KimSya Boutique

KimSya Boutique Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah Taala untuk mencari keredaan Allah, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga.

(H.R. Muslim)

03/04/2018

Rezeki kita berbeza..

Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.

Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.

Ada orang rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran.

Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.

Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.

Ada orang rezeki dia, dapat travel sana-sini.

Ada orang rezeki dia, business maju dan bertambah maju.

Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.

Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran.

Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.

Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami.

Hakikatnya Allah menjadi kan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang2 kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.

Alhamdulillah semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, inshaallah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.

Rezeki kita masih hidup hari ni dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah yang satu.. 😔

03/05/2017
05/03/2017
06/06/2012

i wish someday could b like this:)
http://www.facebook.com/sugarscarf

Celebrating amazing women who wears scarves that flatter her heart and soul. Definitely not for average!

09/01/2012

3 Golongan Yang Hampir Ke Syurga Tapi Masuk Neraka

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.

Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,

“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.

Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang s**a bersedekah.

Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,

“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,

“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

06/01/2012

"Tidak salah mencintai seseorang kerana itu adalah fitrah manusia. Jika disekat takut berlakunya kesongsangan fitrah di mana berlakunya agenda cinta sesama jantina. Na'uzubillah. Jika mencintai seseorang itu mohonlah pada Allah supaya percintaan itu menjadi halal bagi kamu dgn jalan NIKAH, bukan saling membelai, berpegangan tangan tanpa ikatan yg sah. Allah itu pemilik hati hambaNya dan Allah itu Maha Mengetahui apa yg ada dlm hati hamba2Nya. Jauhilah perkara yg boleh mendatangkan zina."

05/01/2012

- tulang dah nak reput tapi belum mahu solat
- rambut dah nak gugur tapi belum mahu pakai tudung
- mata dah nak rabun tapi belum mahu baca Quran
- hutang dgn Allah dah banyak tapi belum mahu bayar

pernahkah kita bermuhasabah?

05/01/2012

Tiada dalil sahih dalam mana-mana mazhab yang empat (yang mengambil hukum dari Quran dan hadith) yang mengatakan kaki wanita bukan aurat.. yang ada hanya qaul-qaul yang sangat lemah (dhaif) dan tidak boleh dijadikan hujjah dalam menentukan hukum.. Oleh itu wajib bagi wanita yang sudah baligh menutup aurat kaki di hadapan bukan mahram dan seeloknya memakai seluar longgar/kain labuh bersama stoking. -Kuliyah Dhuha-

27/12/2011

Sesungguhnya Solatku,Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah..

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KimSya Boutique posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share