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan melalui pusingan pra-kelayakan bagi projek berikut:

Nama Projek:
CADANGAN PEMBANGUNAN KOMPLEKS MASJID PENGKALAN TIARA DI ATAS LOT 534611, TAMAN PENGKALAN TIARA, BANDAR IPOH (U), MUKIM HULU KINTA, DAERAH KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN.

๐Ÿ“Œ Maklumat Lanjut & Syarat-Syarat:
Untuk maklumat yang lebih terperinci, Tuan/Puan diminta untuk merujuk kepada Kenyataan Tender atau Iklan Tender yang sedang dipamerkan di ruang papan maklumat Masjid Pengkalan Tiara.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi atau hadir ke alamat berikut:
๐Ÿข AHLI JAWATAN KUASA PEMBINAAN MASJID PENGKALAN TIARA
Taman Pengkalan Tiara,
Lot 534611, Jalan Pengkalan Tiara 30,
Taman Pengkalan Tiara,
31650 Ipoh, Perak.

Mohon jasa baik semua untuk kongsikan (share) hebahan ini agar peluang ini sampai kepada syarikat-syarikat kontraktor yang berkelayakan. Sama-sama kita mendoakan agar urusan pembinaan fasa baharu masjid kita ini dipermudahkan Allah S.W.T. Amin.

๐Ÿ“ข JEMPUTAN PROGRAM KORBAN 1447H MASJID PENGKALAN TIARA ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„Assalamualaikum WBT,Dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhwa...
21/05/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN PROGRAM KORBAN 1447H MASJID PENGKALAN TIARA ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„

Assalamualaikum WBT,

Dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhwah, kami menjemput seluruh ahli kariah dan penduduk sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Program Korban 1447H Masjid Pengkalan Tiara.

โœจ Mari kita hidupkan semangat Aidiladha dengan pengorbanan, gotong-royong dan kebersamaan sesama komuniti.
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Pengkalan Tiara
๐Ÿ“… Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ•ฃ Masa Bermula: Selepas Solat Sunat Aidiladha

Aturcara Program:
๐Ÿ•Œ 8.15 pagi โ€“ Solat Sunat Aidiladha
๐Ÿค 9.30 pagi โ€“ Persiapan tempat di MPT
๐Ÿ„ 10.30 pagi โ€“ Gotong-royong Korban
(memotong, membungkus & mengagih daging korban)

๐Ÿฝ๏ธ Jamuan ringan disediakan

๐Ÿ’š Ayuh hadir beramai-ramai!
Kehadiran tuan/puan bukan sahaja membantu melancarkan program, malah mengeratkan silaturrahim sesama ahli kariah.

๐Ÿ“Œ Sumbangan hidangan secara potluck amat dialu-alukan
๐Ÿ“Œ Mohon bawa peralatan bersesuaian bagi urusan memotong daging korban

โ€œBersama Kita Berkorban, Bersama Kita Berkongsiโ€
โ€œKita Berkorban, Kita Bersaudaraโ€ ๐Ÿค

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan, hubungi:
En. Abdullah bin Hassan โ€“ 013-7768756

Jumpa anda di sana, insya-Allah! ๐ŸŒ™

Assalammualaikum wbt..โœจ Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Bulanan berlangsung dengan penuh manfaat dan suasana yang tenang. ...
20/05/2026

Assalammualaikum wbt..

โœจ Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Bulanan berlangsung dengan penuh manfaat dan suasana yang tenang.

Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir menuntut ilmu. Semoga setiap langkah ke masjid menjadi asbab keberkatan dan kefahaman agama yang lebih baik. ๐Ÿค๐Ÿ•Œ

โ€œMajlis ilmu bukan sekadar hadir, tapi membawa pulang cahaya buat hati.โ€

๐Ÿ“ข MEMO PEMBERITAHUAN PROGRAM QIAMULLAILMASJID PENGKALAN TIARAAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhDimaklumkan kepad...
16/05/2026

๐Ÿ“ข MEMO PEMBERITAHUAN PROGRAM QIAMULLAIL
MASJID PENGKALAN TIARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dimaklumkan kepada seluruh jemaah Masjid Pengkalan Tiara bahawa satu Program Qiamullail akan diadakan seperti ketetapan berikut:
๐Ÿ“… Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
๐Ÿ•Ÿ Masa: 4:30 Pagi
๐Ÿ•Œ Tempat: Masjid Pengkalan Tiara
๐Ÿ‘ณ Dipimpin Oleh: Imam Farhan

Sehubungan itu, seluruh jemaah muslimin dijemput hadir bagi mengimarahkan program ini bersama-sama dalam menghidupkan malam dengan ibadah, munajat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

โ€œJom sama-sama luangkan masa untuk mencari keberkatan dan ketenangan jiwa.โ€

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูAssalamualaikum wbt..Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil.Se...
14/05/2026

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Assalamualaikum wbt..
Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil.

Semoga kehadiran ramai di rahmati Allah jua.
Kepada Tuan2 Penaja, semoga hajat di angkat, di lapangkan rezki, di beri kekuatan, kesihatan yg baik dan di limpahi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Jazakallah khair..

Alhamdulillah, malam ini berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil di Masjid Pengkalan Tiara.Semoga majl...
07/05/2026

Alhamdulillah, malam ini berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil di Masjid Pengkalan Tiara.

Semoga majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat, ketenangan dan keberkatan buat semua yang hadir.

Semoga Allah SWT mengangkat segala hajat, melapangkan rezeki, mengurniakan kesihatan yang baik serta memberkati kehidupan En. Amin & Pn. Zalifah sekeluarga.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ

โ€œBarangsiapa yang memudahkan urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusannya.โ€ โœจ

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh ahli kariah dan muslimin muslimat.Pihak jawatankuasa Masjid Peng...
05/05/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh ahli kariah dan muslimin muslimat.

Pihak jawatankuasa Masjid Pengkalan Tiara dengan berbesar hati menjemput anda semua untuk hadir ke majlis ilmu, Kuliah Maghrib bersama penceramah jemputan kita.

Berikut adalah ketetapan majlis:
๐Ÿ—ฃ Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rais
๐Ÿ—“ Tarikh: 06 Mei 2026 | 19 Zulkaedah 1447H
โฐ Masa: Selepas Maghrib
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Pengkalan Tiara, Taman Pengkalan Tiara, Ipoh

Semua dijemput hadir! Ayuh kita lapangkan masa bersama keluarga untuk mengimarahkan rumah Allah dan mencari keberkatan melalui majlis ilmu.

Sila kongsikan (share) hebahan ini kepada ahli keluarga dan sahabat handai agar lebih ramai beroleh pahala dan manfaat bersama.

Jawatankuasa Pengurusan,
Masjid Pengkalan Tiara, Ipoh

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.Sempena pelaksanaan Ibadah Korban 1447H / 2026, pihak jawatankuasa Masjid Pen...
04/05/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Sempena pelaksanaan Ibadah Korban 1447H / 2026, pihak jawatankuasa Masjid Pengkalan Tiara, Ipoh berbesar hati membuka peluang kepada anda semua untuk turut serta sebagai Sukarelawan Korban.

Inilah masanya untuk kita bersama-sama mengimarahkan masjid, mengeratkan ukhuwah, dan menyumbang tenaga dalam menjayakan program yang penuh keberkatan ini! ๐Ÿคฒ๐Ÿ’š

Butiran Program:
๐Ÿ—“ Tarikh: 27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H (Tertakluk kepada perubahan)
โฐ Masa: 9.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Pengkalan Tiara, Pengkalan Tiara, Ipoh

Syarat & Kelebihan Penyertaan:
โœ… Terbuka kepada Muslimin dan Muslimat.
โœ… Sihat tubuh badan & dapat memberikan komitmen sepanjang program.
โœ… Diminta membawa peralatan yang sesuai untuk aktiviti gotong-royong/korban.
โœ… Jamuan makan dan minum disediakan untuk semua petugas.
โœ… Ganjaran pahala dan pengalaman berharga menanti anda.

โณ Tarikh Tutup Pendaftaran: 20 Mei 2026

Cara Pendaftaran:
Daftar segera sebelum tempat penuh! Anda boleh mengimbas kod QR pada poster atau terus klik pautan Google Form di bawah:
๐Ÿ”— https://forms.gle/sBEXTU9pN67TsT2T8

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi wakil kami:
๐Ÿ“ž 013-776 8756 (Ustaz Abdullah)

Jom sertai kami! Sila kongsikan (share) hebahan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Jawatankuasa Pengurusan,
Masjid Pengkalan Tiara, Ipoh

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh kariah dan muslimin muslimat yang dirahmati Allah.Alhamdulillah,...
20/04/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh kariah dan muslimin muslimat yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, bersempena dengan ketibaan bulan Zulhijjah yang bakal menjelang tiba, pihak Masjid Pengkalan Tiara, Ipoh berbesar hati membuka penyertaan untuk Ibadah Korban bagi tahun 1447H / 2026.

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada Tuan/Puan yang berniat untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini bersama komuniti masjid kita.

Berikut adalah butiran pelaksanaan ibadah korban:
๐Ÿ“… Tarikh Pelaksanaan: 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H (Tertakluk kepada perubahan)
๐Ÿ“ Lokasi: Masjid Pengkalan Tiara, Pengkalan Tiara, Ipoh

๐Ÿ„ Jenis Haiwan: Lembu
Pakej Penyertaan:
1 Bahagian Lembu: RM 800.00
1 Ekor Lembu: RM 5,600.00
(Nota: Harga yang dinyatakan di atas telah merangkumi kos pengurusan)

โš ๏ธ PERHATIAN (KUOTA TERHAD):
Penyertaan pada tahun ini adalah sangat terhad kepada 3 ekor lembu sahaja. Oleh itu, pendaftaran berkonsepkan 'Siapa Cepat, Dia Dapat'.

โณ Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Mei 2026

Bagaimana Untuk Mendaftar?
Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menempah bahagian korban, mohon segera hubungi wakil pengurusan kami untuk maklumat lanjut dan urusan pendaftaran:

๐Ÿ“ž 013-776 8756 (Ustaz Abdullah)

Rebutlah ganjaran pahala yang besar di bulan Zulhijjah ini dengan melaksanakan ibadah korban. Semoga niat murni dan ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sila kongsikan (share) hebahan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain!

Jawatankuasa Pengurusan,
Masjid Pengkalan Tiara, Ipoh

18/04/2026

UCAPAN KESYUKURAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Pengkalan Tiara telah berlangsung dengan lancar, meriah dan penuh ukhuwah.

Pihak Masjid Pengkalan Tiara ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh tetamu, ahli kariah, para penyumbang, sukarelawan serta semua yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dalam mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Semoga segala jasa, sumbangan dan kehadiran semua mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih dan jumpa lagi di majlis akan datang.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Address

Taman Pengkalan Tiara
Ipoh
31650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Pengkalan Tiara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category